BAB 12

Romance Completed 12428

"Aku mungkin akan rindukan kau." ucap Wafiq lembut.

Dia masih tak lepaskan tangan Aira tetapi sebaliknya dia meletakkan
tangan Aira di dadanya.

Aira tergamam.

"Kau kata aku tak perlukan kau. Who said that? Aku mungkin bukan
ciri-ciri lelaki idaman kau. Aku bukan lelaki yang romantik, aku bukan
juga lelaki yang sweet talker dan aku pun bukan lelaki yang baik untuk
kau tapi bila dengan kau jantung aku ni macam ade masalah. Kau rase tak?" +

Aira membuat muka bingung.

"Masalah taknak lepaskan kau. Ape aku patut buat? Kau dah la curi hati
aku lepastu taknak pulangkan. Nak lari pulak tu dari aku." sambung Wafiq. +

Wafiq tersengih. Mata Aira kembali berair. Terharu? Siapa tak terharu
suami kata macam tu.

"Aku.. aku cintakan kau Aira." ucap Wafiq.

Dia terus mencium dahi Aira. Lama. Aira tergamam. Perasaannya bercampur
baur sekarang itu.

"Wafiq, aku tak tahu keputusan aku ni betul ke tak sebab jantung aku pun
tengah berdegup laju ni."

Pipi Aira bertukar merah seperti buah tomato. Wafiq ketawa kecil. Comel
betul muka isterinya itu.

Tiba-tiba..

"Papa Wafiq! Mama Aira! Ape yang lama sangat nak berbaik tu. Jom la
makan." bising Akif.

"Aloo Akif ni takleh tengok papa Wafiq senang la. Ada je nak kacaunye."
Wafiq merungut.

Akif mencebik tidak puas hati. Wafiq terus menarik tangan Aira menuju ke
arah Akif.

Sudah seminggu hubungan Wafiq dan Aira bertambah baik selepas percutian
yang tidak disengajakan oleh ibu bapa mereka.

"Wafiq, where are you?" panggil Aira lembut.

Matanya melihat sekeliling rumah. Kosong dan sunyi. Aira garu kepalanya
yang tidak gatal. Pelik. Rasanya Wafiq tidak kerja harini. Omel Aira
dalam hati.

Baru Aira ingin melangkah meninggalkan ruang tamu tiba ada tangan
menariknya ke belakang.

Aira terkejut. Matanya dipejam rapat-rapat kerna takut diapa-apakan.
Bibirnya menggeletar tak dapat dibendung.

"Bukalah mata kau, Aira." arah pemilik suara garau itu.

Setelah terdengar suara itu baru hatinya menjadi tenang. Berani dia
takutkan aku eyy.

Apabila dia mencelikkan matanya, rasa kagum terus menjengah di hatinya.
Sejuk pula hati dia lepas melihat hasil di depan mata Aira.

Di lantai rumahnya penuh dengan api lilin. Macam-macam bentuk ada. Bukan
itu sahaja dinding rumahnya pula dilukis gambar Aira dan Wafiq sedang
tersenyum gembira di Paris minggu lepas. +

Magik. Memang magik. Dia pun tak perasan.

Ada sebaris ayat di situ yang tertulis oleh Wafiq membuatkan Aira
tersenyum lebar. +

‘Aku ingin kau tahu bahawa kau tetap isteriku untuk selamanya..’’

"Cantik." ujar Aira perlahan.

"Ape tak dengar la.." usik Wafiq mengada.

"Lain kali dengar baik-baik ye." balas Aira sambil menjulingkan mata.

Dia menoleh ke arah Wafiq. Baju dengan seluar Wafiq penuh dengan kesan
cat. Rambut pula diikat sedikit.

"Kau taknak ke potong rambut tu? Panjang je aku tengok." ujar Aira.

Wafiq berkerut.

"Ehhhhh.. tak boleh, tak boleh sebab aku nak simpan rambut ni."

Wafiq menggeleng laju. Aira menahan tawanya. Suami dia kalau rambut
pendek mesti kacak. Lagi dia mahu menyuruh Wafiq memotong rambutnya.+

"Alaaa, kau ni.. berkorban la sikit dekat aku." kata Aira.

Dia mengerdip-ngerdipkan matanya. Wafiq memandang ke arah lain.
Buat-buat tak dengar dengan permintaan dengan isterinya.

"Ah, malas la nak cakap dengan kau ni. Suruh potong rambut je pun."

Aira terus melangkah jauh dari Wafiq tetapi Wafiq sempat menangkap
tangan Aira dan terus memeluk Aira dari belakang.

Terasa dagunya di bahu Aira dan jarak antara muka mereka kurang daripada
seinci.

"Kau nak aku potong rambut kan? Everything for my princess ops sorry my
queen." bisik Wafiq di telinga Aira.

Aira jadi tak keruan terus menolak Wafiq. Dia memandang Wafiq dengan
muka yang kemerah-merahan.

Wafiq yang nampak gunting berdekatan dengan Aira terus mengambilnya dan
menggunting rambut dia di depan Aira.

Aira ternganga. Sah suami dia memang gempak.

"Wafiq ape kau buat ni?!" jerit Aira.

"Ape? Kau kan suruh aku gunting."

Wafiq tersengih macam tiada apa yang berlaku.

"Tapi.. tapi.."

Aira tidak tahu apa yang patut dia katakan. Wafiq terus mencubit pipi
Aira.

"Tak payah cakap banyak. Meh duduk sini." ujar Wafiq sambil
menepuk-nepuk tempat di sisinya.

Aira hanya menurut permintaan suaminya. Dia melihat gitar di sebelah
suaminya. +

"Kau nak buat apa?" tegur Aira.

"Nyanyi untuk kau." balas Wafiq selamba.

Ketika dirimu dilanda asmara
Kau lakukan hal gila
Yang tak bisa dijelaskan dengan kata

Seperti diriku
Yang tak pernah bisa hentikan segala
Cintaku padamu meskipun ku tahu
Buahkan luka..
Aku tak perduli

Chorus:
Sesungguhnya semua cintaku
Tulus kupersembahkan untukmu
Hingga saat ajal menjemputku
Tak pernah kuberharap darimu
Tuk membalas semua cintaku
Biarlah menghiasi mimpiku tuk selamanya

Rasanya tak adil bila
Kuharus berhenti mencintai kamu
Karena cintaku tulus apa adanya

Dan saat
Diriku mencoba untuk menata
Hatiku lagi
Lupakan dirimu sungguh terasa menyiksa
Ku tak berdaya.. Aku tak perduli

Aira tersenyum sumbing mendengar nyanyian lagu Tulus oleh Ari Lasso dendangan Wafiq untuk dirinya. Siapa tak suka kan orang istimewa nyanyi untuk diri sendiri kan?

Aira menepuk tangan setelah nyanyian Wafiq tamat. Hari itu memang banyak
memorinya berkongsi dengan Wafiq.

Suara Wafiq masih lagi terngiang-ngiang dalam kotak fikirannya.

Akhirnya hari tersebut hanya tinggal kenangan dalam ingatan Aira selepas
suatu peristiwa tersebut terjadi.

Aira termenung panjang. Matanya bengkak kerana hampir setiap hari dia
menangis. Rindukan Wafiq. Rindukan memori mereka.

"Mane kau Wafiq? Aku rindukan kau. Aku mintak maaf." ujar Aira perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience