Bab 2

Crime Completed 2612

Ariana membelek buku catatannya dan meneliti beberapa dokumen. Dia ditugaskan untuk menyiasat kes seorang remaja lelaki yang cedera akibat dipukul.

" Ariana, awak OK tak? " Inspektor Said menegur Ariana yang kini sedang termenung.

" Saya tengah siasat kes Mohd Idham, Tuan. Dia anak kepada Dato' Azman Zaidi, salah sorang ahli perniagaan yang terkenal. Saya ingat kes ni senang, rupanya susah jugak la Tuan." Ariana memberitahu Inspektor Said mengenai kes yang dikendalikannya.

" Kenapa pulak? " tanya Inspektor Said.

" Mohd Idham kena pukul dengan seorang lelaki. Yang saya stress sekarang ni, saya langsung tak jumpa apa-apa bukti dekat tempat kejadian. Nampaknya suspek dah hapuskan semua bukti. "
Ariana menjelaskan kekusutannya kepada Inspektor Said.

" Mangsa ingat tak macam mana rupa suspek? " Inspektor Said cuba untuk membantu Ariana dalam kes tersebut.

" Mengikut keterangan mangsa, suspek tu pakai make up macam badut. " Penjelasan Ariana membuat Inspektor Said tergelak.

" Maksud awak, macam Joker dalam cerita Batman ke? " Inspektor Said masih lagi ketawa.

" Lebih kurang la. Mangsa pun gambarkan macam tu. Saya pun hampir tergelak masa tu Tuan. Selamat saya boleh control lagi. " Ariana seperti tidak menyangka dia akan mengendalikan kes seperti ini.

" Tapi Ariana, awak kena handle kes ni betul-betul. Bunyi je macam kelakar, tapi tak. " Inspektor Said tiba-tiba kembali serius.

" Betul Tuan. Kalau pikir balik, logik jugak suspek pakai make up macam badut dengan tujuan nak sembunyikan identiti dia. " Ariana juga kembali serius.

" Tapi kenapa nak pakai make up badut? kenapa tak pakai topeng ke? ataupun benda lain yang boleh tutup muka dia? " Inspektor Said mula mempersoalkan tabiat suspek.

" Mungkin dia lagi selesa pakai make up tu kot? " Ariana menjawab persoalan Inspektor Said.

" Aisya, turun! Fikir elok-elok. Jangan buat macam ni. " Adrian cuba memujuk Aisya yang sedang cuba terjun ke bawah.

" Semua orang benci aku Adrian! Even keluarga aku pun dah tak sayang aku! Ayah aku dengan mak tiri aku sendiri cakap aku ni tak guna! Aku pun dah tak tahan dah kat sini! Cukup-cukup la aku dimalukan kat sini! Sejak arwah ibu aku meninggal, hidup aku dah teruk dah! Aku penat Adrian! "

Aisya meluahkan segala perasaannya yang dipendam selama ini. Adrian dan Jannah hampir menangis mendengar luahan Aisya.

" Aisya, ni semua ujian untuk kau. Allah uji kau macam ni sebab Dia tahu kau kuat. Mengucap, Aisya. Istighfar. " Hariz juga berusaha untuk memujuk Aisya.

" Babe, jangan la macam ni! Kitorang tak pernah benci kau. Kitorang sayangkan kau. Kalau kau rasa macam takde siapa-siapa kat sini, aku ada untuk kau. Adrian dengan Hariz pun ada untuk kau."

Jannah tidak dapat menahan air matanya melihat sahabatnya berada dalam keadaan seperti itu. Dia sendiri tidak menyangka Aisya mengalami kemurungan sehingga sanggup berfikir untuk membunuh diri. Dhia dan rakan-rakannya yang sering membuli dan mempermalukannya di khalayak ramai turut menjadikan keadaannya lebih teruk.

Ariana dan Imran tersentak apabila melihat seorang gadis duduk di atas besi penghadang balkoni bangunan fakulti. Sepertinya gadis itu ingin terjun ke bawah.

" Imran, jom pergi sana dulu. " Ariana menunjuk ke arah balkoni tempat gadis tersebut ingin terjun.

" Tinggi tu Cik Ariana, kita kena bergerak laju. Takut tak sempat nak selamatkan dia. "

" OK. " Ariana dan Imran mula berlari dengan pantas memasuki bangunan.

" Tingkat berapa tadi Imran? "

" Tiga " mereka berdua terus berlari menaiki tangga menuju ke tingkat yang dinyatakan Imran. Sampai di tingkat 3, mereka mencari balkoni lokasi gadis tadi.

" Abang, saya pinjam kejap. Emergency. " Ariana meminjam safety harness daripada pekerja bahagian penyelenggaraan dan cepat-cepat memakai safety harness tersebut di tubuhnya.

" Imran, sangkut cangkuk ni dekat besi balkoni tu nanti. " Ariana memberikan arahan kepada Imran setelah mereka nampak balkoni yang lokasi gadis tadi. Kelihatan dua orang pemuda dan seorang gadis bersamanya sedang memujuknya

" Adik! Jangan terjun! Imran! " Imran menyangkut cangkuk safety harness yang di pakai Ariana pada besi penghadang balkoni. Ariana segera melompat melepasi besi penghadang apabila Aisya menjatuhkan dirinya ke bawah.

" Aisya!! " Haris, Adrian, dan Jannah menjerit serentak apabila melihat rakan mereka terjun dari balkoni. Mujur Ariana sempat memeluk Aisya. Safety harness yang dipakai Ariana telah menahan mereka daripada jatuh. Kini mereka berdua tergantung di bangunan fakulti tersebut.
Mujur tiada orang lain yang melihat kejadian tersebut.

" Imran! Tarik! " Ariana memberikan isyarat kepada Imran.

" Korang berdua tolong abang tarik. Cepat, sebelum orang lain nampak. " Imran meminta Adrian dan Hariz membantunya menarik Ariana dan Aisya naik ke atas.

Adrian, Hariz, dan Jannah membantu Aisya yang masih menangis naik melepasi besi penghadang. Imran pula membantu Ariana. Imran dan Ariana bersyukur kerana dapat menyelamatkan satu nyawa. Menyedari Aisya masih menangis, lantas Ariana memeluknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience