BAB 17

Romance Completed 6504

Aku dipapah keluar dari kereta, aku dibawa masuk kedalam pintu, dah sampai ke klinik. Tiba-tiba aku ditolak kasar. Terkejut! Aku buka mata, ini bukan klinik! Ini rumah Baihaki! Ada seorang lelaki yang sedang merakam kejadian ini dengan kamera.

“Izara darling… Dah ready nak mulakan hidup baru bersama I?” Baihaki mengelus pipiku.

Aku masih kaget, tidak tahu reaksi apa yang harus aku lakukan! Mata masih kabur, kepala ibarat berpusing. Baihaki menindih aku, Ya Allah beratnya! Ya Allah, berikanku kudrat untuk melawan makhluk ini!

Tangan Baihaki mula mahu merentap kain tudungku. Aku menepis tangannya.

“Hei, melawan!”

Dengan segala kudrat yang aku ada, aku menolak kuat badan Baihaki. Sekuat mungkin aku mengeluarkan suara, aku geram! Baihaki terjatuh. Lembik kau ini!

Aku mengambil kesempatan ini untuk menendangnya.

“Sakit, betina! Kau nak lawan aku! Nanti kau!” Baihaki mahu menerkam aku, aku mengelak. Terus aku tendang belakangnya. Baihaki tersungkur ke atas katil, aku menendang sekuat hati kaki, belakang dan pinggulnya. Apa nak jadi, jadilah!

Baihaki tak mahu kalah, dia bangun nak memeluk aku, aku rendahkan badan kemudian hantukkan kepala aku ke hidungnya kemudian aku beri sepakan kepada asetnya. Sekuat hati aku beri! Ambik kau! Rasakan…

Aku perempuan bukan sebarang perempuan! Aku perempuan bukan perempuan lemah! Aku perempuan bukan perempuan lembik! Aku perempuan yang terpelajar! Apa yang aku buat datang pertolongan dari Allah! Kau nak lawan kuasa Allah, memang kau tak boleh!

“Baihaki, kau dengar sini! Sampai bila-bila kau takkan dapat apa yang kau nak daripada aku! Kau jangan main-main dengan aku, silap langkah, maut menuggu kau!” Sekali lagi aku menendang dia! Puas hati aku! Aku betulkan pakaian kemudian keluar dari bilik, ada seorang lagi a.k.a videographer aku dengan Baihaki punya scene, sekarang aku dah buat onar!

Dia berundur. Aku tersenyum sinis, ingat aku takut?

Aku keluar dari pintu pagar rumah Baihaki, menahan teksi, hantar ke butik.

Minta maaf Imran, aku tak dapat pulang awal. Aku penat, aku nak tenangkan diri. Aku demam dan perasaan takut aku masih belum menghilang. Aku tak dapat nak tepati janji aku. I am so sorry…

Aku letak kepala atas meja, mula memejamkan mata, berkhayal sendiri… Dunia seakan berpusing.

Oppo berdering, nyaring berbunyi minta disahut. Aku tiada kekuatan, bertalu-talu berdering. Tanpa sahutan, aku penat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience