BAB 18

Romance Completed 6504

Terasa badan di tepuk, aku penat untuk membuka mata.

“Hem…”

Aku membuka mata setelah di kejut. Melihat sekeliling, cahaya memenuhi ruang, aku di mana ini? Ini bukan butik. Namun, rasa mengantuk telah menarik aku ke alam mimpi yang tiada sempadan.

Kedengaran alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Siapa yang mengaji malam-malam buta di butik ini? Aku membuka mata, ini bukan butik, ini bilik aku. Kelihatan Imran sedang mengaji, khusyuk sehingga tidak sedar bahawa aku sedang melihatnya.

Raut wajahnya tenang, tetapi mengapa matanya kelihatan sembap? Dia menangis? Untuk apa dia menangis?

Matanya berair, sah dia menangis! Hati aku tersayat pilu, pedih. Kenapa dia menangis? Ingin sahaja aku lap air matanya, tetapi ego menguasai diri. Aku malu, segan. Kasihan suamiku… Pasti dia yang menjaga aku siang dan malam. Pasti dia kepenatan.

Aku beranikan diri untuk memanggilnya,”Awak…”

Imran terkejut seraya berpaling ke arahku, dia menutup Al-Quran yang di pegangnya, dia berpaling ke arah lain. Mengapa? Dia tak sudi melihat wajah aku?

“Awak…”

Kali ini dia memandang aku, tetapi matanya sudah kering, mungkin tadi dia mengelap air matanya supaya aku tidak tahu dia menangis.

“Izara dah sedar…” Pelik. Kenapa dia tak panggil aku sayang?

“Izara tidur ya.” Imran bangun menyelimuti aku kemudian beredar.

Imran nak kemana? Sekarang sudah masuk jam 11 malam, tak tidur ke? Pergi ke dapur minum air kot. Tak apa la aku tunggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience