BAB 23

Romance Completed 6504

Hampir seminggu aku menginap disini. Aku tidak berhubung dengan keluarga, Nurin, IzAr Couture aku serahkan sepenuhnya kepada staf-staf sementara aku masih di sini.

Awal pagi selepas breakfast, aku turun ke kolam. Melihat kanak-kanak seriang ribena turun gelongsor. Comel aje budak itu, ibunya mengajar berenang. Aku tersenyum sendiri.

Beep!

Assalamualaikum Izara. Rindu kau la, jom jumpa.

Nurin, aku pun rindu kau.

Jom! Datang ke Ganu Kite ~

Send!

Aku termenung jauh, teringatkan Imran, mama, papa, Izham… Rindu mereka semua… I am so sorry for leaving you.

“Assalamualaikum, chak!” Nurin kejutkan aku. Nurin?!!

“Nurin…!! Rindunya aku! Aku ingatkan kau tipu aku nak jumpa.” Kami berpelukan erat. Keluar air mata aku. Terlalu rindu.

“Aku pun rindu kau la beb! It’s been a long time we’re not have vacation together.” Nurin tersenyum riang.

Aku mengajak Nurin ke pantai, aku berjalan riang bersama Nurin, aku tidak menghiraukan keadaan sekeliling.

“Zara… Aku sebenarnya nak tanya something.”

“Kau still marahkan your family?” Kedengaran suara Nurin serba salah.

“Aku… Entah la, aku pun tak tahu macam mana nak cakap sebab aku sendiri sedang berlawan dengan perasaan aku.”

“Izara… Aku rasa kau patut jenguk mereka la, mereka pasti rindukan kau. You’re the only daughter, of course they are. Kau tak rindu mereka?”

“Nurin, sekalipun aku cakap tak rindu memang menipu la kan. Of course aku rindu tetapi mereka pun dah hilang kepercayaan kepada aku. Nak ke mereka terima aku? Oh, don’t say that you’re not believe in me!” Aku mula serkap jarang.

“Hey, of course la aku percayakan kau. Aku kenal kau dan aku pun kenal si Baihaki. Aku tak percaya semua benda mengarut ini. Izara, I want to tell you the real fact. Listen to me. Don’t interrupt me.”

“Izara, actually they’re already know the real incident and they’re believing you right now.”

“How they get to…” Aku menutup mulut, tersasul. Tak boleh mencelah.

“Hari kau menghilang, kau tahu tak, semua orang kecoh cari kau, especially Imran, dia yang paling kalut, paling risau, semua paling itu milik dia la. He called me, kot-kot aku bersekongkol dengan kau, aku cakap aku tak tahu and of course it’s surprising me okay!”

“Hang tahu dak, sampaikan aku kalut! Sampai kami semua ini ingat kau kena culik oleh Baihaki. Nasib baik tak buat report polis. We’re trying to call you, tapi asyik-asyik suara perempuan lain yang jawab, sorry retry later. Oh my god! Aku rasa macam nak hempas handphone, geram punya pasal. But, luckily aku call kau, tiba-tiba kau angkat. Bersyukur sangat aku time itu, Tuhan saja yang tahu.”

“I informed your family that you’re here. Cepat-cepat kami kemas barang, semata-mata nak tangkap kau. Buat onar sungguh kau ini.” Sesedap rasa seindah bahasa pujangga Nurin mengutuk aku. Nasib baik dia warned aku awal-awal jangan mencelah, kalau tidak…!

“Sebelum aku call kau, kawan Baihaki yang sent the video call aku. Dia mengaku bahawa dia yang hantar video itu dan dia yang buat perancangan dengan Baihaki. Kau tahu macam mana dia boleh buat pengakuan berani mati itu? Sebab, the day you got out, he saw you. Sudah la, keluar pagi-pagi buta tak inform orang lain, dalam keadaan demam kau itu, he saw your cemberut face. Dia kasihan jadi dia tak sampai hati nak biarkan tuduhan ini berleluasa.”

“I told him, kau tak boleh mengaku depan aku aje, kau kena jumpa dengan family Izara, kau kena bersihkan nama Izara, kalau tak, aku tak teragak-agak nak bawa kes ini ke mahkamah. Sebenarnya aku tipu sebab aku mana ada empat orang saksi. Tapi, sekalipun aku bawa kes ini ke mahkamah, mereka kena bawa 4 orang saksi, tak pun dia sendiri yang kena mengangkat 5 kali sumpah, 4 kali sumpah bersamaan dengan 4 orang saksi dan sumpah ke 5, dia kena bersumpah bahawa kalau dia menipu dia akan ditimpa azab Allah. Mana dia nak cari maa? Aku ugut dia, haha. Kejam tak aku?”

“So, now. Your family dah tahu perkara sebenar. Happy ending. Eh, tak happy ending lagi la, kau kena jumpa mereka dulu…” Nurin tersenyum riang.

“Boleh aku mencelah?”

“Ya, boleh tuan puteri.”

“Baihaki macam mana? Kau tak baling dia ke dalam laut somalia ke? Aku nak aje tengok makhluk Allah yang seorang itu lemas. Hish, astaghfirullahhaladzim…”

“Izara, boleh tak kau pandang belakang?”

Tak teragak-agak aku berpaling ke belakang. Terkejut. Imran menghampiri aku. Aku kaku. Antara terharu dan geram.

“Nurin… Kau suka buat aku macam ini.” Aku menyiku Nurin. Nurin ketawa kecil. Nurin bingkas berlari ke arah mama, papa, wah semua abang aku ada la! Izham pun…!

Tetapi aku tetap malu. Aku menjauh dari Imran. Aku rasa aku tak layak nak mendampingi Imran setelah apa yang aku buat terhadap dia selama ini. Sebak menjalar tiba-tiba. Aku isteri derhaka.

“Sayang… Go and hug your mother, your father…” Aku masih menunduk, menguis-nguis pasir dengan kaki. Malu.

Perlahan aku mengorak langkah menuju ke arah mereka, air mata aku hampir jatuh. Mama turut mengorak langkah. Akhirnya aku berlari kemudian memeluk mama. Tak semena-mena air mata aku jatuh di hadapan mereka.

Manusia sekeliling memandang pelik. Ada yang bersiul kecil, tersenyum-senyum. Aku sudah tidak menghiraukan sekeliling.

“Mama, Izara minta maaf…” Lagi erat pelukan aku.

“Izara, mama minta maaf juga, mama tuduh kamu sebab mama percayakan video itu. Lepas ini, jangan lari lagi. Risau kami dibuatnya, ingatkan Baihaki yang culik kamu.” Mama menyeka air mata aku.

Aku salam tangan papa. Aku peluk kuat tubuh papa. Aku tahu walaupun muka papa kelihatan biasa, aku tahu papa sedih. Seperti hari pernikahan aku yang lalu, mula-mula memang beriak selamba, bila aku peluk papa, papa keluarkan air mata. Hati seorang lelaki siapa yang tahu? Wajah tidak menggambarkan segala-galanya. Papa memang hero!

Aku menuju kepada abang long, oh papa! Aku yakin akan ada sesuatu yang berbaur usikan daripada abang long!

“Nanti malam… Tunggu si Imran ngap ya!” Abang long buat gaya kucing, aku ketawa. Kelakar la abang long buat macam itu.

Seperti biasa, aku akan bertepuk tampar dengan abang ngah dan abang cik. Abang ngah dan abang cik pasti akan sekepala dengan aku. Aku berbisik, merancang sesuatu. Kami menjeling nakal kepada abang long.

“Along, satu teka-teki, kalau tak dapat jawab, akan didenda. Gajah terbang nampak apa?” Abang cik bertanya.

“Gajah terbang nampak terbang la, nampak terapung.”

“Fail! Gajah terbang nampak pelik!” Pantas abang ngah mencelah. Kami ketawa.

“So, abang long kena belanja kitaorang shopping! As always abang long, as always…” Aku menyakatnya.

“Whatever wahai adik-adikku yang super annoying sekalian… Ayuh kakanda belanja. Nak beli satu kedai pun tidak mengapa, akan ku layan adikanda sekalian.”

Lagi kuat kami ketawa.

Imran berdeham,”Yang ini nak tinggal mana?”

Aku termalu sendiri, bukan sendiri tetapi kepada semua orang!

“Ayok adik… Kantoi tak ingat suami sendiri. Sah kena malam ini! Bersiap sedia lah wahai adikku… Hahaha!” Sukanya abang ngah usik aku! Dia dah sekepala dengan abang long!

Imran berjalan dengan sangat bergaya ke arah aku! Dia sedang menggoda dan aku tergoda! Oh papa!

Imran memeluk pinggang aku, lagi malu! Nurin sudah tersengih-sengih, lagi lagi malu!

“Sweetnya pengantin basi ini… Kita ini siapa la yang nak kan kita kan angah?”Abang cik mengejek.

“Eh, bukan kita la. Kau aje acik, angah dah ada. Itu orang sebelah kau.”

Nurin?! Wah couple tak diclare?

“Angah? Sejak bila, eh sejak bila ini? Habis itu, acik?”

“Haa tu lah kau angah. Sibuk nak jaga Izara kan? Izara pun dah ada port nak bermanja, hang bila lagi naa? Cepat-cepat cari ya? Angah nak kahwin ini. Meh, angah nak isytiharkan. Mama, papa, abang long dan adik-adikku, kami tak bercinta cuma sama-sama berkenan dan kami tak nak bertunang, kami bersetuju nak kahwin, balik rumah nanti, mama dengan papa kena hantar rombongan meminang kepada Nurin, kami nak kahwin. Mama dan papa, izinkan tak?”

Nurin tertunduk malu. Tahu malu… Sebelum ini asyik usik aku, baru kau tahu! Muehehe.

“Abang long! Tak payah tunggu mama dan papa jawab, biar adik yang restu dulu! Kini, adik mengisytiharkan bahawa kamu berdua tak lama dah nak nikah…!” Aku meluru ke arah Nurin kemudian memeluk erat.

Aku mencece bersama, gembira tak terkata rasa nak dapat biras, sahabat sendiri pula itu! Jadi kakak ipar aku? Oh! No way! Aku akan jadikan kau sebagai bibik aku, muahaha!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience