BAB 4

Romance Completed 12428

"Maksudnya? Ai..Aira isteri orang?" gagap Aira.

"Haah.. dan nama suami kamu, Wafiq Ziyad dan dia doktor dekat hospital
ni." sambung Datuk Zainal lagi.

Baru Aira hendak membalas tiba-tiba pintu bilik terkuak. Wafiq. Dia
sedang berdiri kaku di situ apabila melihat keluarga mertuanya sudah
sampai. Mukanya terus berubah kepada pucat.

"Hah! kamu Wafiq buat ape tercegat depan pintu, meh sini jumpa isteri
kamu." pelawa Datuk Zainal.

"Aaa.." Wafiq tergagap.

Aira tercengang.

"Ape ni abah? Dia doktor yang check Aira lah. Abah boleh tak jangan
bergurau." Aira cuba tertawa tetapi ketawanya kedengaran sangat hambar.

"Abah takkan bergurau benda serius macam ni." Datuk Zainal membuat muka
serius.

" Maaf ya, sebelum nak bincang ape-ape biar saya check condition cik
Aira. Btw cik Aira ade rase sakit-sakit tak?" soal Wafiq sebagai doktor.

"Ade. Sakit hati." ujar Aira menyampah.

"Aira."tegur Datin Sofea setelah lama mendiamkan diri.

"Ape ibu? Bila mase pula Aira kahwin? Kalau macam ni la jadi lepas Aira
sedar baik Aira mati je!" terus Aira menarik selimut menutup seluruh
badannya.

Datin Sofea memandang suaminya. Datuk Zainal meraup mukanya beberapa
kali.

Wafiq yang berada di situ memegang bahu bapa mertuanya lalu menggeleng
yang bermaksud 'jangan marah Aira. Banyakkan bersabar abah.' Dia terus
beredar dari bilik itu untuk menyambung kerjanya.

Setelah kejadian tadi berlaku, Wafiq termenung jauh. Rambutnya yang
selalu kemas diikat ke belakang sengaja dia lepaskan.

Nada dering lagu ‘Invicible’ Muse berbunyi…

Wafiq terus tersedar dari lamunannya apabila telefonnya berbunyi.

"Assalamualaikum mama?" Wafiq mendekatkan telefon ke telinganya.

"Waalaikummusalam Wafiq, sorry la kacau Wafiq tengah kerja tapi mama
dengar Aira dah sedar? Dia okey ke?"kedengaran jelas di telinga Wafiq
mengatakan suara mamanya yang risau akan menantunya.

"Ermm.. okey. Wafiq baru aje lepas check condition Aira macam mana."
balas Wafiq.

"Jadi Aira dah tahu siapa Wafiq? Jadi keluarga mertua kamu tu ade la kat
sana?" soal Datin Marina bertubi-tubi.

"Ade. Diorang baru sampai." jawab Wafiq.

"Ya Allah budak bertuah ni. Kenapa tak bagi tau mama awal-awal?
Dah..dah.. mama nak bersiap suruh papa kamu hantar." terus suara Datin
Marina kelam kabut.

Panggilan dimatikan. Wafiq mengeluh. Hari ini memang akan jadi hari yang
panjang.

Selepas waktu melawat sudah tamat, Ibu bapa Wafiq serta keluarga Wafiq
mula beredar dari situ.

"Kami balik dulu ye Wafiq. Tolong jagakan Aira baik-baik." pesan orang
tua Wafiq.

Wafiq sekadar mengangguk. Keadaan menjadi sunyi sepi. Aira mendiamkan
diri. Wafiq mengambil tindakan yang sama. Terasa suasana yang janggal di
situ.

"Kau takde kerja ke nak buat? Tak bosan ke duduk dalam bilik ni?" soal
Aira geram melihat Wafiq yang dari tadi memandang dia.

"Ade." jawab Wafiq selamba.

"So buat ape kau dekat sini? Berambus arr!" marah Aira.

"Okay." Wafiq menjawab sepatah.

Baru sahaja Wafiq hendak bangun dari tempat duduknya, Aira mencelah.

"Wait.. aku nak tanya kau something. Kenapa kau kahwin dengan aku? Takde
perempuan lain ke kau nak kahwin?" tanya Aira riak.

"Saja. Sebab aku kesian." balas Wafiq tenang.

"What? Kesian? Kau buat lawak ke ape?" Aira memperlekehkan jawapan dari
mulut Wafiq.

"Yep dan aku tak buat lawak. Kenapa nampak lawak ehh?" Wafiq
menghadiahkan senyuman.

Muka Aira mula kemerahan.

"Lagi satu soalan aku nak tanya kau.. siapa yang dermakan hati ni untuk
aku?" kata Aira menutup rasa gugupnya.

"Aku." ujar Wafiq jujur.

Aira membalas dengan senyuman sinis.

"Kalau kau kahwin dengan aku sebab rase kesian. Kesian sebab takder
siapa nak dermakan hati kat aku.. Aku rase better kau ceraikan aku."
Aira memandang tajam ke arah Wafiq.

"Kalau macam tu.. pulangkan. Pulangkan hati aku yang kau dah curi tu.
Sama ada kau nak belah ke kau nak bedah ke yang aku tahu kau pulangkan
balik." ujar Wafiq di telinga Aira perlahan.

Aira tergamam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience