Bab 10

Crime Completed 2612

" Cik Ariana, macam mana dengan Wani? " Imran mula bertanya.

" Dia sekarang trauma dengan kejadian semalam. Dia sekarang pun takut nak keluar rumah. " Ariana menjelaskan keadaan Wani.

" Orang yang sama jugak ke? "

" Yes. Tapi orang tu cakap dia takde kena mengena dengan tiga orang yang rogol Wani tu. "

" Cik Ariana ada jumpa orang tu ke? "

" Ada tapi dia terlepas. " Ariana sepertinya kecewa. Dia sepatutnya dapat menangkap lelaki yang mereka cari. Tetapi, lelaki itu terlepas disebabkan kelalaiannya.

" Cik Ariana percaya ke yang tiga orang perogol tu takde kena mengena dengan dia? " Imran mula musykil.

" Perogol-perogol tu dah kena tangkap. Diorang pun dah cakap diorang tak tahu pasal orang tu. " Ariana menjelaskan.

" Mungkin dia dah tahu diorang datang. Sebab tu dia pergi je. Kerja dia dah ada orang tolong settlekan. Kalau tak, mungkin dah teruk Wani kena seksa dengan dia. "

" Betul jugak cakap awak. By the way, awak ada dapat apa-apa clue tak? " Ariana mula bertanya tentang hasil siasatan Imran.

" Cik Ariana tengok la. Saya tak sanggup tengok. Yang tu gambar Athira yang Adrian cakap hari tu? " Imran menunjukkan komputer ribanya pada Ariana.

" Ya Allah, kejamnya diorang ni. Sampai hati diorang buat macam ni dekat Athira. " Ariana terkilan apabila melihat perbuatan Dhia dan rakan-rakannya.

" Salmah, sini kejap. " Ariana memanggil seorang pegawai yang bernama Salmah.

" Kenapa Cik Ariana? "

" Awak tolong inform unit Cyber pasal gambar ni. Kalau boleh saya tak nak gambar ni ada dekat internet lagi. " Ariana meminta Salmah untuk meminta bantuan unit Cyber untuk menguruskan mengenai gambar Athira yang tersebar di Internet.

" Macam mana Athira jadi clue untuk kes ni? " Ariana mula bertanya Imran setelah Salmah beredar.

" Sebab apa jadi dekat Miza lebih kurang sama dengan Athira. Mungkin orang tu ada kaitan dengan Athira sebab Athira paling teruk kena dengan diorang. " Imran menjelaskan teorinya.

" Adrian bestfriend Athira kan? " tiba-tiba Adrian terlintas di fikiran Ariana.

Arman tiba-tiba menumbuk Haziq. Haziq tidak tahu apa yang dia lakukan sehingga ditumbuk.

" Kau cakap apa kau buat dengan Wani semalam? " Arman sedang mengamuk. Dhia dan Dina juga marah dengan Haziq kerana Haziq orang terakhir bersama Wani sebelum Wani dirogol.

" Asal kau tanya aku? Bukan aku rogol dia. Aku 'main' dengan dia semalam pun, dia sendiri yang rela. " Arman, Dhia, dan Dina terkejut dengan penjelasan Haziq. Haziq mula tertawa.

" Yang korang terkejut ni apahal? Takkan korang tak tau yang Wani tu ramai laki dah 'rasa'? "

" Mana kau tau? " Dina mula bertanya. Dia tidak percaya apa yang didengarinya. Haziq masih lagi tertawa.

" Member aku dah pernah 'main' dengan dia. Aku 'try' dia pun sebab member aku yang suggest. 'Sedap' kot body dia. Kau pun pernah 'rasa' kan, Arman? Siap ajak Idham lagi. " Arman dan rakan-rakannya terkejut apabila mendengar pertanyaan Haziq kepada Arman. Dhia dan Dina tidak menyangka teman lelaki mereka curang dengan sahabat mereka sendiri.

" Korang tak rasa kelakar ke dengan Wani? "

" Maksud kau? " Arman bertanya dengan nada marah. Dia geram kerana rahsianya dengan Wani dan Idham bocor.

" Ye la. Wani tu kan dah 'main' dengan ramai lelaki? Tapi lepas dia kene rogol tu, boleh pulak dia trauma. Macam la dia tak biasa kena 'ratah'. Even Satan is confused weyh! " Haziq terus tertawa. Dia langsung tidak rasa bersalah malah menjadikan kejadian yang menimpa Wani sebagai bahan jenaka.

" Babe, aku nak tanya ni. Kenapa masa kau balik dari rumah Athira semalam, kau nampak macam barai. " Jannah bertanya kepada Aisya mengenai keadaannya semalam.

" Aku tak cukup tidur masa tu sebab jaga Athira. Sebab dia asyik meracau tengah-tengah malam. Dia masih trauma dengan apa yang geng Dhia buat kat dia dulu. "

" Seriously? Kesiannya dia. Kau memang baik la Aisya. Kau sanggup jaga dia sampai tak cukup tidur. " Jannah bersimpati dengan nasib Athira. Dia juga kagum dengan kebaikan Aisya.

" Abang Farish ada sekali. Takde la penat sangat. " Aisya sememangnya tidak kisah malah dia gembira dapat membantu Athira yang senasib dengannya.

" Abang Farish tu abang Athira ke? " Jannah mula bertanya mengenai Farish. Aisya mengganguk.

" Hensem tak? "

" Hensem. Muka dia ada sikit macam Chris Evans. " Aisya menjawab pertanyaan Jannah. Aisya juga menunjukkan gambar Farish yang dikatakan seiras dengan aktor kegemarannya, Chris Evans.

" Mesti kau menggedik dengan Abang Farish kan? "

" Of course la. Peluang kot? Time Athira borak dengan Adrian, aku borak la dengan Abang Farish. Tak puas la dua hari je dapat tengok muka dia. " Aisya mula menunjukkan sifat gediknya.

" Amboi kau! "

Jannah amat gembira dengan perubahan sahabatnya. Nampaknya Aisya semakin ceria. Dia yakin sahabatnya akan pulih dari kemurungan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience