BAB 8

Romance Completed 12428

Wafiq buat tidak tahu sahaja tentang soalan diajukan oleh sahabatnya.
Matanya meliar di sekeliling kedai dan tergamam dengan apa yang
dilihatnya.

Isteri dia keluar dengan lelaki lain? Muncul persoalan di dalam hatinya+

"Wafiq? Wafiq? Kau okey tak ni?" Luthfi menggoncangkan sedikit bahu
Wafiq yang kaku.

"Huh? Ye.. ye aku okey." Wajah Wafiq kelihatan sangat pucat.

"No, you're not. Jom ikut aku sekarang. Kau belum makan ape yang
sepatutnya kau perlu makan." arah Luthfi.

"Aku okey lah! Aku bukan budak kecik yang kau nak arah-arah!" marah Wafiq.+

Orang yang berada berdekatan dengan mereka mula memandang.

Luthfi terkejut tiba-tiba ditengking begitu. Wafiq yang sedar dia hilang
kawalan meraup muka.

"Aku mintak maaf. Aku balik dulu bro." tanpa menunggu jawapan Luthfi,
Wafiq terus beredar dari situ.

"Awak, bila saya boleh jumpa suami awak?" soal Izzaq sambil berkerut. +

"Alaa awak ni.. awak pun tahu kan yang Wafiq tu busy. Dia kan doktor."
keluh Aira.

"Habis saya tak sibuk? Kalau nak dibandingkan saya dengan dia rasanye
saya sibuk lagi. Tapi sebab awak, saya sanggup berkorban untuk dapatkan
awak." luah Izzaq.

Aira tersenyum simpul mendengar kata-kata Izzaq. Tetapi di dalam hatinya
hanya tuhan sahaja yang tahu.

"Awak, jomlah balik.. dah lewat ni." ajak Aira.

"Erm okey. Nanti pape contact je saya ok." kata Izzaq sambil tersengih.

Aira sekadar mengangguk. Dari pandangan Aira, Izzaq betul-betul dah
berubah. Tiada lagi Izzaq yang lepas laku. Itu membuatkan lagi hati Aira
mahu Wafiq ceraikannya secepat yang mungkin.

Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Aira masih belum pulang. Wafiq masih
berjaga menunggu Aira balik.

Kejadian tadi memang membuatkan dia sakit hati. Yep sakit hati. Suami
mana tak cemburu dengan kemesraan isteri dengan lelaki lain.

Wafiq mendengus kasar dan meraup mukanya beberapa kali.

"Ape patut aku buat..." keluh Wafiq.

Tiba-tiba pintu rumah terkuak. Muncul Aira disebalik pintu.

"Baru nak balik?" soal Wafiq.

"Nak marah ke ape ke esok-esok je lah eh? Aku ngantuk nak tidur." balas
Aira selamba.

"Kau keluar dengan siapa tadi?" Wafiq masih teruskan agendanya.

"Aku keluar dengan siapa itu bukan hal kau. Macam aku kata aku dah ade
orang lain. Kenapa kau masih berharap dekat aku hah? Sekarang ni aku
ngantuk aku nak tidur." jawab Aira.

Dia sengaja mahu menyakitkan hati suaminya.

"Salah ke aku suka dekat isteri aku sendiri? Ermm..aku tak rase salah.
Tapi aku rase kau yang buat salah sekarang ni."

Aira membuat reaksi nak termuntah dan mendekati Wafiq.

"Hey kau, walaupun kau suami aku jangan la nak berlagak kau boleh
control aku. Kalau kau tak tahan dengan aku, better kau cari perempuan
lain. Then, ceraikan aku. Jangan jadi sadis sangatlah konon-konon nak
jadi suami mithali!!" herdik Aira.

"Aku just nak kau dengan aku bahagia. That's all. Sebab tu aku buat
semua ni untuk kau untuk keluarga kau untuk semua orang. Aku tahu aku
bukan orang yang kau cinta tapi untuk kali ni aku minta...bagi masa kau
untuk aku." balas Wafiq cuba kawal suaranya daripada menengking.

"Ape kau cakap ni? Aku tak faham. Tapi memang aku taknak faham. Bahagia?
KAU NAK TAU SIAPA YANG RAMPAS KEBAHAGIAAN AKU? KAU!! aku pun tak mintak
banyak dengan kau! just ceraikan aku... bagi masa aku untuk kau? Untuk
ape aku buat macam tu?" Aira memandang tajam ke arah Wafiq.

Wafiq juga buat tindakan yang sama. Keadaan di situ sangat tegang.

"Wafiq, just let me go... Aku tak rasa kau perlukan aku jugak" ujar Aira
yang matanya sudah berair.

"No, aku takkan.." tak sempat Wafiq membalas.

"Jangan tipu diri kau. Kalau kau sukakan aku, kau tak akan rampas
kebahagiaan aku." sambung Aira dengan suara sedikit bergetar.

Keadaan kembali sepi. Hanya bunyi kipas sahaja yang sedang berpusing.
Air mata Aira mula mengalir dan dia terus mengorak langkah.

Tiba-tiba Wafiq menarik tangan Aira. Aira terhenti dan segera menoleh.

"Ape.. ape lagi kau nak?" ujar Aira dengan suara serak basah.

Wafiq menundukkan sedikit wajahnya bertentangan dengan muka Aira lalu
tangannya segera menyeka air mata isterinya itu. Aira kaku.

"Aku ke perampas kebahagiaan kau? jangan risaulah, sampai masa aku akan
tinggalkan kau juga. Tapi maaf bukan sekarang." ujar Wafiq lembut sambil
tersenyum kelat lalu melepaskan tangan Aira.

Kemudian Wafiq menuju ke biliknya. Kakinya yang dari tadi digagahkan
oleh Aira untuk berdiri akhirnya lumpuh juga. Aira memenjamkan matanya.

Air mata dia juga mengalir laju. Dia memegang dadanya.

"Kenapa rasa sakit hah?" gumam Aira sendiri.

Malam tersebut berlalu begitu sahaja.
Apa perasaan Aira terhadap Wafiq itulah penentunya untuk mereka bersama.

"Ibu dengan abah dah bercadang nak hadiahkan pakej percutian untuk kamu
berdua sempena perkahwinan kamu." kata Datin Sofea.

Datuk Zainal dan Datuk Zahidin tersenyum puas manakala Datin Marina
menghulurkan tiket percutian tersebut.

Wafiq dan Aira tercengang dengan kenyataan orang tua mereka.

"Apa semua ni?" soal mereka serentak.

"Ape semua ni? korang ni itu pun tak tahu. Honeymoon lah!" ujar Datin
Marina seronok melihat reaksi anak dan menantunya.

"Honeymoon?!" kata Wafiq dan Aira serentak dengan muka cuak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience