BAB 15

Romance Completed 12428

Seorang perempuan yang sudah berpakaian baju kurung bercorak abstrak
termenung. Dia memandang lama pada tudung yang telah dihadiahi oleh
seseorang yang istimewa dalam hidupnya.

Kemudian dia terus mencapai dan memakainya tanpa ragu-ragu. Dia melihat
wajahnya.

'Untuk kau... aku sanggup buat apa pun.' bisik hati Aira.

Aira melangkah laju mencari Wafiq di wad yang ditetapkan. Matanya
tercari-cari wajah yang diingini.

Hati dia semakin meronta ingin memeluk dan memohon ampun dari Wafiq.
Tiba-tiba Akif muncul di depan Aira.

"Ape mama Aira buat dekat sini?" kata Akif dingin.

"Mama Aira nak jumpa papa Wafiq la."

Aira cuba tersenyum saat ini. Dia ternampak Wafiq. Wajahnya yang sangat
pucat dan lesu. Kepalanya tiada lagi sehelai rambut.

"Mama Aira tak layak untuk papa Wafiq.." ujar Akif.

"Mama Aira tahu.." balas Aira menunduk.

"Kenapa mama Aira sanggup tinggalkan papa Wafiq.. Kenapa?! papa Wafiq
buat segalanya untuk mama Aira! Kenapa mama Aira tak sedar.." marah Akif.

"Mama Aira minta maaf. Mama Aira sayangkan papa Wafiq. Ma..mama Aira
cuba cari papa Wafiq selama ni... dan sekarang baru mama Aira tahu papa
Wafiq....."

Aira tak dapat teruskan kata-katanya.
Air matanya sekali lagi mengalir.

"Akif tak benarkan mama Aira masuk." kata Akif.

"Akif jangan buat mama Aira macam ni eh. Mama Aira nak jumpa papa Wafiq
jugak." balas Aira.

Terus Aira meluru ke bilik Wafiq tetapi dihalang oleh Akif. Dia menolak
kasar badan Aira.

"Ma..mama Aira tak boleh masuk Akif kata! Jangan degil boleh tak! Kalau
mama Aira masuk mama Aira lagi sedih.. Akif taknak mama Aira sedih! Papa
Wafiq pun kata macam tu. Mama Aira janganlah masuk .." ujar Akif sedang
menahan air matanya daripada mengalir.

Aira tersenyum nipis dengar kata-kata budak kecil itu. Hebat betul Akif
ni kecil-kecil lagi dah hadapi dugaan yang lebih besar dari dia tapi tak
pernah pun dia mengeluh. +
Aira membongkokkan sedikit badannya untuk Akif.

"Mama Aira janji mama Aira tak menangis. Ok Akif?" bisik Aira.

Akif masih teragak-agak untuk mengangguk dan akhirnya dia bersetuju.

"Assalamualaikum." ucap Aira.

Hati dia kene tabah dan kuat. Wafiq menoleh ke arahnya dengan mata yang
dingin. Mukanya jelas nampak bingung.

Badan Wafiq sudah lumpuh dan tidak dapat bergerak lagi akibat ketumbuhan
di otaknya semakin merebak.

"Wa..lai..musalam.." jawab Wafiq pelat.

Aira cuba tersenyum. Dia berpusing ke belakang sebentar lalu menarik
nafas dalam-dalam.

Dia memandang Akif dari luar bilik. Akif menoleh ke arah lain.
Budak-budak pun sedih melihat Wafiq apakan lagi dia seorang isteri
kepada Wafiq.

"Wafiq, ni Aira... isteri Wafiq. Wafiq ingat tak Aira? Aira dulu tak
pakai tudung, sekarang Aira dah pakai.. cantik kan isteri Wafiq ni.
Tudung ni Wafiq yang hadiahkan."

Aira cuba ceriakan suasana. Wafiq termenung kosong.

"Wafiq, Aira datang ni nak mintak maaf dekat Wafiq..Aira banyak susahkan
Wafiq.. Aira lansung tak jaga hati dengan perasaan Wafiq. Aira selalu
tengking Wafiq. Aira suka pentingkan diri sendiri. Aira harap sangat
Wafiq ampunkan Aira.." kata Aira yang sedang menahan tangisnya.

Dia menunduk supaya tak menangis di hadapan suaminya. Air matanya
menitis laju. Aira terus mengesat. Dia cuba tersenyum.

Tapi semakin dia mencuba semakin hatinya pedih melihat keadaan Wafiq.

Datuk Zainal dan Datin Sofea serta Datuk Zahidin dan Datin Marina yang
baru sampai hanya melihat dari luar. Sebak hati mereka melihat keadaan
Wafiq yang terlantar sakit. Bukan itu sahaja, ingatannya juga semakin
hari semakin hilang.

Tiba ada tangan menggapai tangan Aira. Terus Aira mengangkat kepala.
Tangan Wafiq.

Wafiq cuba berkata sesuatu. Hanya Aira yang memahaminya.

"Wafiq.... kenapa.. kenapa Aira? Aira tak layak dengan cinta Wafiq..
Aira kejam pada Wafiq, Aira kejam pada diri Aira sendiri..." rintih Aira.

Keadaan sunyi lagi. Wafiq cuba tersenyum. Kepalanya bergerak sedikit ke
kiri dan ke kanan walaupun gerakannya bukanlah sesempurna mana.

"Wafiq.. Aira taknak Wafiq tinggalkan Aira.. Aira taknak.. Akif pun
taknak.. biarlah Aira tebus kesalahan Aira ni.. ye eh? Wafiq kuat kan?
Aira tahu Wafiq kuat..." rengek Aira.

Wafiq hanya memandang kosong ke arah Aira. Matanya makin kabur. Kabur
dengan air mata.

Wafiq menggeleng sedikit. Tanda 'dia dah tak lama'.

"No! Wafiq yang Aira kenal dia kuat dan Aira perlukan Wafiq..."

Akhirnya mengalir juga air mata Aira di depan Wafiq. Dia menyebamkan
mukanya di dada Wafiq.

"Wafiq ja..jangan tinggalkan Aira. Aira tak sedia lagi. Aira tak
perlukan sesiapa pun untuk gantikan Wafiq. Aira nak Wafiq je...please.."

"Ngan.. n..ngis.. Fiq..da..h ta..k leh n..ak la..p ai..r ma..ta
sa..yang." ujar Wafiq cuba bercakap dengan Aira.

"Wafiq...."

"Mama Aira?" panggil Akif yang muncul tiba-tiba.

Senyap. Akif mendekati Aira. Dia menggoncangkan sedikit badan Aira.

"Ya Allah mama Aira!" jerit Akif.

Dia terus memanggil Luthfi.

"Pakcik Luthfi... mama Aira!! Tolong dia..." ujar Akif cemas.

Suasana menjadi kelam kabut. +

Aira tidak sedarkan diri untuk beberapa hari. Akif setia menunggu sambil
memegang tangan Aira dengan penuh harapan Aira akan sedar.

"Mama Aira pun takkan nak tinggalkan Akif... bangunlah. Papa Wafiq
tunggu mama Aira sekarang ni.." rayu Akif.

Hanya bunyi mesin yang kedengaran.

"Akif... sabar eh. Mama Aira nak rehat tu. Sebab tu mama Aira tidur."
pujuk Luthfi yang baru masuk untuk check condition Aira.

"Pakcik Luthfi selalu kata macam tu. Papa Wafiq tu.. takkanlah rehat
sampai setahun.." ujar Akif.

Luthfi terkelu. Budak seusia begini sudah memahami apa yang berlaku.

"Akif budak baik kan? Jaga mama Aira untuk papa Wafiq ye."

Itu sahaja boleh diucapkannya. Tiada apa yang boleh mengubah. Hanya
Tuhan yang maha esa menentukannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience