BAB 10

Romance Completed 12428

"Izzaq!" panggil Aira apabila wajah Izzaq muncul di hadapannya.

Berseri-seri sahaja muka Aira. Muncul pula kereta Honda Civic di
hadapannya. Luthfi keluar dari kereta tersebut.

"Maaf ya cik Aira kan?" tanya Luthfi sopan.

"Ah ye saya." Aira mengangguk.

"Suami awak suruh saya ambil awak hantar ke rumah. Dia kata ada hal nak
diuruskan di hospital. Jom ye?" terang Luthfi.

Dia terus membuka pintu kereta untuk Aira. Tiba-tiba Izzaq datang dengan
muka yang sinis.

"Jangan kacau gf aku lah!" Izzaq terus menolak Luthfi.

"Izzaq.. jangan." arah Aira sambil menarik lengan baju Izzaq.

"Jom ikut saya." Izzaq terus menarik tangan Aira jauh dari situ.

Luthfi hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja.

"Kau dah ambil dia dah?" Wafiq memandang Luthfi.

"Kenapa kau kahwin dengan dia?" soal Luthfi.

"Haish.. sebab keluarga." ujar Wafiq perlahan.

"Habistu yang kau beria sangat suruh aku ambil dia kenapa?" Luthfi
memandang Wafiq.

"Gila tak sayang bini." Wafiq tersengih.

"Kau tahu dia dah ade orang lain?" tanya Luthfi lagi.

Tak sempat Wafiq membalas muncul seorang budak kecil yang bernama Akif.

"Akif! Meh kat papa Wafiq meh." panggil Wafiq.

Wafiq menghadiahkan senyuman kepada Akif. Akif hanya membalas dengan
mata yang dingin +

"Wei aku pergi dululah. Ade banyak kerja yang belum selesai lagi. Kau
mengasuh la budak tu." Luthfi tersenyum nakal.

"Wei.. weii.." panggilan Wafiq tak diendahkan.

Akif masih lagi tercegat di depan pintu. Hanya ada dia dan Akif.

"Akif buat ape depan pintu tu. Meh la kat papa Wafiq." ajak Wafiq lagi.

"Papa Wafiq tipu Akif." mata Akif mula berair.

"Aik.. bila masa papa Wafiq tipu Akif?"

Wafiq cuba bangun tetapi badannya terlalu lemah. Badannya rebah kembali.
Akif yang melihat mula mendekati Wafiq dan duduk sebelah dia.

"Papa Wafiq janji, papa Wafiq takkan masuk hospital dah. Papa Wafiq
sakit ape?" petah budak itu bercakap.

"Papa Wafiq mane ade sakit ape. Papa Wafiq jatuh tadi." tipu Wafiq.

"Papa Wafiq tipu.. pa..papa Wafiq sakit teruk kan.. papa Wafiq bangun
pun tak larat.. kenapa papa Wafiq sanggup tipu Akif? Papa Wafiq tak
sayang Akif ke? Papa Wafiq nak tinggalkan Akif ke? Akif taknak.. Akif
taknakk papa Wafiq tinggalkan Akif.. " merengek Akif.

Tersedu sedan Akif menangis. Wafiq tersenyum kelat.

"Meh baring sebelah papa Wafiq. Papa Wafiq takkan tinggalkan Akif lah."
pujuk Wafiq sambil membelai-belai rambut Akif lembut.

"Janji eyy jangan tinggalkan Akif?" Akif menghulurkan jari kelingkingnya.

"Janji." balas Wafiq tersenyum simpul. +

Akhirnya Akif terlena di sebelahnya selepas puas menangis kerana dirinya.+

"Ini baru budak-budak.. mama dengan papa macam mana la nanti. Wafiq dah
takder dah nak pujuk." keluh Wafiq.

*•••••*+

Selepas beberapa hari, Wafiq sudah dibenarkan keluar daripada hospital.

"Ape la Aira buat sekarang ni." ujar Wafiq sambil tersenyum.

Sampai sahaja di rumah kereta Aira tak kelihatan. Wafiq memandang pelik.

"Dia tak balik rumah ke?" sangka Wafiq.

Tiba-tiba Aira muncul di depan pintu. Mukanya masam sahaja apabila
nampak kelibat suaminya itu.

"Kau tak balik rumah ke selama aku takder ni?" Muka Wafiq mula bertukar
serius.

"Haah. Kau pun tak balik rumah kan." balas Aira.

"Sorry aku ade hal." Wafiq menggosok-gosok belakang tengkuknya.

Wafiq memandang Aira. Jantung Aira mula berdegup laju. Sampai buat
mukanya bertukar ceri yang dah masak

"Kau kenapa pandang-pandang aku?! Esok kita nak pergi Paris dah. So
siapkan baju kau." tutur Aira menutup rasa gugupnya.

"Okay."

Wafiq malas mahu berkata apa.

Akif memegang tangan Wafiq berjalan menuju ke arah Aira.

"Mama Aira!" tegur Akif ramah.

Aira menghadiahkan senyuman manis kepada Akif. Wafiq yang melihat terus
telinganya bertukar warna merah.

Mungkin malu. Jarang dia mendapat lihat isterinya tersenyum macam tu.
Kali pertama dan terakhir untuk dia adalah pertemuan pertama untuk
mereka berdua.

"Kenapa kau bawak budak hah?" bisik Aira supaya suaranya tak didengari
oleh Akif.

"Kau nak kita berdua je pergi? Berdua-duaan nak?" jelas Wafiq tersenyum
nakal.

"Bijak juga otak kau ni eh." Aira mengangguk puas hati.

"Aku memang bijak. Doktor kan."

Aira menjulingkan matanya menyampah. Akif sekadar memerhati.

"Mama Aira nak tanya. Kenapa mama Aira cakap dengan papa Wafiq aku-kau
bukan suami isteri selalu panggil abang-sayang ke? papa Wafiq pun sama."

Wafiq dengan Aira terkedu. Hebat betul pengetahuan budak ni. Dari mana
la dia belajar.

"Err.. bukan tak panggil, takut Akif geli je dengar papa Wafiq panggil
dekat mama Aira macam tu, kan sayang?" Wafiq memberi isyarat.

"Betul la tu alang-alang Akif ni terlebih bijak, takperlah ni kan mama
Aira 'ber'abang dengan papa Wafiq en." ujar Aira lembut.

"Sayang mama Aira." Akif terus peluk Aira.

Wafiq yang melihat mulutnya muncung panjang. Dia yang dah kahwin dengan
Aira selama setahun pun tak pernah peluk.

"Alaa papa Wafiq ni, tu pun nak cemburu." ejek Akif.

"Ish budak nii.. luku kang." Wafiq mendekati Akif.

Aira terus memandang Wafiq. Dalam diam dia tersenyum. 'Dengan budak
kecik pun kau nak cemburu' omel Aira dalam hati.

Dia melihat Akif dengan Wafiq memang rapat. Macam bapa dengan anak pula.
'Anak?' Sorry aku tak terima Wafiq sebagai suami aku lagi.

"Dah..dah..jom. Nanti terlepas kapal terbang pulak." ajak Aira.

Akif terus menarik tangan Aira dengan Wafiq. Tangan kanannya memegang
tangan Wafiq. Tangan kirinya memegang tangan Aira. Comel je dari
pandangan orang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience