BAB 11

Romance Completed 12428

Aira dan Wafiq memandang telatah Akif yang mencuit hati itu apabila
sampai ke Paris yang juga dikenali sebagai kota cinta.

"Papa Wafiq.. jom la pergi makan." ajak Akif sambil menarik-narik baju
Wafiq.

Wafiq tersenyum nipis.

"Sayang, pergi la bawak Akif makan dulu. Abang nak call ibu dengan abah
kata kita dah sampai." ujar Wafiq selamba.

Muka Aira mula bertukar merah jambu. 'Haish, apahal telinga aku ni
dengar sweet sangat suara Wafiq ni.' perang Aira dalam hati.

"Alright ab..abang." balas Aira gugup.

Akif yang melihat tersengih geli hati melihat situasi itu. Wafiq pula
menekup mulutnya buat-buat terkejut. Padahal malu gila. Telinga pun dah
merah.

"Jom Akif ikut mama Aira." terus Aira menarik tangan Akif cepat-cepat.

Wafiq ketawa sendirian.

"So ade plan ke nak pergi mane-mane?" soal Wafiq.

"Shopping." balas Aira sepatah.

Wafiq dan Akif buat muka bosan. Aira tergelak. Comel je dua-dua ni.

"Habistu masing-masing takde benda kan nak buat?" ujar Aira.

Dua-dua mengangguk.

"So jom shopping." jujur Aira.

"Mama Aira.. mama Aira memang suka shopping ke? Bosan lah.. lagi-lagi
kalau dengan papa Wafiq. Papa Wafiq dah la cerewet." kata Akif selamba.

"Cerewet? Hahahaa.."Aira ketawa mengekek.

"Akif ni, memandai je kata papa Wafiq cerewet."

Tangan Wafiq laju sahaja memicit kedua belah pipi Akif.

"Haritu papa Wafiq ajak Akif pergi shopping penat tau. Pilih baju untuk
Akif punya la susah." mengadu Akif.

Aira buat muka tak percaya. Seriously suami dia cerewet?

"Aip, citer lama jangan diungkit." ujar Wafiq.

"Lamanye ape papa Wafiq ni. Citer ni dua hari lepas tau tak." bebel Akif
tak puas hati.

Wafiq menepuk dahi. Aduh! Budak ni memang tak pandai simpan rahsia. Aira
sudah gelak mengekek dengan Akif.

"So, nak pergi mana?" tanya Wafiq dengan soalan yang sama untuk menukar
topik.

" Ok lah mama Aira punya cadangan kali ni boleh pakai. Jalan-jalan nak?"
ajak Aira.

Akif tersenyum sampai ke telinga. Wafiq tidak menunjukkan reaksi. +

"Okey." sepatah dia balas.

Hari pertama mereka bercuti memang sangat-sangat memenatkan. Perut
masing-masing pun dah meminta untuk diisi.

Jadi mereka singgah di restoran yang membolehkan mereka nampak menara
Eiffel berdiri gah di hadapan mereka.

Malam tersebut mungkin menjadi malam istimewa untuk pasangan yang lain
tapi bukan bagi Wafiq dan Aira.

Senyap dan sunyi sahaja di meja makan. Akif memandang pelik.

"Kenapa dengan mama Aira dengan papa Wafiq ni?" tanya Wafiq.

"Kenapa apa?" ujar mereka berdua serentak.

Sebenarnya ini adalah kali pertama mereka duduk semeja untuk makan. Jadi
rasa janggal antara mereka berdua. Tadi tak rasa sangat, sekarang dengan
bantuan lilin dan lain-lain terus rasa lebih 'awkward'.

"Senyap je. Tadi pun senyap. Bukan datang sini nak honeymoon ke?" tutur
Akif selamba.

"Err.. sape kata honeymoon?"

Aira memandang Akif.

"Bukan datang sini untuk honeymoon ke?" sangka Akif.

Wafiq tersenyum nipis.

"Dah la makan. Akif tu bukan sihat sangat. Makan banyak-banyak lepas ni
makan ubat." pesan Wafiq.

Akif mengangguk laju.

"Akif sakit ke?"

Aira memandang Wafiq minta penjelasan.

"Dia pesakit kawan abang." kata Wafiq yang masih berbahasakan dirinya
sebagai abang.

"Kenapa bawa dia kalau dah tahu dia sakit?"

Aira memandang Wafiq tajam. Wafiq hanya mendiamkan diri.

"Akif duduk sini diam-diam tau. Nanti papa Wafiq dengan mama Aira datang
balik. Duduk je sini. Ingat." arah Wafiq.

Akif mengangguk faham. Kemudian, Wafiq bangun dari tempat duduknya lalu
menarik tangan isterinya keluar dari restoran tersebut. Aira terkedu.

"Lepaslah." terus Aira menarik tangannya dari pengangan Wafiq.

"Sorry." balasnya.

Sekarang ni mereka betul-betul berdiri di hadapan menara Eiffel. Mata
Aira memandang liar kawasan itu.

"Mata tu boleh tak pandang aku je." cemberut Wafiq.

"Sukahati aku la nak pandang ape. Sekarang kau nak ape?" marah Aira.

"Aku taknak kau tanya lebih-lebih pasal Akif. Tu je." ujar Wafiq.

"Kenapa pulak. Aku cuma nak tahu je." bantah Aira.

"Okey sekarang ni kau nak tahu ape pasal dia?" tanya Wafiq.

"Dia sakit ape?"

Aira merenung mata Wafiq.

"Jantung dia lemah." jawab Wafiq perlahan.

"What?! Macam mana kalau dia tiba-tiba.."

Tak sempat Aira membebel Wafiq menyampuk.

"Aku doktor. Aku tahu la ape masalah dia. Btw jangan sesekali kau cakap
macam tu depan aku." dingin sahaja suara Wafiq.

Aira terdiam.

"Jom masuk." ajak Wafiq.

Baru Wafiq melangkah perlahan Aira memegang lengan baju Wafiq. Wafiq
menoleh.

"Kenapa?" soal Wafiq.

"Betulkan lepas kita bercuti ni, kau nak ceraikan aku."

Aira memandang Wafiq penuh harapan. Wafiq pula mengeluh panjang.

"Kalau aku taknak?" balas Wafiq.

"Kau dah janji."

"Sape kata aku janji?"

"Bagi aku kau dah janji!"

Mata Wafiq yang dingin mula mendekati Aira perlahan-lahan. Aira menjadi
gugup. Dia juga membuat tindakan untuk mengundur ke belakang apabila
Wafiq semakin dekat dengannya.

Wafiq tersenyum nakal. Kaki Aira yang menggigil tak dapat dikawal
akhirnya tersadung.

Tetapi sempat dihalang oleh Wafiq dengan menarik tangan Aira. Mata Aira
membulat.

"Kenapa kau lari?"

"A..aku tak lari."

Mata Aira mula terasa panas. Wafiq ketawa kecil.

"Itu pun nak takut. Aku bukan nak buat ape pun." ujar Wafiq sambil
membelai rambut Aira.

Aira mengesat air matanya.

"Aku mungkin akan rindukan kau." ucap Wafiq lembut.

Dia masih tak lepaskan tangan Aira tetapi sebaliknya dia meletakkan
tangan Aira di dadanya.

Aira tergamam.

"Kau kata.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience