BAB 3

Romance Completed 6504

Tepat pukul 11:30 a.m. Jammed teruk jalan, inilah akibatnya pagi tak buta baru bertolak. Alamatnya tersangkut dalam celahan asap.

Mata melilau mencari mama. Semalam dah janji dengan mama nak teman dia shopping. Alih-alih aku pergi jogging pagi tadi. Aku lupa. Sedih betul la kau ini Izara…

Aku putuskan untuk singgah di Tutti Frutti. Pilih aiskrim, bayar kemudian duduk. Oppo aku ambil dari handbag, text mama.

Assalamualaikum mama. Mama kat mana? Mama kat mana? Mama mama kat mana? Hihi.

Mesti reply lambat, asyik cari barang shopping mengalahkan minggu depan nak buat kenduri kahwin anak diraja. Padahal nak buat kenduri kesyukuran sempena pembukaan IzAr Couture aje pun.

Beep!

Mesej masuk, mama.

Mama ada kat dalam mart. Izara ada kat mana?

Aku reply,

Izara tengah makan ice cream kat Tutti Frutti. Mama tengok la dulu barang ya, nanti Izara habis makan, Izara cari mama, eh? S.Y.S muah!

Send.

Sambil makan, sambil mata melihat gelagat orang ramai. Macam macam gelagat ada. Bestnya aiskrim. Dah lama aku tak singgah ke sini. Aku asyik uruskan IzAr Couture. Renovate sana, renovate sini. Aku buat macam ini, mama datang kemudian tak berkenan pula. Tukar lagi. buat macam itu pula… Ada sahaja yang tak kena pada mata mama. Ini butik aku, bukan butik mama. Hehe. Padahal modal aku minta dari mama dan papa. Abang long, abang ngah dan abang cik, bila aku tanya.

“Abang long, warna mana yang cantik? All white ke, nak cambur baby blue?”

“Mana mana pun cantik.”

“Abang ngah, nak letak sekali tak cafe kat dalam butik?”

“Letak pun ok, tak letak pun ok.”

“Acik, patut adik letak nama apa kat butik? IzAr Couture ke, Ariana Fashion ke?”

“Tak letak nama pun tak apa.”

Argh! Tak membantu langsung ok! Membuih sia-sia aje air liur, buat penat mulut nak bergerak, sudah la aku tengah rushing boleh dia beri jawapan yang memang sangat membantu!

Ada seseorang melihat aku, mendekati aku sambil melambai-lambai. Muka ceria melihat aku, tangan mendukung seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang setahun. Kecik molek comei lottei. Lelaki ke perempuan itu?

Eh, apa yang aku melalut ini! Aku bagai tersedar, itu Imran dan dia sedang mendukung Izham anak saudara aku! Mengelamun punya pasal, sampai keadaan sekeliling pun aku tak boleh nak cerna.

“Boleh saya duduk?” Imran menghulurkan Izham kepada aku.

“Mama awak suruh pastkan Izham kepada awak. Sekarang dah beres.”

“Terima kasih.” Aku tersenyum.

Alohha… Tolong la pergi jauh-jauh wahai insan yang bernama Imran Zahiran. Aku cukup tak suka la mendampingi dengan orang utusan mama ini. Mama ini pun satu, dia yang berkenan aku yang dikenankan. Kenankanlah kepada diri sendiri. Haiyya…

Aku menyuap sedikit ais krim kedalam mulut Izham. Aku buat macam kapal terbang masuk kedalam mulut. Terkekeh-kekeh Izham ketawa. Budak tadak gigi. Habiskan aiskrim kemudian bangun. Jahat gila aku tak layan Imran. Lantak dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience