BAB 24

Romance Completed 6504

Selesai keluar jalan-jalan, aku dan Imran berjalan beriringan menuju ke bilik. Seharian Imran tidak melepaskan aku. Naik segan aku asyik disuik mereka!

Aku bersihkan badan, hilangkan rasa melekit. Keluar dari bilik air, aku hanya memakai jubah mandi. Imran memandang tepat ke arah aku. Aku jadi kaget.

“Kenapa awak tengok saya macam itu?”

Imran bangun, menuju ke arah aku. Mencium bau rambut aku,”Wangi.”

Apa ini?

“You know what, you look so delicious tonight.” Imran senyum menggoda! Cair bak ang, cair, cair!

“Sayang… Izinkan abang.”

Angguk tidak, geleng tidak. Antara malu dan geram.

“I want to make you dream of me every time…”

“I love you.”

Tuhan…

Hari ini pernikahan Nurin dan abang ngah dilangsungkan di rumah orang tua Nurin. Kahwin dah kawan aku!

Aku naik pelamin jadi pengapit Nurin.

“Pengantin baru, happy new sister in-law! Aku suka kau…” Aku berbisik kepada Nurin.

“Psst! Psst! Tunggu malam ya… Hihi.” Aku mengusik Nurin.

Aku berjalan ke khemah, bersembang dengan tetamu. Terserempak dengan mama, “Ya Allah budak bertuah ini, jalan ke sana ke mari, awak itu bawak budak dalam perut, cuba duduk, relax, relax ok relax.”

“Bosan la mama duduk aje…”

“Bosan ya, tak apa nanti malam ada saja la tu, sakit pinggang la, sakit belakang la, lenguh kaki la, tunggu masa aje Imran itu nak kena melayan kerenah ibu mengandung. Haish…”

Imran menghulurkan air kepada aku, aku sambut, cari kerusi, duduk kemudian minum…

“Sayang tahu tak, abang ada baca jampi kat air itu.”

“Jampi apa?” Melayan.

“I love you.” Aku tersedak.

“I miss you.” Aku tersedak lagi!

“Doa last abang baca kepada air ini adalah untuk baby, doanya semoga bila baby kita besar, abang tak nak baby kita suka main sorok-sorok macam ibu dia yang suka menyorok daripada abang bila merajuk.”

Mana aku nak sorok muka? Malu…!

“Sayang.”

“Apa?”

“Sayang…”

“Apa dia?”

“Tak ada apa-apa, sengaja panggil. Sayang…”

Aku malas melayan.

“Abang panggil baby, nak suruh dia kenal siapa ayah dia. Sayang…”

“I like you.”

“I love you.”

“I miss you.”

Ayat win!

“Awak…” Aku memanggilnya.

“Kenapa panggil awak? Tak panggil abang?”

“Sengaja. Guna perkataan awak, rasa macam orang yang baru bercinta, fresh gitu.”

“Apa-apa sahaja.”

“Awak.” Aku memanggilnya lagi.

“Ya, sayang…?”

“Saya nak beranak!”

“Hah? Nak beranak? Heh, jom ke hospital! Meh, abang angkat, jom cepat!”

“Tipu! Saya menang! Selalu awak kenakan saya, kali ini saya menang. Yay.”

Imran menikam mata aku, dahi aku diciumnya.

“Abang tak kisah, menang atau kalah. Tapi, hakikatnya abang dah menang dari dulu lagi. Sayang dah tumpas ke tangan abang. Sekarang, abang dah penjarakan sayang dalam hati abang. Jangan lari lagi ya?” Imran meraih tangan aku.

“I love you and will always love you forever after.”

Baby menendang.

Allah Tuhan…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience