BAB 9

Romance Completed 12428

Imbas kembali

Pada pagi itu, Wafiq mendapat panggilan daripada ibu bapanya untuk pergi
ke rumah orang tua Aira.

Tuk!! Tuk!! Tuk!! Wafiq mengetuk pintu bilik Aira. Tiada respon. Wafiq
mencuba sekali lagi.

Tiba-tiba pintu bilik itu terkuak. Aira keluar dengan muka masam mencuka.

"What do you want from me?" soal Aira geram.

"Aku nak kau." jujur Wafiq.

BAM!! pintu dihempas di depan muka Wafiq. Haish gurau sikit pun nak
marah. Wafiq garu kepala yang tidak gatal.

"Aira!! aku gurau je la. Keluar la.." pujuk Wafiq.

Aira membuka pintu perlahan-lahan. Dia mengangkat sebelah keningnya.

"So what's your problem?" speaking Aira.

"Ibu dengan abah ajak datang rumah. So pergi bersiap aku tunggu. Lambat
tinggal." terang Wafiq straight to the point dan berlalu pergi.

Aira menjelirkan lidahnya kepada Wafiq semasa suaminya pusing ke
belakang. Apa la orang tua mereka merancang kali ni.

Apabila mereka sampai di rumah orang tua Aira, semua di situ sudah
berada di tempat masing-masing.

Aira pandang Wafiq, Wafiq pandang Aira. Masing-masing menelan air liur.
"So kenapa ibu dengan abah nak jumpa kitaorang?" tanya Aira memecah
kesunyian.

Wafiq sekadar memerhati. Dia pelik dengan wajah orang tua mereka
tersenyum-senyum. Mood baik la katakan.

"Nah." Datin Marina menghulurkan kepada Wafiq.

Wafiq meneliti pemberian tersebut dan mengangkat kening. Aira ternganga.

"Mama, papa, ibu, abah, dah buat keputusan nak hadiahkan percutian ni.
Kira hadiah sempena hadiah perkahwinan la ni." ujar Datin Sofea juga.

Datuk Zainal dan Datuk Zahidin mengangguk setuju.

"Ape benda ni?" soal Aira seolah-olah tak dapat terima.

"Ape benda ni? Itu pun takkan la tak tahu. Honeymoon lah!" jawab Datin
Marina gembira.

Wafiq dan Aira mengetap bibir. Wafiq meraup muka, Aira pula
memicit-micit dahinya.

"Tapi papa, I have something to do." ujar Wafiq setelah lama berdiam
diri.
"Ape yang perkara yang penting sangat tu?" Datin Marina mula soal siasat.

Wafiq memberi isyarat kepada Datuk Zahidin.

"Papa dah cakap." ujar Datuk Zahidin perlahan.

Wafiq mengeluh panjang. Aira hanya duduk diam tak berkutik.

"So kira setuju la ni?" Soal Datuk Zainal.

Mereka berdua mengangguk lemah.

Wafiq dan Aira senyap sahaja di dalam kereta selepas mendengar berita
tersebut. Masing-masing melayan perasaan sendiri.

"Kalau kau tak kahwin dengan aku, aku tak perlu nak hadap semua ni.."
ujar Aira secara tiba-tiba.

"Benda dah lepas." balas Wafiq malas bergaduh dengan Aira.

Mata Wafiq fokus memandu. Aira terus berpaling ke arah Wafiq. Geram
dengan jawapan suaminya itu.

"What?! kau boleh terima? Of course la kan kau happy dapat bercuti
dengan orang yang kau sayang, cinta bagai.. tapi bukan aku. Hati aku
ni?sakit sangat tengok muka kau! " luah Aira sambil menjeling tajam ke
arah Wafiq.

"Erm.." ringkas sahaja jawapan Wafiq.
"Kau dengar TAK!!" herdik Aira tiba-tiba.

"Aku dengar." Kata Wafiq.

Dia menoleh ke arah Aira seketika dan matanya kembali fokus di jalan
raya.

"Kalau dengar, itu je jawapan kau? Kau pikir tak perasaan aku? Hati aku?
Jiwa Aku?cinta aku? Kebahagiaan aku?" Kata Aira sambil memandang Wafiq
tajam. +

Wafiq hanya berdiam diri. Dia kembali fokus kepada pemanduannya.

Mukanya mula berubah pucat lesu dan berpeluh-peluh.

"AKU TANYA KAU NI!!!" tengking Aira.
" YE AKU DENGAR!! BOLEH TAK KAU STOP DENGAN KEBAHAGIAAN KAU?!! AKU PENAT
FAHAM TAK?! K FINE LEPAS HONEYMOON NI AKU AKAN CERAIKAN KAU!!" balas
Wafiq tercungap-cungap.+

Muka Aira terus berubah menjadi cuak. Dia tidak berani mengangkat muka
untuk melihat wajah Wafiq yang tengah berang itu.

Wafiq kemudiannya memberhentikan keretanya di depan Pavilion.

"Kau turun sekarang." arah Wafiq.

Mukanya semakin berpeluh seperti sedang menahan sesuatu.

"Ape kau ni? aku mintak maaf, aku cuma geram je tadi." ujar Aira yang
sedang mengetip bibirnya.

"Arahan aku senang je aku just suruh kau turun. Faham tak?" kata Wafiq
tenang.+

"K fine." Aira terus meloloskan dirinya.

Kemudian Wafiq turunkan cermin keretanya.

"Kau tunggu sini sampai aku datang. Lambat mana pun aku, kau mesti
tunggu. Aku akan datang ambil kau." terang Wafiq.

Aira nak taknak sahaja mendengar. Kemudian kereta Wafiq meluncur laju di
jalan raya. Aira mengeluh panjang.

Apabila Wafiq sampai di hospital, dia terus dikejarkan ke bilik
kecemasan dan selepas itu dia tidak sedarkan diri.

Luthfi yang dari tadi menunggu Wafiq sedar mengeluh panjang.

'Aku tahu kau kuat Wafiq.' bisik hatinya.

Tiba-tiba jari jemari Wafiq mula bergerak-gerak.

"Ergh.." gumam Wafiq perlahan.

Wafiq buka matanya perlahan-lahan. Senyuman di bibir Luthfi mula melebar. +

"Bro!" tegur Luthfi.

"Sekarang pukul berapa wei?" soal Wafiq lemah.

"Sekarang pukul 5 petang." jawab Luthfi di sebelah.

Pelik dengan soalan sahabatnya itu.

Wafiq yang mendengar terus menggagahkan dirinya untuk bangun tetapi
dihalang oleh Luthfi.

"Luth, aku kene ambil isteri aku. Lambat sangat dah ni." rayu Wafiq.

"No. I said no. Bro kau tau tak keadaan kau tak stabil lagi. Ni aku nak
tanya kenapa tak makan ubat?" marah Luthfi.

"Nanti la aku cakap. Sekarang ni aku nak pergi ambil isteri aku. Sana!"
herdik Wafiq yang terus-terusan meronta.

"Biar aku ambil. Relax la bro. Deal? Yang pasti kau duduk sini
diam-diam. Janji eyy?" ujar Luthfi perlahan.

Kesian tengok Wafiq yang macam ibu kehilangan anak. Serabut. Wafiq
menghembus nafas lega.

Baru sahaja Luthfi hendak keluar, Wafiq tarik lengan baju Luthfi.

"Luth, tolong jangan bagi tahu dia aku dekat sini. Aku taknak simpati
dia. Hanya rahsia aku dengan kau untuk hari ini. Btw kau jangan inform
kat mama dengan papa aku." kata Wafiq lemah.

Aira yang dari tadi menunggu Wafiq mula menyumpah seranah.

"Kata nak ambil aku, sampai sekarang tak ambil, ape dia pikir aku ni
tunggul kayu nak tercegat dekat sini." bebel Aira sambil menyepak batu
yang berdekatan.

Tiba-tiba datang sebuah kereta jenama audi S8 di hadapannya.

Aira terus tersenyum sampai ke telinga apabila melihat kelibat tersebut.

"Izzaq!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience