BAB 19

Romance Completed 6504

Hampir sejam aku menuggu, tak datang-datang lagi, Ke mana dia pergi? Tak tidur sekali ke? Suka hati dia la, baik aku tidur, melayan kantuk yang semakin menjadi-jadi.

Aku tersedar dari tidur. Menggeliat seketika, mata terkelip-kelip memandang sekeliling, baru teringat. Aku melihat di sebelah. Tak ada. Di mana Imran?

Aku bangun dari katil kemudian ke bilik air, basuh muka kemudian gosok gigi. Selesai mandi, aku menyikat rambut. Termenung lama di hadapan cermin. Aku angau sendiri ke? Pelik betul, Imran tak kejut aku.

Selesai bersiap, aku turun ke bawah, menyapa mama yang sedang menyiram pokok bunga kesayangannya. Mama diam, tidak melayan aku. Tetap dengan siramannya.

Aku menuju ke arah papa yang sedang mencuci kereta, papa hanya memandang kosong kemudian tersenyum kecil.

Aku mengelilingi rumah, mencari Imran. Tiada. Di dapur tiada, tingkat atas tiada. Aku turun semula kebawah, ke luar rumah, kereta dia pun tiada.

“Papa, Imran mana?”

“Keluar.”

“Keluar? Tak inform Zara pun. Dia ada cakap kat papa tak?”

“Apa yang nak cakapnya? Dah diri sebagai isteri tak reti nak jaga maruah suami!” Mama mencelah dari jauh.

“Apa maksud mama? Zara tak faham.” Aku memandang pelik terhadap mama.

“Kamu tanya mama? Kamu tahu tak, kamu dah menconteng arang ke muka kami semua! Muka abang long, abang ngah, abang cik, papa, muka mama, especially your husband!” Mama menghempaskan wayar air yang dipegangnya. Mata mama berair.

Papa tidak membantu aku. Aku masih tidak faham, what have I done? Seriously, aku still tak boleh nak tangkap apa yang dimaksudkan mama.

“Sorry, cuba mama explain apa sebenarnya yang berlaku?”

“Kamu yang buat, takkan tak tahu? Dah kahwin, tak sedar diri! Pergi berzina dengan jantan lain! Anak jenis apa kamu ini?! Tak ada maruah! Sedar tak diri itu pegang title apa? Isteri! Agama yang kamu pegang?! Tak sedar yang diri itu anut agama Islam?! Tahu tak, berzina itu dosa besar!”

Tahu lah aku siapa punya angkara!

Laju aku berlari masuk kebilik, mencari Oppo, call Baihaki. Masuk missed call. Dasar jantan tak guna! Sekali lagi aku call, tidak berjawab.

Aku turun ke bawah, bersua muka dengan mama dan papa.

“Mama, papa, how did you get this news? Tell me.” Aku bertanya kalut. Memohon kepastian.

“Dari video! Pictures! Kamu berzina!”

“Kamu penzina!!” Mama menampar kuat pipi aku. Terkejut!

Kebetulan, kereta Imran masuk ke dalam perkarangan rumah. Tidak pernah seumur hidup aku dikasari sebegini! Sampai hati mama… Dan papa… Hanya memandang tanpa reaksi! Mereka semua kejam! Mereka tidak tahu kejadian yang sebenar. Air mata aku mengalir. Pedih pipi ditampar mama.

Baihaki keluar dari kereta Imran.

“Itu, kamu tanya kekasih gelap kamu! Tanya teman sekatil kamu!”

Aku jadi kaget, Imran tahu hal ini? Aku memandang lama kepada Imran, wajahnya tegas tiada reaksi. Kaku, batu, tidak seperti yang aku lihat sebelum ini.

“Kamu nak tengok video itu? Masuk dalam rumah!” Semua masuk ke dalam rumah. Tinggal aku bersendirian. Perlahan aku melangkah masuk ke dalam. Video di tv dipasang.

Jelas video itu memaparkan di mana Baihaki memapah aku di restoran, memimpin aku masuk ke dalam kereta dan kenapa aku bodoh sangat tak melawan masa itu?! Aku dipimpin masuk oleh Baihaki masuk ke dalam rumahnya, sekali lagi aku tidak melawan. Aku hanya membiarkan Baihaki memapah aku masuk ke dalam rumahnya, ketika itu aku ingatkan klinik dan aku kepenatan untuk melawannya!

Video yang menunjukkan aku dibaringkan ke atas katil, Baihaki mengelus pipi aku, kemudian tamat.

Cerita itu tidak habis di situ!

“Apa lagi yang kamu nak sangkal?! Video ini sudah membuktikan segala-galanya! Buat onar di belakang kami! Dasar tak sedar diri!” Sekali lagi mama menampar aku.

“Berapa kali lagi kamu nak mama menampar kamu?! Mama dah tak larat nak tampar kamu.” Lagi galak air mata mama mengalir.

Air mata aku, siapa yang hiraukan? Rasa pedih dituduh begini!

“Baihaki, kau terangkan apa yang berlaku sebenarnya! Kenapa kau senyap?!”

“Mama, papa, awak, believe me, saya tak buat benda ini semua! Video itu tak habis! Saya takkan buat benda macam ini! Ini tuduhan semata-mata!”

Mereka semua hanya kaku melihat aku membela diri. Aku memandang Imran, mencari sinar di matanya. Tiada, dia tidak melihat aku! Aku memandang papa, kaku tidak bereaksi, hanya muka yang muram. Aku pandang mama, meraih tangan mama,”Mama, I am your daughter, don’t you believe me?”

“Yes, you’re my daughter but the video prove everything! You such a disgusting daughter!” Mama menarik tangannya.

“Baihaki! Aku nak kau terangkan segala-galanya! Aku nak kau cakap ini satu tuduhan! Aku tahu kau yang hantar kan?!”

“Video itu, bukan Baihaki yang hantar.” Mama menangkis.

“Kalau bukan dia yang hantar tetapi pembantu dia yang hantar! I know everything mama, I know everything better than you know.”

“Baihaki, tell them! Prove it! Ini kau yang rancang!”

“Awak… Percayakan saya, saya tak buat.” Sedaya upaya aku tahan air mata.

Mereka diam tak terkutik. Tiada siapa yang membela aku. Aku geram, aku menuju ke arah Baihaki, aku menyepaknya kuat! Imran menghalang.

“Let go of me! Aku nak jantan setan ini mampus!” Aku cuba melepaskan diri dari pegangan Imran.

“There’s nobody believe me! Mama, papa lebih percayakan orang luar berbanding anak sendiri!” Aku mahu menyepak Baihaki, Baihaki mengelak, Imran menahan aku. Aku mengeraskan diri.

“Ok then, fine!!”

Aku melepaskan diri dari Imran, aku memandang tepat ke arah matanya.

“Ceraikan saya!” Aku berbisik tegas.

Aku meninggalkan mereka. Aku masuk ke dalam bilik, menghempaskan pintu sekuat hati kemudian aku kunci. Aku tersandar pada pintu, terduduk. Aku keluarkan segala air mata yang aku tahan.

Apa guna Imran bawa datang Baihaki kalau mereka tak mahu percayakan aku?! Dan Imran yang bodoh tidak mempertahankan diri aku! Dia cakap dia cintakan aku! Dia cakap dia sayangkan aku! Dia cakap dia perlukan aku!

Sayangkah dia kalau begini tindakannya?! Kenapa kau bodoh Izara?! Kenapa kau boleh jatuh cinta dengan lelaki sebegini?! He said, he won’t leave me! Now? What happenned? Aku ke dia yang tinggal?

Kau yang bodoh Izara! Kau yang bodoh…! Aku bangun kemudian aku tarik cadar katil, aku baling bantal sekuat hati! Kedengaran pintu diketuk bertalu-talu. Aku baling bantal ke arah pintu. Aku menjerit sekuat hati!

Aku geram! Sakit hati! Aku benci kau Imran! Aku benci kau! Semua tak sayangkan aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience