BAB 1

Romance Completed 12431

Kereta Audi yang dipandu oleh seorang perempuan meluncur laju di jalan
raya.

"You.. macam mana you boleh mabuk ni?" tanya Aira yang sedikit risau.

"Hehehe... sebab you la. You taknak kahwin dengan I" balas Izzaq.

Aira Ayuni hanya tersenyum kecil mendengar jawapan dari mulut Izzaq.
"You ni.. I tak bagi jawapan ape pun lagi." terang Aira manja.

"No! You kene terima juga. I tak kira you mesti kahwin dengan I!!"
herdik Izzaq.

Izzaq yang menunjukkan protes telah mengganggu Aira memandu. Aira yang
tidak dapat mengawal keadaan itu tiba-tiba sebuah kereta telah merempuh
kereta Audi tersebut.

"You!!!!" jerit Aira dengan muka cuak.
BAMMM!!! Pandangan Aira mula kabur dan akhirnya tenggelam dalam
kegelapan. +

Izzaq yang separuh sedar menjadi takut, terus menggagahkan diri lari
dari kawasan itu.

***

Aira telah dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan. Datin
Sofea dan Datuk Zainal iaitu ibu bapa kepada Aira menunggu di luar bilik
pembedahan.

Datin Sofea yang tidak sedap hati mundar-mandir di hadapan pintu bilik
pembedahan tersebut.

"Awak.. duduklah. Anak awak tak apa-apa." pujuk Datuk Zainal.

"Saya tak akan duduk selagi saya tak dapat berita tentang anak saya."
sayu suara Datin Sofea.

Tiba-tiba pintu bilik kecemasan terkuak. Datin Sofea terus menyerbu
doktor tersebut diikuti dengan Datuk Zainal.

"Macam mana dengan anak uncle, Wafiq?" soal Datuk Zainal tidak formal.

Wafiq Ziyad, anak kepada Datuk Zahidin dan Datin Marina iaitu kawan baik
kepada Datuk Zainal dan Datin Sofea. Mereka sangat sukakan Wafiq kerana
perwatakkannya sehingga mahu dijadikan menantu.

" Saya harap uncle dengan aunty sabar ye. Aira..dia mengalami kecederaan
yang teruk di hati. Jadi dia perlukan penderma hati secepat yang
mungkin." terang Wafiq satu persatu.

"Ya Allah Aira.." kaki Datin Sofea tidak dapat menampung badannya terus
mahu terduduk dan ditahan oleh Datuk Zainal.

"Takder penderma ke Wafiq?" soal Datuk Zainal serius.

"Erm.. setakat ni takde uncle." ujar Wafiq perlahan dengan perasaan
bersalah.

Datuk Zainal hanya mendiamkan diri. Wafiq pula seperti memikirkan
sesuatu untuk seketika.

"Uncle?" panggil Wafiq.

"Yep?" balas Datuk Zainal.

"Boleh saya dermakan hati saya dekat Aira? " tanya Wafiq.

"Kamu serius ke Wafiq?" wajah Datuk Zainal berubah sedikit gembira
tetapi riak mukanya terus bertukar risau.

Wafiq hanya mengangguk.

"Awak punya mama dengan papa dah tahu?" tanya Datuk Zainal.

"Jangan risau la uncle, mama dengan papa akan faham kenapa saya buat
macam tu." balas Wafiq tersenyum simpul.

"Uncle sangat terhutang budi dengan kamu." kata Datuk Zainal sambil
menepuk bahu Wafiq.

"Ergh.." ujar Wafiq pendek. Dia mencabut wayar di tangannya.

Tiba-tiba seorang jururawat masuk menerjah biliknya.

"Eh, doktor nak pergi mana?!" jerit jururawat tersebut sedikit cemas.

"Hah? Nak pergi kerja la." Wafiq menjawab dengan nada selamba.

"Mane boleh doktor! Doktor tak sihat sepenuhnya la." larang Atiqah iaitu
nama jururawat itu.+

"Alaaa.. sikit je ni." kata Wafiq malas.

Apabila dia keluar mengambil angin, fikiran Wafiq melayang dengan
tawaran Datuk Zainal beberapa hari yang lepas.

"Patutkah aku terima?" Wafiq mencangkung sambil memandang ke bawah.

Rambutnya yang panjang di hadapan dibiarkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience