BAB 7

Romance Completed 6504

Ketawa besar abang-abang aku dengar jawapan aku terumanya abang long! Kemain dia gelakkan aku, kang aku hasut Kak Selina bini dia supaya jangan layan dia. Baru kau tahu erti rasa penghinaan! Muahaha.

Mama, papa dan keluarga belah sana setuju nak datang merisik. Sebentuk cincin belah rotan dihadiahkan sebagai tanda persetujuan. Masuk hari pertunangan, aku tak nampak kelibat Imran. Habis semua saudara mara Imran nak geledah aku. Ingat aku apa? Demi menjaga air muka mama dan papa, aku layankan saja tanpa banyak bantahan.

“Tak lama lagi dapat family baru la kita mummy!” Adik Imran, Ilyana menepuk lembut bahu aku.

Bertambah lagi satu cincin di jari aku.

Selepas majlis pertunangan, kedua-dua belah pihak bersetuju nak langsungkan pernikahan 8 bulan dari sekarang. Awal-awal aku warned mama,

“Mama, buat kecil-kecilan sudah, panggil saudara-mara cukup. Tak perlu buat di ballroom hotel, bazir duit.”

Tetapi mama tetap mama,

“Mama tak kira, mama nak buat besar-besaran juga. Mana boleh mama buat kecik-kecik. Ini satu-satunya anak perempuan mama, mestilah mama nak ever big. Mama nak tempah ballroom, buat malam berinai, mandi bunga and semua lah!”

“Tak payah buat kat ballroom. Rumah ini dah cukup besar nak buat kenduri anak-anak.” Papa keluarkan arahannya. Kuasa veto!

Mama senyap. Hahaha, seniority win! Applause…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience