Bab 8

Crime Completed 2612

" Adrian, kau rasa Aisya Ok ke kat rumah Athira tu? "

" Insya Allah dia Ok. Sekurang-sekurangnya Aisya ada seseorang nak kongsi masalah. Athira pun ada jugak kawan nak borak. " Adrian menjawab pertanyaan Hariz.

" Dah lama ke kau kenal Athira? " Hariz bertanya mengenai hubungannya dengan Athira.

" Aku kenal dengan dia dari sekolah menengah lagi. Dia la selalu jadi tempat aku mengadu kalau aku ada masalah. Aku pun dah rapat dengan keluarga dia. "

" Kesian Athira tu. Disebabkan Dhia dengki dengan dia, dia jadi sampai macam ni. " Hariz juga bersimpati dengan Athira.

" Doktor cakap Athira tu mengalami Post Traumatic Stress Disorder lepas kejadian tu. Dia asyik mimpi buruk. Lepas tu kadang-kadang asyik menggelabah tak tentu pasal. Dia jadi macam tu sebab asyik teringat kejadian tu. Sampai dia terpaksa tangguh study. "

Adrian menjelaskan mengenai keadaan Athira. Mendengar penjelasan Adrian, Hariz bertambah kesian. Dia juga marah dengan Dhia dengan rakan-rakannya kerana menyebabkan Athira seperti itu.

Wani dan Haziq saling bercumbu di dalam bilik hotel bajet yang telah ditempah mereka. Nafsu telah mengawal mereka sehingga mereka tidak peduli tentang halal dan haram.

" Sayang, cepat la bukak. " Haziq sepertinya tidak sabar untuk melihat tubuh Wani.

" You ni. Macam la you tak pernah buat benda ni dengan ex you dulu. "

" I dengan Sofia dulu tak pernah buat macam ni. I ada la pujuk dia tapi dia tak bagi. Sebab tu la I malas dengan dia. She's really boring. "

" So, dengan I tak boring la? " Wani akhirnya memperlihatkan tubuhnya. Wani tidak segan untuk melakukannya kerana ini bukan pertama kali dia menayangkan tubuhnya dan di hadapan lelaki dan melakukan zina.

Akhirnya, mereka berdua tewas dengan kehendak nafsu dan bisikan syaitan. Haziq seronok dapat meratah tubuh Wani. Selama ini Haziq cuma mempergunakan gadis-gadis yang mempunyai hubungan dengannya sebagai pemuas nafsunya kecuali Sofia.

Sofia amat menjaga kehormatannya dan tidak membenarkan Haziq menyentuhnya sepanjang mereka bercinta. Haziq juga pernah memujuk Sofia untuk melakukan hubungan seks dengannya namun Sofia menolaknya dan memarahi Haziq disebabkan permintaan mengarutnya. Disebabkan itu, Haziq merasa bosan dan mula berhubungan dengan Wani selepas sebulan bercinta dengan Sofia.

Imran sedang meneliti maklumat-maklumat mengenai mangsa Dhia dan rakan-rakannya. Tumpuannya teralih kepada Nur Athira binti Mohd Amin yang diceritakan oleh Adrian.

" Adrian cakap Athira paling teruk kena dengan diorang. Diorang sebar gambar dia dekat internet. So, aku try fokus dekat Athira. "

Imran cuba mencari namanya di internet. keputusan carian memaparkan beberapa laman web dan blog. Imran mengklik pada nama 'Athira Amin'. Imran dibawa ke laman web yang memaparkan gambar seorang gadis yang tidur dengan bahagian atasnya terdedah.

" Astaghfirullahalazim! Apa ni? " Imran meneliti wajah gadis tersebut sama dengan gambar Athira yang diberi oleh Adrian. Imran yakin itu orang yang sama.

" Ya Allah, apa salah budak ni sampai diorang buat macam ni? " Imran tidak menyangka Dhia dan rakan-rakannya sanggup membuat perkara sekeji ini.

" Kejap. Miza pun kena macam ni. Takkan la.. "

" Sayang, nanti kalau I nak lagi macam tadi I call you tau? " Haziq keluar dari bilik hotel dahulu sebelum Wani. Wani pula ingin tidur sebentar. Haziq mulai tersenyum sendiri. Haziq sengaja tidak mengunci pintu bilik.

" Wani, Wani, kau ingat aku tak tau ke kau pernah 'main' dengan jantan lain. Aku 'main' dengan kau pun sebab member aku suruh aku try kau. "

Haziq kemudiannya membuat satu panggilan.

" Bro, baik korang cepat. Kalau tak, melepas. Dia tengah tidur tu. "

Tanpa disedari, perbualan Haziq didengari oleh seseorang. Lelaki yang bersembunyi di sebalik dinding mengetahui apa yang berlaku antara Haziq dengan Wani. Dia kemudiannya tersenyum.
" Nampaknya, kali ni ada bantuan. Senang sikit kerja aku. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience