BAB 22

Romance Completed 6504

Dua hari berlalu, aku menginap di Tok Aman Bali Resort. Tiada siapa yang tahu aku ke sisni. Aku lebih tenang bersendirian. Bukan lari dari masalah, aku mahu tenangkan diri, aku lebih gemar bersendirian daripada dihimpit oleh jutaan manusia di bandar yang penuh sesak.

Datang ke Terengganu lebih membuatkan hati aku terhibur. Melihat gelagat kanak-kanak bermain layang-layang di pantai, melihat orang menjala. Membina istana pasir. Aku banyak menghabiskan masa di pantai, petang aku pusing-pusing pasar, melihat orang berniaga.

Aku menghidupkan Oppo yang sudah dua hari aku off. Berderet missed call dari Imran, dari keluarga, Nurin pun ada. Aku lebih senang untuk call Nurin.

“Assalamualaikum Nurin…”

“Waalaikumussalam, Izara! Rindunya aku! Kau ke mana, puas aku call kau tapi masuk mail box, menyampah aku duk dengar suara operator. Aku call orang lain, operator yang jawab! Sakit hati Mak Jemah ini tahu tak?”

Aku ketawa kecil.

“Kau ke mana sebenarnya Izara?”

“Ada ini ha di planet bumi, tak ke pluto lagi.”

“Oh, ya ke? Aku ingatkan ada di matahari, kot-kot la kan… Eh hello, not funny la Izara. Wei, kongsi la sikit, story morry dengan aku. Any update?”

Aku menghela nafas kecil.

“Ok, aku beri klu kepada kau. Tempat orang membina.”

“Membina, kat mana…?” Nurin merengek kecil.

“Tak tahu? Tak tahu tak apa la. Nurin aku ada teka-teki, nak main tak?”

“Ok, fine. Apa dia?”

“Macam mana nak masukkan gajah ke dalam peti sejuk?”

“Potong kecil-kecil, lepastu masukkan.” Confident Nurin jawab.

“Salah! Buka pintu peti and then masukkan. Senang. Haha. Ada lagi, macam mana nak masukkan keldai ke dalam peti sejuk?”

“Senang aje, buka pintu peti, lepastu masukkan. Done!”

“Salah! Keluarkan gajah dulu baru masukkan keldai. Win. Ada lagi ini, singa nak buat birthday party, semua binatang pergi kecuali seekor. Apakah binatang tersebut? Sila jawab. Masa ada 5 saat, 4… 3…”

“Mana la aku tahu! Soalan punya senang kau bagi kat aku, jawab sendiri la!”

“Serious tak tahu? Keldai la, sebab dia kan ada dalam peti tadi. Hehehe… Ok, last. Last question. Pak Mat nak seberang sungai yang selalunya penuh dengan buaya, macam mana Pak Mat nak seberang?”

“Yang ini kacang! Panggil semua buaya, cakap la nak kira ada berapa ekor buaya and then Pak Mat pun sampai ke seberang. Selesai… Amacam pandai tak aku? Muahaha.”

“Punya confident kau jawab, jawapan kau tetap salah! Jawapannya, Pak Mat seberang macam itu aje la, kan semua binatang pergi birthday party singa. Aku menang! Yay…” Aku ketawa.

“Fine! Aku pula, benda apa bila dia hidup kita menyanyi, bila dia mati kita bertepuk tangan?”

“Apa la kau ini, soalan punya senang tahap budak tadika, lilin hari jadi la. Betul tak, betul tak? Hahaha.”

“Merajuk la macam ini…”

“Ok, Nurin sayang… Jangan la merajuk ya baby boo…” Aku buat bunyi cicak.

“Tak la, aku tak merajuk pun. Cepat la, cakap kau kat mana. Kau selalu holiday tak inform aku.”

“Aku ada di Terengganu.”

“Wah, pantai…! Stay mana?”

“Tok Aman Bali.”

Perbualan meleret. Terhibur sedikit hati aku. Lama aku tak borak dengan Nurin. Rindu… Aku rindu akan mereka semua… Tuhan… Sampaikan rindu ini kepada mereka. Hubban jamma.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience