BAB 14

Romance Completed 12428

"Nampaknya awak dah jatuh cinta dekat suami awak sendiri." ujar Izzaq
perlahan.

Aira masih lagi menangis teresak-esak. Izzaq duduk sebelah Aira.

"Saya dah kalah. Macam mana lagi saya nak menang?" Sambung Izzaq.

Matanya berair.

"Ma..maafkan saya. Saya fikir saya sayangkan awak. Tapi selama ni saya
tipu perasaan sendiri. Saya salah.."

Aira menunduk kerana tidak mampu bertentang mata dengan Izzaq.

"Aira, saya pergi dulu." kata Izzaq.

Aira mengangguk lemah.

Hari seterusnya dia pergi melawat Akif akan tetapi Akif tidak mahu
dirinya diganggu. Jadi terpaksalah dia balik dengan hati yang berat.

Aira memukul stereng kereta dengan geram. Kepalanya disandarkan pada
stereng tersebut. Dia menarik nafas yang panjang. Air mata pula mula
menitis.

"Sampai hati kau Wafiq. Dekat mana lagi aku nak cari kau.. Aku cuba cari
kau dekat hospital tapi tak jumpa. Mana kau pergi? Aku tahu aku salah.
Tolonglah balik ke rumah.. Aku rindukan kau.." rintih Aira.

Aira menunduk. Terhinjut-hinjut bahunya menangis.

Dari jauh ada seorang lelaki sedang memerhati. Dia mengeluh panjang.
Maaf Aira. Aku betul-betul minta maaf. Aku patutnya jauhkan diri aku
dari kau sejak awal lagi. Takder lah kau terseksa bila aku dah pergi.

Kemudian lelaki itu mula melangkah pergi.

"Wafiq! Mane kau pergi hah! Kau tak stabil lagilah." marah Lutfi.

Wafiq tersenyum kelat. Luthfi terasa sebak pula melihat keadaan
sahabatnya itu.

"Luth.. aku cin.."

Wafiq rebah.

Selama tiga bulan Wafiq tak balik selama tiga bulan itu Aira mencari.
Hati Aira takkan senang selagi dia tidak nampak batang hidung Wafiq
depan dia.

Jadi dia buat keputusan untuk pergi ke rumah keluarga mertuanya.

"Assalamualaikum.. papa! mama!"

Aira melihat sekeliling rumah. Sunyi. Aik takde orang ke? Kenapa semua
ghaib saat-saat macam ni.. Ibu dengan Abah menunaikan umrah pula.

Akhirnya dia mengalah. Dia melangkah longlai meninggalkan perkarangan
rumah.

"Abang..betul ke ape yang kita buat ni?" ujar Datin Marina.

"Kita buat ni untuk kebaikan Aira juga." keluh Datuk Zahidin.

Langkahnya akhirnya berhenti saat hujan mulai turun.

Hujan rintik-rintik mula membasahi bumi. Aira mendongak ke langit lalu
menjulurkan tangannya untuk merasai air hujan itu. Matanya dipejam.

Air mata dia turun buat sekian kalinya. Dia melutut dan meraung
sepuas-puasnya. +

"I'm sorry Wafiq.. Aku merayu baliklah.. aku..perlukan kau.. baliklah.. "

Selepas 12 bulan…

Aira lebih suka mengurungkan dirinya di dalam bilik. Dirinya seperti
sudah kehilangan segala-galanya. Mata sembap, makan tak lalu, termenung
sepanjang hari.

Datin Sofea dan Datuk Zainal semakin risau dengan keadaan Aira mula
membincangkan hal ini dengan Datin Marina dan Datuk Zahidin.

"Din, anak aku semakin tak terurus. Aku risau Din, kenapa tak bagi tahu
je. Aira tu anak aku." kata Datuk Zahidin.

"Bukan aku taknak bagi tahu. Wafiq kata rahsiakan semua ni dari Aira.
Biar Aira bencikan dia. Entahlah Jai aku pun taktau nak buat ape." keluh
Datuk Zahidin.

"Ina rasa lebih baik bagi tahu. Kesian dekat Aira. Isteri mana tak sedih
kehilangan suami." sampuk Datin Marina.

Datin Sofea hanya mendiamkan diri sahaja.

Semua perbualan yang dari tadi dibualkan telah didengari oleh Aira. Dia
berjalan perlahan ke arah mereka.

"Apa semua ni? Rahsia ape? kenapa Aira tak tahu?" soal Aira bertubi-tubi.

Mata dia mula berkaca. Datin Marina mula mendekati Aira. Dia memeluk
menantunya.

"Kalau mama bawa Aira jumpa Wafiq nak?" ujar Datin Marina.

"Ina.. jangan." larang Datin Sofea.

"Sampai bila Sofea.. I tak sanggup tengok anak you merana. I rasa
bersalah." jelas Datin Marina.

"Mama ape mama cakap ni? Mama, Aira nak jumpa Wafiq." rengek Aira.

"No..Aira tak boleh jumpa Wafiq." larang Datin Sofea lagi.

Datuk Zainal dan Datuk Zahidin hanya berdiam diri.

"Kenapa ibu? Aira tetap nak jumpa Wafiq.. Aira nak jumpa Wafiq." tutur
Aira.

"Aira dengar la cakap ibu kamu." kata Datuk Zahidin.

"Kenapa dengan semua orang ni!! Aira cuma nak jumpa Wafiq! Kenapa susah
sangat?! Aira tunggu Wafiq selama setahun! Setahun tu bukannya sekejap!
Cari dia macam orang gila!!! Why?! Aira.. Aira nak jumpa Wafiq cuma nak
mintak maaf je.. Aira dah derhaka dengan dia.. Aira cuba nak jadi isteri
yang baik. Kenapa semua nak halang! Kenapa papa ? Kenapa ibu? Sampai
bila Aira kene tunggu? Tak cukup lagi ke seksa Aira... Aira nak jumpa
Wafiq.. papa mama.. ibu abah... tolonglah..Aira merayu sangat... " luah
Aira.

Air matanya mengalir laju. Semua di situ kaku. Sebak dengan kata-kata
Aira.

Datin Marina memeluk Aira sekali lagi. Kali ini lebih erat.

"Maafkan mama rahsiakan semua ni dari Aira. Mama harap Aira lebih tabah
dari ini." bisik Datin Marina kepada menantunya.

Tik..tik.. tik..

Bunyi mesin sahaja kedengaran. Matanya dibuka perlahan-lahan. Gelap. Aku
kat mana ni?

Dia melihat bayangan cermin rupanya. Botak. Pucat dan lesu.

"Wafiq! Kau dah sedar." ujar Luthfi cuba ceriakan suasana.

Hakikatnya dia tahu Wafiq sudah tidak ingat akan dirinya.

"Si..a..pa au?"

Akif yang berada di sisi Wafiq terus keluar. Tidak sanggup berdepan
dengan kenyataan.

Luthfi memandang sayu. Melihat sahabatnya yang begitu.

"Papa Wafiq..." rintih anak muda itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience