Bab 5

Crime Completed 2612

" Jadi awak yakin yang tu orang yang sama? " Ariana bertanya kepada Imran yang juga menjadi saksi kejadian serangan ke atas Miza.

" Saya yakin Cik Ariana. Sebab gambaran yang Idham bagi sama dengan orang yang saya nampak. Miza pun salah sorang kawan Idham. Miza jugak ada kesan luka yang sama dengan Idham. " Imran semakin yakin dengan teorinya.

" Suspek ada tinggalkan apa-apa bukti tak? "

" Takde, Cik Ariana " Jawapan Imran mengecewakan Ariana. Nampaknya suspek serangan tersebut telah menghapuskan semua bukti.

" Takpe Imran. Saya rasa kita boleh tangkap suspek. " Walaupun suspek tersebut menghapuskan bukti, Ariana masih yakin mereka dapat mencarinya.

" Macam mana tu, Cik Ariana? "

" Kita kena cari Adrian dengan kawan-kawan dia. Sebab mengikut apa yang Adrian bagitau saya hari tu, Idham dengan Miza merupakan sebahagian daripada pelajar yang kerap membuli pelajar lain di Universiti diorang. "

" Maksudnya, suspek mungkin salah seorang daripada mangsa diorang? " sepertinya Imran mula memahami apa yang dimaksudkan Ariana.

" Ian, thanks tau belanja kitorang hari ni. " Sofia berterima kasih kepada Ian yang membawa mereka keluar.

" Takde apa la Sofia. Aku buat macam ni pun sebab aku nak kau lupakan Haziq tu. "

" Betul tu babe. Lagipun aku nak kau fokus study kau. Bab lelaki ni kau tak payah percaya sangat dekat diorang. Mens are trash. " giliran Nadia pula menasihati Sofia.

" Amboi! senang je kau cakap mens are trash kan? " Ian sedikit marah apabila mendengar penyataan Nadia.

" Sorry Ian, lupa pulak kau lelaki. " Nadia sedar dia telah menyinggung perasaan Ian.

" Ok, aku maafkan kau. Aku balik dulu tau. Sofia. Kalau kau ada apa-apa masalah, bagitau aku dengan Nad. Jangan pendam. Kitorang sedia untuk dengar masalah kau. " Ian berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

" Wani, kau pergi mana tadi? " Dhia bertanya kepada Wani yang dicarinya dari pagi tadi.

" Aku date dengan Haziq tadi. "

" Kau date dengan Haziq? Bukan dia dah ada awek ke? " Dhia hairan dengan Wani yang mempunyai hubungan dengan Haziq.

" Dia baru break dengan awek dia pagi tadi. Kau patut tengok muka perempuan tu masa dia nampak aku berpelukan dengan Haziq pagi tadi. " Wani ketawa dengan gembira. Langsung tidak berasa bersalah dengan apa yang dia lakukan.

" Jahat si*l kau. " Dhia juga turut ketawa bersama Wani. Telefon Dhia berbunyi. Dhia mengangkat panggilan tersebut yang datang daripada Dina.

" Helo Dina, kenapa kau call aku tiba-tiba? "

" Dhia, kau datang rumah aku kejap. Bawak Wani sekali. Ni pasal Miza. " Dina meminta Dhia dan Wani datang ke rumahnya.

" Ok, kitorang datang. "

" Apa kau nak cakap dengan kitorang pasal Miza? " Dhia memulakan pertanyaan setelah tiba di rumah Dina.

" Masuk dulu. Nanti aku cakap. " Dina mengajak mereka berdua masuk ke rumahnya. Mereka bertiga duduk di atas sofa.

" Dina, cepat la cakap apa jadi dengan Miza? " Wani mula mendesak Dina.

" Semalam Miza kena serang dengan orang yang sama pukul Idham. Yang paling teruk, orang tu upload gambar dengan video n*des dia dekat ig yang kita gunakan untuk upload semua video-video kita masa kita buli budak-budak lain. Tu pun dia gunakan phone Miza. Sebab benda tu, Miza dah taknak keluar rumah dah. Dia malu weyh. " Dina menjelaskan apa yang berlaku kepada Miza.

" Takkan la Miza tak boleh buat apa-apa? Orang tu guna phone dia kan? Takkan dia tak padam post tu. " Dhia bertanya kepada Dina.

" Phone dia dah pecah orang tu buat. Dia call aku tadi pun pakai phone kakak dia. "

Wani membuka laman Instagram dan membuka profil yang dinyatakan Dina. Mereka terkejut melihat posting yang memaparkan gambar dan video Miza. Di ruangan komen, terlihat komen-komen nakal daripada netizen lelaki. Terdapat juga komen berunsur kecaman.

" Weyh korang. Dah ramai orang tengok dah post ni. "

" Wani, kau tengok ni. Dah ada orang yang viralkan dah. Dia post gambar-gambar tu dekat ig dia. Dia siap tag Miza lagi. " Dhia pula menunjukkan apa yang dilihatnya kepada Wani.

" Aku rasa orang tu berdendam dengan kita la. Kalau tak, takkan la dia serang Idham dengan Miza. Aku rasa lepas ni, dia mesti serang kita " Dina mula kelihatan takut.

" Kau jangan risau la Dina. Nanti aku upah orang untuk cari orang tu. Tau la apa aku nak buat kalau aku jumpa dia. " Dhia menenangkan Dina yang ketakutan. Dia juga ingin mencari orang yang menyerang Idham dan Miza.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience