BAB 13

Romance Completed 12493

Aira terus menepuk tangan setelah suaminya tamat menyanyi.

"Kau ni memang perfect kan Wafiq? Kerja doktor, pandai menyanyi, melukis
pun kau pandai. Jealous lah aku." puji Aira.

Wafiq tersenyum nipis.

"Ape? Tulah dari awal aku pikat kau.. kau jual mahal. Tak nampak aku."
perli Wafiq.

Aira terdiam. Mungkin terkesan dengan kata-kata Wafiq.Wafiq yang perasan
dia tersilap cakap terus memikirkan sesuatu.

"Kau nak tahu tak bila aku mula jatuh cinta dengan kau?" soal Wafiq.+

Aira masih mendiamkan diri.

"Waktu tu kau tengah koma. Aku datang bilik kau untuk bagi tahu kau yang
aku setuju kahwin dengan kau. Seriously aku tengok kau koma sebijik
macam bayi tengah tido. Comel." sambung Wafiq.

Aira mengembungkan pipinya.

"Kau stalker aku!" tuduh Aira.

Wafiq ketawa mengekek.

"Mana ada. Tau tak aku tunggu kau selama setahun. Tapi bila kau dah
bangun tak sangka kau dah ada orang yang kau sayang." terang Wafiq lagi.

Aira melopong seketika. Kemudian dia berdehem sedikit apabila perasan
riak mukanya begitu.

"Hahaha.. ape la kau ni. Sebenarnya aku dah jatuh cinta kat suami aku
sendiri waktu orang tu wish birthday aku." ujar Aira malu-malu.

"Oooo.. dah suka orang tu taknak luahkan."

Wafiq mencubit pipi Aira. Aira terus melarikan diri daripada terus
menjadi mangsa cubitan suaminya.

"Mama Aira!" jerit Akif teruja.

"Akif!" balas Aira teruja.

Akif terus berlari menuju ke Aira dan memeluknya.

"Rindunya mama Aira dengan Akif." ujar Aira membalas pelukan Akif dengan
erat.

"Mama Aira buat ape kat sini? Jumpa papa Wafiq eh?" sangka Akif.

"Taklah. Mama Aira saja nak melawat Akif. Nak kenal juga dengan keluarga
Akif." kata Aira.

Wajah Akif terus berubah kepada muram. Aira perasan dengan perubahan
Akif terus bertanya.

"Mama Aira tersalah cakap ke?" Ujar Aira perlahan.

"Ah?! Tak pun. Papa Wafiq mesti tak cerita kan? Papa Wafiq terlupa la
ni. Keluarga Akif dah lama tinggalkan Akif." cerita Akif.

Wajahnya cuba dimaniskan. Aira terkejut dengan pernyataan itu.

"Jadi Akif duduk mana sekarang ni?" balas Aira dengan sedikit risau.

"Duduk hospital lah. Akif tak dibenarkan keluar lagi. Papa Wafiq yang
bayar semua ni untuk Akif." jawab Akif tersenyum nipis.

"Kalau dibenarkan keluar?" soal Aira lagi.

"Papa Wafiq dah janji nak bawa Akif tinggal dengan dia."

Akif mengenyitkan mata. Aira terkelu.
"Hah! Lagi satu papa Wafiq kata nak jadikan Akif anak angkat dia." ujar
Akif selamba.

Aira terus ternganga. Akif tergelak.

"Tutup la sikit mulut mama Aira. Nanti bila Akif dah besar Akif nak beli
rumah besar untuk papa Wafiq walaupun papa Wafiq mungkin tak ingat siapa
Akif." tutur Akif dengan suara sedikit sedih.

"Ape Akif cakap n..."

Tak sempat Aira membalas telefonnya berbunyi.

"Hello? Izzaq?" jawab Aira di panggilan.

Akif terdiam dan memerhati. Keadaan sepi untuk seketika.

"Dia dah jatuh cinta dah dengan saya. Itu kerja senang la bagi saya."

Sinis sahaja suara Aira menjawab panggilan tersebut.

"Bagus. So malam ni kita dah boleh jumpa suami awak?" balas Izzaq di
hujung talian.

"Saya on je. Biar dia rasa sakit saya ni bila tak dapat bersama dengan
orang yang dicintai." kata Aira.

Panggilan terus dimatikan.

"Akif, mama Aira ade hal ni. Nanti mama Aira melawat lagi tau." pesan
Aira lembut.

Aira menghulurkan tangan untuk Akif salam. Apabila Akif bersalaman
dengan Aira dia tidak terus melepaskan tangan Aira.

"Mama Aira... kejam. Mama Aira tipu papa Wafiq!"

Terus Akif berlari meninggalkan Aira berdiri kaku di situ. Aira
tergamam. Kejamkah dia? Tapi Wafiq lagi kejam merampas kebahagiaan dia.

Akhirnya Aira pulang dengan perasaan bersalahnya yang menggunung.

Izzaq dan Aira duduk di atas sofa di rumah Wafiq. Masing-masing melayan
perasaan sendiri. Gementar semakin terasa saat bunyi enjin memasuki
perkarangan rumah.

Izzaq memegang tangan Aira. Aira menoleh ke arah Izzaq.

"Jangan risau awak. Saya ada." pujuk Izzaq menyedapkan hati Aira.

Tombol pintu dipulas. Aira terus menoleh ke arah Wafiq. Wajahnya tampak
penat sahaja.

Wafiq berdiri kaku. Inikah pengakhiran dia? bisik hati dia.

"Oooo kau lah suami kepada Aira." tegur Izzaq.

"Haah." jawab Wafiq sepatah.

"Aku datang ni nak ambil Aira balik." ujar Izzaq menjeling tajam ke arah
Wafiq.

Wafiq buat tidak tahu sahaja dan mengambil tempat di hadapan Aira. Aira
menunduk.

"Wei bro, kau dengar tak ape aku cakap ni?!"

Izzaq menarik kolar baju Wafiq. Wafiq tersenyum sinis.

"Orang yang macam ni yang kau nak Aira?" perli Wafiq.

Izzaq mendengus kasar. Tangannya laju sahaja mahu menumbuk Wafiq tetapi
dihalang oleh Aira.

"Awak, saya suruh datang sini bukan untuk bergaduh." kata Aira tegas.

Izzaq meraup mukanya kasar.

"I'm sorry."

"Wafiq, aku nak kau ceraikan aku. Now. Di depan Izzaq." arah Aira.

"Untuk apa aku buat macam tu?"

"Lepaskan jelah aku. Rasa sakit kan tak dapat bersama dengan orang
tersayang? Macam tu la aku rasa."

Aira membalas pandangan Wafiq.

"Ooo...memang rancangan kau la ni buat aku percaya yang kau dah jatuh
hati dengan aku, btw taniah la berjaya buat aku sakit hati. Sekarang
puas hati kau?"

Tenang sahaja suara Wafiq.

"Just let her go bro. Orang dah taknak kan." ujar Izzaq.

Wafiq mengeluh berat manakala Aira menelan air liur. Izzaq pula
tersenyum puas.

"Nur Aira Ayuni bt mohd Zainal. Aku cer..."

Belum sempat Wafiq melafazkannya tiba telefon dia berbunyi. Aira dan
Izzaq berbalas pandangan.

"Hello? Assalamualaikum." jawab Wafiq.

"Wafiq..datang sekarang! Akif!" kedengaran suara Luth di talian.

"Weyh tolong Akif. Tolong Akif. Aku datang sekarang." bergetar suara
Wafiq.

Kemudian panggilan dimatikan.

"Maaf la korang. Aku kene pergi dulu. Hal ni nanti kita bincang lain."

Terus Wafiq melangkah pergi. Aira menarik lengan Wafiq.

"Kenapa dengan Akif?" soal Aira ingin tahu.

"Kau tak perlu tahu. Dia bukan tanggungjawab kau pun." jawab Wafiq.

Dingin sahaja suara Wafiq. Terus Wafiq melangkah pergi tanpa menoleh ke
belakang.

Selepas bayangan Wafiq hilang, Aira terduduk. Kenapa dengan dia ni? Dia
kata dia tak suka Wafiq.. tapi kenapa dia rasa sakit sangat.

Izzaq yang berdiri di situ mula mendekati Aira. Dia memerhati Aira yang
sedang menangis teresak-esak.

"Nampaknya, awak memang dah jatuh cinta dengan suami awak sendiri..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience