BAB 2

Romance Completed 12428

Beberapa hari yang lepas…

Aku buka mata perlahan-lahan. Fikiran aku masih kosong dan masih
tertanya-tanya kenapa aku tolong dia. Hanya aku sahaja yang tahu.

"Wafiq? Are you okay?" tanya mamaku, Datin Marina. Bapaku berdiri di
sebelah mamaku di sisi katil.

Aku mengangguk lemah. Datin Marina berkerut resah dan tiba-tiba
mengalirkan air matanya.

"Mama.. "ujar aku dengan dihimpit rasa bersalah.

'Haish, aku buat dia risau la pulak.' bisik hati Wafiq. Datuk Zahidin
memegang tangan isterinya tanda memujuk.

"It's okay, Wafiq Ziyad. Mama just bersyukur Wafiq dah sedar. Lain kali
please bagi tahu mama. Mama risau tau tak. Kalau mama ada serangan
jantung alamat mati katak la mama." bebel panjang Datin Marina seperti
dapat membaca akal fikiranku.

Dia mencubit lembut pipi aku. Terasa kasih sayang yang melimpah ruah
kepadaku. Aku sangat bersyukur dengan kurniaan Ilahi.

Sewaktu aku tengah berborak-borak bersama orang tuaku, muncul dua orang
yang amat dikenalinya di muka pintu. Bapa aku bersalaman dengan Datuk
Zainal manakala Datin Sofea bersalam dengan mama aku.

"Oh syukur, Wafiq dah bangun. Uncle sangat terhutang budi dengan kamu.
Macam mana la uncle nak balas budi kamu ye?" tanya bapa Aira kepada aku.

"Takper la uncle, saya tolong ikhlas. Saya tak harap apa pun." kataku.

"Ermm.. uncle dah bincang dengan aunty. Kami fikir mahu bernantukan kamu
untuk anak kami, Aira. Agak-agak kamu setuju?" tanya Datuk Zainal
selamba.

Aku memandang kedua orang tuaku. Muka mereka seperti sudah tahu apa yang
berlaku. Damn!

"Btw Wafiq, uncle bagi masa dekat kamu. Kamu fikir-fikirkanlah. Kalau
boleh hujung minggu ni uncle nak jawapan. All about you.. uncle dah tahu
from your dad so lansung tak jadi masalah untuk uncle dan aunty. Kami
nak sangat jadi keluarga mertua kamu." terang Datuk Zahidin panjang
lebar.

Pada ketika itu fikiran aku melayang entah ke mana. Kalau dah tahu pasal
aku kenapa nak kawinkan aku dengan anak dia? Macam mana kalau Aira jatuh
cinta dengan aku? Tak remuk ke hati perempuan tu bila dah sampai masa?

Semua persoalan itu takkan terjawab sehingga aku menerima tawaran Datuk
Zainal.

Setelah Wafiq puas mengelamun dan fikir tentangnya di luar hospital, dia
menuju ke wad 7A katil 5.

Wafiq memerhati sekujur tubuh perempuan yang lemah sedang lena tidak
sedarkan diri. Dia mendekati Aira.

"Kalau aku kahwin dengan kau, kau akan terima aku dalam hidup kau tak?"
soal Wafiq sambil meraup mukanya beberapa kali.

Wafiq mengambil tempat di sisi Aira. Dia berjeda seketika.

"Aku tahu keputusan aku ni akan buat kau benci aku tapi aku harap kau
akan terima aku sebagai suami kau." ujar Wafiq dengan suara sedikit
berbisik.

Tik..tik..tik.. hanya bunyi mesin itu kedengaran di dalam bilik tersebut.

Malam itu, dengan beberapa orang saksi ditemani Datin Marina dan
Datuk Zahidin serta bakal mertuaku turut berada untuk melihat aku tidak
lama lagi akan dinikahkan dengan Aira.

"Aku terima nikahnya Nur Aira Ayuni bt Mohd Zainal dengan mas kahwinnya
RM100 tunai." lafaz Wafiq dengan lancar tanpa rasa gugup. Wajahnya
nampak tenang sahaja.

Hari itu memang aku tak akan sesekali lupakan, saat aku menjadi suami
orang dan akan menggalas tanggungjawab menjaga anak orang.

Setahun kemudian…

"Doc, pesakit di wad 7A katil 5 baru tersedar. Boleh tolong check
condition dia macam mana?" kata jururawat Atiqah dengan muka sedikit
teruja.

Doktor tersebut tersentak. 'Nak gembira ke sedih?' bisik hati doktor itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience