BAB 5

Romance Completed 12428

"Kalau macam tu.. pulangkan. Pulangkan hati aku yang kau dah curi tu.
Kau nak belah ke kau nak bedah ke yang aku tahu kau pulangkan balik."
ujar Wafiq di telinga Aira perlahan.

Aira tergamam. Wafiq tersenyum nakal.

"So Mrs Aira, aku pergi dulu." kata Wafiq sambil mencuit hidung Aira.

Aira memandang pemergian Wafiq.
Sunyi. Kata-kata Wafiq masih terngiang-ngiang di otaknya. Akhirnya, dia
buat keputusan untuk rehatkan minda dia sahaja.

Apa yang dia tahu selepas ini, dia perlu merancang sesuatu. Misi untuk
Wafiq ceraikan dia.

Selepas seminggu kemudian, keadaan Aira semakin pulih dan sudah
dibenarkan keluar dari hospital.

Pada Aira hari itu akan menjadi hari yang sangat menggembirakan hati dia
tetapi disebabkan Wafiq, hari dia bertukar menjadi malang.

"Kau! kenapa kau tak cakap je kat ibu aku yang kau busy. Tak payah kau
susah-susah hantar aku balik." bebel Aira.

"Jangan bising la. Kau kacau aku memandu." ujar Wafiq yang fokus pada
pemanduannya.

"Peduli ape aku!! Turunkan aku dekat sini."bentak Aira kasar.

"Boleh tak kau diam." mata Wafiq masih fokus pada pemanduannya.

Keadaan menjadi sepi. Wajah Aira menjadi muram. Matanya berkaca. +

Apabila lampu isyarat di jalan raya bertukar merah. Wafiq memberhentikan
keretanya. Dia melihat wajah isterinya yang muncung sedepa.

Wafiq mengeluh.

"Can I ask something?" ujar Wafiq perlahan.

Aira memandang ke luar tingkap. Malas mahu melayan Wafiq.

"Okey fine. I'm sorry. Aku tak sengaja. Kalau aku turunkan kau dekat
sini, kau nak ke ade orang culik kau? Entah-entah dia nak kerat kau
empat belas. Nak? Dah la baru dapat keluar hospital. Kesian." pujuk
Wafiq macam pujuk budak-budak tadika.

Mata Aira mula membulat. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Wafiq.

"I'm not a kid." kata Aira masam.

"If you say so.. sekarang lampu isyarat merah, taknak turun?" tanya
Wafiq.

Wajah Aira bertukar cuak. Aira sedang berfikir sesuatu. Wafiq tersenyum
nakal.

"OK fine!" ujar Aira menyampah.

"Good girl." Wafiq tersenyum puas sambil membelai rambut Aira.

Aira tersentak. Wafiq terus menekan pedal minyak apabila lampu isyarat
bertukar hijau.

"Kat mana ni?" itulah ayat pertama Aira setelah terjaga dari tidurnya.

"Rumah kita." jawab Wafiq.

"Rumah kau." Aira mencebik.

"Rumah kita la. Papa aku hadiahkan sempena kita kahwin." terang Wafiq.

"Pape je lah." Terus Aira meloloskan dirinya keluar daripada kereta
milik Wafiq.

Wafiq ketawa kecil.

Keesokan harinya dia pergi membeli-belah setelah setahun dia tidak pergi
ke Pavilion.

Benda pertama yang dia cari adalah telefon bimbit.

"Saya nak Iphone 6s ye." pesan Aira tanpa ragu-ragu. Biasalah orang kaya
apa sahaja mereka boleh beli kecuali kebahagiaan.

Walaupun hari sudah semakin gelap tetapi Aira masih tetap tidak pulang
ke rumah lagi.

'Haishh..mane si Aira ni. Pukul berapa dah ni..' desis hati Wafiq.

Dia mundar-mandir di hadapan pintu sambil melihat jam yang angkanya
sudah menunjukkan pukul 1 pagi.

Tiba-tiba Aira muncul di sebalik pintu. Tanpa rasa bersalah Aira terus
menuju ke biliknya dengan beberapa beg di tangannya.

"Kau pergi mana tadi?" soal Wafiq serius.

Aira menghentikan langkahnya.

"Itu bukan urusan kau." balas Aira malas.

"Aku suami kau. Kau kene ingat." kata Wafiq tegas.

"Pembetulan, suami atas kertas je." perli Aira.

"Aku tahu kau marah aku sebab kahwin dengan kau waktu kau koma tapi
boleh tak kau bagi peluang dalam perkahwinan ni?" terang Wafiq.

Wafiq menjeling tajam ke Aira.

"Hei c'mon la kau.. kau dengan aku kahwin pun bukan atas dasar cinta,
second ape faedahnya aku bagi peluang dalam perkahwinan ni kalau aku tak
cintakan kau! Third kau tau tak kau yang rampas kebahagiaan aku?! " ujar
Aira sedikit meninggikan suaranya.

"Kita dah kahwin so buat cara kita dah kahwin. Cinta? kalau kita beri
peluang antara satu sama lain, aku tak rase itu jadi masalahnya." suara
Wafiq dikawal sedikit.

"Tak jadi masalah? Aku dah ade orang yang aku sayang dan aku cinta!! kau
pulak, Stop being stupid! Ceraikan aku je lah!" Aira meraup mukanya
beberapa kali.

Wafiq tersentak. 'Dia dah ade orang lain? Ceraikan Aira? Mana mungkin
dia akan demi menjaga hati orang tua Aira.' bisik hati Wafiq.

Mata Aira mula berair. Wafiq dengan rasa bersalah mula mendekati Aira.
Apabila dia mahu menyeka air mata Aira, tangan dia ditepis kasar.

"A..aku benci kau! walau ape pun yang terjadi kau dengan aku memang
takkan dan tak mungkin akan bersama!" luah Aira.

Dia terus menolak Wafiq dan berlari ke atas menuju biliknya.

Wafiq masih lagi berdiri kaku. Entah dia terasa kelakar. Dia tergelak
sendirian. Harapan? Hancur. Fikir Wafiq.

Badannya sengaja disandarkan pada dinding lama kelamaan dia terduduk.
Kepalanya menunduk. Bahunya mula terhinjut-hinjut. Wafiq meraup
rambutnya yang kusut beberapa kali.

Fikiran dia teringat dengan kata-kata Aira.

'Walau ape pun yang terjadi kau dengan aku memang takkan dan tak mungkin
akan bersama!'

Ya. Ada betul juga kata-kata Aira. Bila dah sampai masa dia perlu pergi.
Tinggalkan semua orang yang dia sayang. Ya Allah.. kuatkanlah hati
hambamu ini.

Malam makin larut, akhirnya Wafiq terlena dia atas sofa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience