Bab 16

Crime Completed 2612

Dhia merenung ke arah pusara Arman. Dia tidak menyangka malam semalam merupakan pertemuan terakhirnya dengan Arman. Semua yang menghadiri majlis pengkebumian Arman telah beransur pulang termasuk ahli keluarga Arman. Yang masih tinggal hanya Dhia dan rakan-rakan Arman.

" Kau tak sedih ke Arman dah takde? " Khairul, salah seorang rakan Arman menegur Dhia.

" Sedih tu sedih la jugak. Tapi, dah ajal dia nak sampai kan? Kita kena redha lah. " Dhia menjawab dengan sayu. Tiba-tiba Dhia mengalirkan air matanya.

" Aku tak sempat minta maaf dan berbaik dengan dia. Kali terakhir kitorang jumpa pun kitorang gaduh je. "

" Takpe la Dhia. Kita doa yang baik-baik untuk arwah. " Khairul memujuk Dhia.

" Aku balik dulu tau? " Dhia meninggalkan pusara Arman dengan air mata yang masih mengalir. Dhia mengelap air matanya dan mula tersenyum. Ternyata tangisannya tadi hanyalah lakonan semata-mata.

" Rizal, Khairul, aku rasa kita kena stop la buat aktiviti tak elok yang kita buat masa dengan arwah dulu. Aku takut la kalau lepas ni giliran kita pulak yang pergi. "

Faiz meluahkan apa yang di hatinya. Namun dia bercakap dengan nada yang perlahan agar tidak didengari oleh orang lain. Dia tidak mahu membuka aib Arman. Biarlah dia dan rakan-rakannya sahaja yang mengetahuinya.

" Betul cakap kau Faiz, Lepas dapat tau arwah dah meninggal, aku jadi takut. Takut masa aku sampai, aku tak sempat nak taubat. Kita ni dah la banyak dosa kita buat. Main perempuan sana sini. Sembahyang pun entah ke mana. " Rizal juga bersetuju dengan Faiz.

Kematian Arman menimbulkan rasa gerun dalam hati Khairul, Rizal, dan Faiz. Mereka merenung dosa-dosa yang mereka lakukan bersama Arman ketika Arman masih hidup dengan penuh penyesalan.

" Takpe, kita sama-sama berubah. Tinggalkan segala maksiat yang kita buat dulu. Kita doa jugak untuk arwah sekali. " Khairul memberikan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya.

" Imran, macam mana dengan Dhia? " Ariana meminta maklumat daripada Imran mengenai Dhia.

" Setakat ni, suspek masih belum serang Dhia. Tapi saya yakin lepas ni, dia mesti serang Dhia. Target dia cuma tinggal Dhia je. Sebab semalam dia dah serang Dina. Arman pun dah meninggal. "

" Arman dah meninggal? Sebab apa? "

" Accident Cik Ariana " Ariana sedikit terkejut mendengar apa yang dikatakan Imran terutamanya mengenai kematian Arman.

" Imran hari ni awak tak payah perhatikan Dhia. Awak ikut saya jumpa Athira. "

" Kenapa dengan Athira? "

" Dia call saya tadi. Dia cakap dia dah tahu siapa yang serang kawan-kawan Dhia. "

Imran begitu gembira dengan berita yang diterimanya. Akhirnya segala penat lelah mereka akan berakhir. Ariana juga begitu teruja apabila kes yang dikendalinya hampir selesai.

" Lepas kes ni settle boleh la kita rehat kejap kan Imran? "

" Insya Allah. Sambil rehat-rehat tu boleh la Cik Ariana dating dengan boyfriend kan? " Imran sempat bergurau dengan ketuanya.

" Memandai je la awak ni. Saya single lagi la. Jom! kita ada kerja lagi ni."

" Dina, kau sihat tak? " Dhia bertanya khabar Dina yang terbaring di katil hospital.

" Aku ok je Dhia. Cuma sakit kepala sikit je. Kau pergi majlis pengkebumian Arwah Arman tak? "

" Pergi. "

" Siapa je ada kat sana? "

" Family dia dengan kawan-kawan dia. "

" Idham, Wany, dengan Miza? "

" Takde. Aku tak nampak diorang. Kau pulak bila boleh keluar? "

" Doktor cakap dalam dua tiga hari lagi. "

" Bagus la. Kau rehat cukup-cukup. Aku balik dulu. "

" Ok Dhia, hati-hati tau? " Dina begitu risau kerana dia sedar Dhia akan menjadi mangsa yang seterusnya. Dalam hatinya masih tertanya-tanya siapa yang menyerang dia dan rakan-rakannya.

Edy sedang berbual dengan seseorang di telefon. Perbualan tersebut agak serius.

" Nadia, sekarang ni tinggal Dhia je. Kau excited tak? "

" Aku dah tak sabar-sabar dah ni. Apa plan kita? " Nadia semakin teruja. Akhirnya dendamnya akan terbalas.

" Esok aku bagi tau. Sekarang ni kau relax je dulu. Cuma lepas kau dah habis belasah Dhia esok, kau pergi tinggalkan aku dengan dia. "

" Apahal pulak? "

" Aku taknak dia sedar, dia nampak aku dengan kau. Selama ni dia dengan kawan-kawan dia ingat sorang je yang serang diorang. "

" Ok. Ikut kau la. " Walaupun tidak memahami maksud tindakan Edy, Nadia tetap akur dengan keputusan Edy.

Selepas menamatkan panggilan, Edy melelapkan matanya dan berbaring di atas katil. Selepas beberapa jam, Adrian bangun dari tidurnya dan mengambil alih tubuhnya semula. Adrian bingung. Sudah beberapa jam dia tertidur. Dia langsung tidak sedar yang Edy telah mengambil alih tubuhnya beberapa jam yang lepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience