BAB 18

Romance Completed 12428

Aku melihat jenazah itu untuk kali terakhir sebelum ditanamkan. Sayu
hati aku untuk melepaskan suami aku pergi.

Aku tak tabah. Aku tak sempat pun nak jadi isteri yang baik untuk dia.
Isteri jenis apa aku ni! +

Surat yang dia bagi untuk kali terakhir aku simpan di dalam diari. Aku
takut. Aku takut kalau aku baca, aku akan lepaskan dia pergi. +

Ya aku redha cuma hati aku. Dia tak kuat. Satu hari nanti aku akan baca
apa yang dia tulis untuk aku. Untuk kali terakhir.

Tiga tahun kemudian…

"Mama!" panggil seorang budak lelaki yang elok berpakaian baju melayu
berwarna biru muda.

Dia memegang tangan kecil adiknya.

"Ya..ya.. kejaplah Akif. Mama tengah nak siap ni. Mestilah kene
cantik-cantik nak jumpa papa. Btw adik Ain ada dengan Akif kan?" jawab
Aira dari dalam bilik.

"Ni hah budak gomok ni. Ada je." balas Akif.

"Ok..tunggu mama."

Aira sedikit kelam kabut. Biasalah perempuan. Mesti nak cantik. Dia
menempek bedak di mukanya yang sedikit pucat.

Setelah selesai, dia memandang cermin. Praktis senyum. Haha agak kelakar.

"Mama!!" jerit Akif.

Terus Aira cepat-cepat bangun dari kerusi meja soleknya. Dia terus
mencapai beg tangannya. Diari yang elok terletak di atas meja itu
terjatuh. Sekeping surat terkeluar dari buku itu.

Aira kaku. Surat Wafiq. Dia mengambilnya perlahan-lahan. Masih cantik di
tangannya. Aira menelan liurnya.

Dah sampai masa dah ke?

Aira, aku yakin kau dah kuat. Gumam dia dalam hati. Dia membukanya
dengan hati yang berdebar dan dia membaca satu persatu Wafiq cuba
sampaikan kepadanya.

‘Aira isteriku dunia akhirat… Maafkan aku, sungguh aku tak kuat tatkala memikirkan betapa aku telah meruntuhkan hatimu dengan membiarkan mu meniti kehidupan sendiri tanpa aku. Bagi aku kau sentiasa terpahat indah dalam hatiku sehingga ke nafas terakhir. Kau adalah pertama dan terakhir bagiku. Maafkan aku jika kepergianku ini telah merentap kebahagiaan yang kau impikan, maafkan juga kerana ketamakan ku yang enggan melepaskanmu kau kini sendiri. Aku terlalu mencintaimu. Halalkan segala kasih sayang, makan dan minum. Selepas ini aku takkan selalu ada untuk kau, chin up, pandang langit dan senyumlah… kau kuat, kau mampu menghadapi semuanya. Allah SWT saja yang tahu betapa aku ingin meniti kehidupan bersamamu, namun ini takdir kita.
Aku cinta padamu Aira.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience