BAB 8

Romance Completed 6504

Aku, Imran dan sekeluarga mama bawa pergi jumpa designer Eja Shahril, si designer fashion muslimah. Nasib baik mama faham aku, kalau tidak harus aku akan pakai skirt, blouse dan instant shawl buruk pada hari persandingan.

Selepas majlis pertunangan lepas, tidak pernah sekalipun Imran berurusan dengan aku. Bagus, aku pun bukannya suka sangat layan lelaki, ada jugak yang makan segala jurusan maut daripada aku. Dress sesimple mungkin aku minta, tapi mama bantah, nak tambah lace dan manik manik dihujung kain, buat meleret sedikit. Aku akur.

“Izara, kahwin sekali seumur hidup. Nak lawa lawa macam ini pun sekali ini aje. For the first and last time.”

Baiklah puan bonda ku yang tersayang. Akan anakanda menjunjung perintah bonda.

Cari catering, nak yang masak lauk-pauk yang sedap aje mama ini. Last-last, aku serahkan semua urusan perkahwinan ini kepada mama.

“Mana boleh macam ini Izara. Inikah wedding Zara, so Zara kena urus juga, jangan nak buat sambil lewa.”

Pulak…

Selama ini aku beri cadangan bukannya mama ikut pun. Ok fine! Apa yang mama cakap, aku setuju.

“Izara, pelamin ini nanti kita letak bunga kat kiri, kanan dan belakang ya?”

“Ok.”

“Izara, warna peach pun cantik kan? Kita buat tema peach and white ya wedding Zara?”

“Ok.”

“Wedding shoes Zara mama tempah dari Kristino, ada kristal.”

“Ok.”

“Zara, khemah mama nak letak kain sangkut penuh dalam khemah.”

“Zara, meja makan beradab mama letak diluar ya?”

“Zara, catering mama akan ambil yang ini, ya?”

“Zara, flower girls mama nak ada 8 sebab dulang hantara semuanya 8.”

“Zara yang ini bla bla bla bla bla, ok? Bla bla bla bla…”

Naik pusing kepala aku. Aku dah tak hiraukan semua benda ini. Yang aku tahu, aku akan di akadnikahkan kepada seorang lelaki yang bernama Imran Zahiran Bin Alias Muhammad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience