BAB 17

Romance Completed 12428

Aira berjalan menuju ke Baskin Robin, tempat Wafiq selalu kunjungi. Dia
membeli kek bersaiz sederhana untuk dua orang makan. Yelah Wafiq mana
boleh makan.

Senyuman manis itu tidak lekang dari bibirnya sepanjang hari. Aira
semakin tidak sabar mahu membuat kejutan kepada Wafiq, suami tercintanya.

"Nah cik bakinya, datang lagi ye." kata jurujual itu.

Aira menghadiahkan senyuman. Kemudian dia berjalan keluar menuju ke
keretanya. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia melihat nama yang tertera
pada skrin itu. Akif?

Aira menjawab panggilan.

"Assalamualaikum Akif? Kenapa call ma.." Tak sempat Aira membebel Akif
memintas.

"Mama Aira datang cepat!! Papa Wafiq...." bergetar suara Akif di hujung
talian.

Plastik Baskin Robin yang dipegang erat terjatuh. Dunia Aira seakan
berhenti. Kakinya terus membuka langkah yang besar. Tidak kesah dengan
kek yang terjatuh itu.

Dalam hatinya cuma ada Wafiq.

"Wafiq, please tunggu Aira." ujar Aira mengharap.

Matanya berkaca. Dia terus memecut menuju ke hospital. Bangunan hospital
sedang berdiri gah di depan Aira. Tanpa berlengah lagi, dia terus
berlari mendapatkan Wafiq.

Matanya sedang menahan daripada menangis dan akhirnya langkah dia
semakin perlahan apabila terdengar esakan Akif. Hati Aira semakin resah.

"Kenapa Papa Wafiq suka tipu Akif... papa Wafiq.. papa Wafiq dah janji
takkan tinggalkan Akif.. papa Wafiq bangunlah... papa Wafiq... macam
mana dengan mama Aira.... papa Wafiq... bangunlah.. papa Wafiq janganlah
main-main.. papa Wafiq...." rengek Akif.

Akif menghentakkan kakinya dan menggocangkan sedikit badan Wafiq.
Datin Marina menenangkan Akif. Tangisan demi tangisan yang Aira
terdengar. Dia masih berdiri kaku di situ. Matanya dipejam rapat.

'Tolonglah sesiapa kata ini mimpi. Tolonglah.. aku merayu.' rayu Aira
dalam hati.

Datin Marina yang baru keluar dari bilik itu terserempak dengan Aira.
Aira memandang ibu mertuanya. Datin Marina mendekati Aira.

"Ja..jangan datang dekat.. Aira taknak dengar.." bergetar sahaja suaranya.

Matanya menahan tangis. Ibu mertuanya lansung tak takut akan amaran Aira
malah pergi dengan lebih dekat ke arah menantunya. Aira menekup
telinganya.

"Jangan macam ni sayang... dia dah takder.." bisik Datin Marina sambil
memeluk menantunya.

"Tak... tak mungkin. Aira suruh Wafiq tunggu Aira... Wafiq tipu... mama
kejutlah anak mama tu.. kata semua ni mimpi dekat Aira..."

Akhirnya mengalir juga air mata Aira. Datin Marina tak tahu mahu ucapkan
apa lagi. Anak dia dah mati. Siapa tak sedih?

Datuk Zahidin dan Ibu bapa Aira bersimpati. Hati mereka hancur melihat
Aira macam itu. Tak dapat terima kenyataan.

"Aira, jom tengok Wafiq kali terakhir eh." pujuk Datin Sofea merangkap
ibu kepada Aira.

Aira mengangguk lemah. Dia menggigit bibirnya yang menggeletar itu. Dia
kena kuat. Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini.

Datin Sofea menarik tangan Aira lembut. Apabila Aira tiba di muka pintu,
dia melihat Akif yang dari tadi tak lepaskan tangan Wafiq.

"Papa Wafiq... Akif ni papa Wafiq. Bangunlah..." rayu Akif.

Akif terasa bahunya disentuh lembut oleh seseorang. Aira. Terus Akif
memeluk Aira erat.

"Ma.. mama Aira. Maafkan Akif.. Akif tak jaga papa Wafiq elok-elok...
mama Aira kejutlah papa Wafiq... Akif nak papa Wafiq..."

Pilu hati Aira mendengar rengekan Akif. Lagi sedih apabila dia tak dapat
jumpa Wafiq sebelum dia menghembuskan nafas kali terakhir.

"A..Akif...mama Aira pun nak papa Wafiq... Akif.. apa mama Aira nak
buat??" rintih Aira.

Keluarga Wafiq dan ibu bapa Aira sedih melihat keadaan begitu. +

"Akif, jom ikut nenda. Bagi peluang dekat mama Aira jumpa papa Wafiq
kali terakhir." bisik Datin Marina.

Akif sekadar mengangguk. Tangannya dipegang kemas oleh Datin Marina.
Sebelum keluar Akif sempat menoleh ke arah Aira. Aira pula masih berdiri
kaku di situ.

Dia tak tahu apa yang perlu dia lakukan. Hati dia masih tak terima lagi
pemergian suaminya.

Terus dia menapak ke arah Wafiq Dan memeluk Wafiq. Air mata yang
mengalir dia tidak endahkan. Dia hanya perlukan Wafiq sekarang ini. +

"Wafiq... kenapa Wafiq pergi dulu. Wafiq dah janji Wafiq nak tunggu
Aira. Wafiq tipu, Wafiq tipu. Aira tak terima semua ni.. Wafiq...
bangunlah. Kenapa Wafiq buat Aira macam ni... Aira lansung takder di
sisi Wafiq waktu Wafiq pergi. Ape Aira nak buat? Wafiq suami Aira. Aira
nak Wafiq je... Wafiq.. Aira tanya Wafiq niii.. bangunlah..Wafiq jangan
main-main.. kenapa dengan Wafiq nih.. Wafiq.. Aira lansung tak dapat
cakap dengan Wafiq kali terakhir... Wafiq..ni anniversary kita... sampai
hati Wafiq tinggalkan Aira.. Aira cintakan Wafiq.. Aira sayang
Wafiq...kenapaaa..." rintih Aira.

Bahunya terhinjut-hinjut. Air matanya turun tidak henti-henti. Bibirnya
menggeletar.

"Wafiq..." panggil Aira lagi. Lirih sahaja suaranya. Berharap Wafiq akan
menyahut.

Tangannya setia memegang tangan Wafiq. Tiba bahu Aira disentuh. Luthfi
menghulurkan sekeping surat.

Aira menyambut lemah.

"Kau sebenarnya wanita yang sangat beruntung Aira. Wafiq tak pernah
cintakan perempuan lain selain kau. Aku harap kau tabah dengan pemergian
dia." ucap Luthfi.

Dia sebenarnya sedang menahan tangis di depan Aira. Apabila matanya mula
berair, cepat-cepat dia beredar dari situ.

Bibir Aira menggeletar.

"Wafiq.... bangunlah.. janganlah main-main!!! Wafiq!" raung Aira.

Surat di tangannya basah akibat tangisan Aira. Tanggal 13 Julai 2015
tarikh keramat bagi Aira. Saat Wafiq pergi meninggalkan dia tanpa ada
ucapan untuk kali terakhir.

Wafiq, Aku perlukan kau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience