BAB 3

Romance Completed 12428

Setahun Kemuadian…

"Doc, pesakit di wad 7A katil 5 baru tersedar. Boleh tolong check
condition dia macam mana?" kata jururawat Atiqah dengan suara sedikit
teruja.

Berita itu membuatkan doktor itu tergamam seketika. 'Nak gembira ke
sedih?' bisik hati doktor tersebut.

"Err.. nanti saya check." ujar Wafiq ringkas.

Atiqah hanya mengangguk dan berlalu pergi.

Wafiq POV

Tuk!! Tuk!! Tuk!!

Bunyi pintu diketuk kemudian dia terus memulas tombol pintu tersebut
bersama pembantunya.

Kelihatan seorang perempuan berambut panjang sedang bersandar dan
memandang ke arah aku. Aku mengelamun seketika.

"Doc?hello?" Atiqah melambai-lambai tangannya di hadapan muka Wafiq.

"Ah?! Ye?" apabila aku tersedar aku tertunduk malu.

Perempuan tersebut tersenyum manis sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

'Haish, agaknya bila dia tahu tentang berita tu..boleh lagi ke aku lihat
senyuman dia macam tu?' kata Wafiq dalam hati.

"Cik Aira Ayuni?" panggil Wafiq.

"Ye saya." balas Aira.

"Ada rasa sakit-sakit di mana-mana anggota badan tak?" soal Wafiq.

"Erm.. takde doktor." kata Aira atau dikenali sebagai isteri aku sendiri.

"Alright good. Tapi awak tak boleh keluar dalam masa terdekat ni.
Rasenye minggu depan baru awak boleh keluar. Okey cik Aira?"terang Wafiq.

Aira sekadar mengangguk. Baru sahaja aku hendak berjalan keluar
tiba-tiba ada tangan tarik lengan baju kemeja aku.

"Err..cik Aira?" panggil Wafiq mengangkat kening.

"Doc, nak tanya sikit boleh?" ujar Aira.

"Ape dia?" balas Wafiq ringkas.

"Saya dengar.. hati saya rosak then ade orang dermakan. So saya nak
tanya siapa orang tu?" tanya Aira.

"Herm.. maaf ye cik Aira. Saya tak boleh dedahkan identiti penderma
sekiranya penderma tu taknak identiti dia diketahui." terang Wafiq lagi.

"Oooooo.. okeylah tu je yang saya nak tanya." Aira menghadiahkan
senyuman. Lalu melepaskan lengan baju kemeja aku.

Kemudian Wafiq dan pembantunya keluar daripada bilik itu.

"Atiqah, awak boleh pergi sambung kerja awak." ujar aku setelah keluar
dari bilik tersebut.

Kemudian aku menyandarkan badanku di pintu bilik itu. 'Argh, macam mana
ni..' keluh aku dalam hati. Setelah beberapa minit baru aku menyambung
kerjaku.

Apabila keluarga mertuaku mendapat khabar tentang anak mereka Aira sudah
tersedar, terus mereka bergegas ke hospital.

" Aira!!" panggil Datin Sofea gembira.

Dia terus memeluk anaknye dengan erat. Terus air mata ibu itu mengalir
laju. Aira juga dalam keadaan begitu.
Datuk Zainal tersenyum bahagia.

"Ibu.. Aira rindu ibu sangat-sangat." luah Aira.

"Ibu pun.." balas Datin Sofea.

"Ape ni.. rindu ibu je, abah kamu tak rindu pula." usik Datuk Zainal.

"Rindu abah juga." pujuk Aira sambil tersengih sehingga nampak giginya
yang tersusun cantik

Dalam masa yang sama…

"Doc, nanti ingat check condition cik Aira lagi sekali ye" pesan Atiqah
yang rapat dengan Wafiq.

"Sekarang ke?" balas Wafiq.

"Kalau boleh sekarang la." balas Atiqah.

"Ooo.. okey. Lepas saya siapkan semua kerja saya dulu la. Lagi sikit je
ni." terang Wafiq tersenyum simpul.

"Jangan lama sangat doc." Atiqah memberi pesanan kali terakhir sebelum
beredar dari situ.

Selepas mereka melepas rindu, tiba-tiba Datin Sofea memberi isyarat
kepada Datuk Zainal. Datuk Zainal mengangguk tanda faham.

"Ermm.. Aira, ibu dengan abah ade sesuatu nak bagi tahu kamu. Abah harap
kamu dapat terima dengan hati yang ikhlas." ujar Datuk Zainal dengan
sedikit serius.

"Macam serius je.. ape dia abah?" duga Aira. Datin Sofea memegang tangan
anaknya.

"Sebenarnya..."

Setelah beberapa minit, Wafiq menyiapkan kerjanya dia terus keluar pergi
ke wad 7A katil 5 untuk check condition Aira atau isterinya.

"Atiqah, saya pergi dulu ye.." ujar Wafiq setelah nampak kelibat Atiqah.

Atiqah membalas dengan anggukkan.

"Sebenarnya... kamu dah.. jadi hak milik orang." kata Datuk Zainal terus
terang.

Senyuman di bibir Aira terus mati. Dia memandang wajah ibunya minta
penjelasan. Tetapi tiada balasan dari ibunya.

"Maksudnya? Ai..Aira isteri orang?" gagap Aira.

"Haah.. dan nama suami kamu, Wafiq Ziyad dan dia doktor dekat hospital
ni." sambung Datuk Zainal lagi.

Baru Aira hendak membalas tiba-tiba pintu bilik terkuak. Wafiq. Dia
sedang berdiri kaku di situ apabila melihat keluarga mertuanya sudah
sampai. Mukanya terus berubah kepada pucat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience