BAB 16

Romance Completed 12428

"Mama Aira!" jerit Akif gembira.

Aira menoleh pada suara itu. Dia mengukir senyuman pada Akif. Akif terus
berlari mendapatkan Luthfi.

"Pakcik Luthfi!! Mama Aira dah sedar!" ujar Akif kelam kabut.

"Hah yeke? Jom.. jom" ajak Luthfi laju.

Apabila sampai di bilik Aira ditempatkan, kelibat Aira hilang. Luthfi
dan Akif saling berpandangan. Mereka sudah tahu di mana destinasi yang
dituju oleh Aira.

Bilik Wafiq.

Dengan kepalanya yang masih pening-pening lalat masih gagah berdiri
menuju ke suatu tempat yang dia sangat hendak tuju.

Sampai sahaja di situ, wajahnya lega kerana Wafiq masih ada di situ. Dia
terus mengambil tempat di sebelah Wafiq.

"Assalamualaikum Wafiq. Ni Aira, isteri Wafiq." tegur Aira setelah
sekian lama berdiam diri.

Wafiq termenung kosong.

"Aira datang ni nak minta maaf sebab tak lawat Wafiq dah banyak hari.
Lepasni Aira janji Aira akan melawat Wafiq tiap-tiap hari eh." borak Aira.+

Sunyi.

Keadaan bukan macam dulu. Usik- mengusik, bergaduh, gelak tawa dan
macam-macamlah. Aira menarik nafas dalam-dalam. Dia sangat-sangat
rindukan saat itu. Saat Wafiq sentiasa nampak kuat depan mata dia. +

Semua ini terlalu cepat baginya untuk menerima segala suratan yang telah
ditetapkan oleh-Nya.

Akif dan Luthfi yang baru sampai tersenyum lega apabila sangkaan mereka
tepat.

Aira yang berpakaian pejabat berjalan laju menuju ke bilik Wafiq. Dia
melihat Akif sudah pun berada di situ. Aira tersenyum simpul melihat
anak kecil kecil itu.

Tuk! Tuk! Tuk!

Tombol pintu terus dipulas dan dia menghadiahkan senyuman kepada Akif.

"Mama Aira!"

Terus Akif berlari pantas mendapatkan Aira. Dia memeluk Akif erat. +

"Akif borak apa dengan papa Wafiq?" soal Aira.

"Pasal macam-macamlah."

Akif mengangkat kening. Comel je. Bila besar ni mesti kacak.

"Eleh.. btw thanks Akif jagakan papa Wafiq untuk mama Aira." kata sambil
mengusap lembut rambut Akif.

"No hal la mama Aira."

Akif tersengih. Aira kagum sebentar. Dia tiba-tiba teringat kali
terakhir Wafiq menghadiahkan senyuman kepadanya begitu. Sungguh dia
rindu. Rindu dengan semua ni.

Aira terus menapak pergi ke katil Wafiq. Wafiq sedang nyenyak tidur.
Kemudian dia menoleh ke arah Akif dengan geram.

Akif menahan ketawa.

"Akif tipu mama Aira. Akif tak borak apa-apa dengan papa Wafiq kan?"
bebel Aira sambil mencubit pipi Akif.

"Heheh.. saje nak tengok reaksi mama Aira." balas Akif selamba.

Aira tergelak kecil. Ish budak ni. Rasa nak luku je. Sabar Aira.

"Lama tak tengok mama Aira senyum macam ni. Kalau mama Aira rindu papa
Wafiq senyum, Akif pula rindukan mama Aira punya senyuman." ujar Akif.

Aira terkedu. Akif macam dapat baca fikiran dia. Kemudiannya dia memeluk
Akif.

"Akif jangan tinggalkan mama Aira ye. Janji dengan mama Aira." bisik
Aira kepada Akif.

Akif mengangguk laju.

"Akif janji takkan tinggalkan mama Aira."

Hari seterusnya Aira datang melawat lagi. Sampai sahaja di bilik Wafiq
dia terus mengisi air di dalam baldi.

"Akif, meh sekejap." panggil Aira.

Akif tidak menyahut. Aira mula tidak sedap hati. Dia terus keluar dari
bilik air.

"Bah!" sergah Akif.

Aira terus melatah. Akif pula ketawa mengekek.

"Akif! sampai hati buat mama Aira terkejut."

Aira bercangkung di depan Akif dengan muka yang serius . Akif mula cuak.
Kemudian, perlahan-lahan bibir Aira mengukir senyuman.

"Kalau Akif buat lagi, mama Aira luku Akif nak?" usik Aira.

Akif menggeleng laju.

Setelah selesai mencuci badan Wafiq, Aira memandang Wafiq dengan
pandangan redup. Kemudian, dia menoleh ke arah dengkuran halus itu.
Akif sedang nyenyak tidur di sofa. Penat agaknya.

"Wafiq, ni Aira isteri Wafiq. Tadi kan Akif terkejutkan Aira macam Wafiq
pernah buat dekat Aira. Aira rindu gila waktu tu dekat semua kenangan
kita. Kalaulah Aira fikir dulu sebelum Aira buat, kalaulah Aira sedar
Aira tipu perasaan sendiri, kalaulah..."

Aira menahan tangisnya. Dia perlu kuat. Dia kena tabah dengan semua ini.

"Wafiq... jangan tinggalkan Aira ye." ujar Aira.

*•••••*+

Akif tersenyum kecil semasa dia mencuri dengar apa yang sedang Aira
cakap kepada Wafiq.

Tidak semena-mena air mata Akif mengalir. Entah kenapa hati dia rasa
sebak. Padahal siapa dia untuk menangis kerana orang yang tiada
pertalian darah dengannya.

'Akif nak sangat mama Aira dengan papa Wafiq bersama.' bisik hati kecil
dia. Matanya semakin layu.

Akhirnya Akif terlena. Aira pula terus menuju ke arah Akif sambil
memegang sehelai kain tebal. Dia menyelimutkan badan Akif daripada
kesejukan.

Malam itu sunyi sekali. Aira menarik nafas yang panjang sebelum
mengambil keputusan untuk tidur sahaja.

Akif memerhati Aira dengan perasaan yang pelik. Sejak tadi dia melihat
Aira asyik tersenyum sahaja. Pelik ni. Akif cuma berdiam diri sahaja.

"Akif, cuba teka hari ni hari apa?" kata Aira sambil tersenyum sehingga
nampak barisan giginya. +

"Err.. hari ni hari Jumaat?" teka Akif.

Aira tergelak dengan jawapan Akif.

"Hari ni ulangtahun perkahwinan papa Wafiq dengan mama Aira." bisik Aira
kepada Akif.

Dia tidak mahu Wafiq mendengarnya kerana dia mahu buat surprise untuk
suaminya. +

"Ish mana la Akif tahu. Mama Aira ni.." perli Akif.

Aira menggelengkan kepalanya sahaja.

"Akif, mama Aira pergi kerja dulu. Jaga papa Wafiq baik-baik." pesan
Aira.

"Aip! Aip! Kapten!" balas Akif semangat.

Tangannya ditabik seperti tengah menerima arahan daripada ketua tentera.
Aira tergelak. +

Sebelum keluar Aira sempat mencium tangan Wafiq. Lama dia memandang
Wafiq.

Baru Aira membuka langkah, Wafiq masih lagi menggenggam tangan Aira
erat. Seperti tidak mahu Aira jauh darinya.

Matanya mula basah. Aira tersenyum kelat sambil mengelap air mata
suaminya.

"Wafiq, tunggu Aira tau. Aira ada sesuatu untuk Wafiq." bisik Aira cuba
ceriakan suaranya.

Akif melihat pemergian Aira sambil tangannya sibuk melambai kepada ke
arah perempuan itu.

Keadaan sunyi kembali. Akif merenung lantai yang kosong itu.

"Papa Wafiq akan sentiasa ada dengan kitaorang kan?"

Akif menggigit bibirnya. Menahan tangis di depan Wafiq.

'Maafkan Wafiq Aira, Akif, Mama, Papa, Ibu dan Abah… Wafiq pergi dulu….’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience