BAB 12

Romance Completed 6504

Dahi dan leher terasa basah. Beratnya mata nak buka, macam ada setan tergantung. Rasa macam berada di alam yang berputar laju sehingga membuatkan aku rasa nak muntah, tahan Izarra, tahan. Aku tak nak muntah dan aku tak suka muntah, selepas muntah pasti kudrat badan aku akan hilang lalu aku tak dapat nak buat apa-apa dan hanya dapat baring dengan perut yang seperti ditindih oleh batu-batu yang besar.

Tak mahu! Ku tak mahu emas permata, ku tak mahu ku tak mahu apa pun darimu cintaku tak peru dijual beli dengan duitmu ~ Lalala. Eh, apa benda aku merepek ini?

Sejuknya leher… Siapa yang memandai-mandai simbah aku dengan air ini?!

Mata aku buka, mak datuk rapatnya muka dia dengan aku! Terus aku bangun.

“Awak buat apa kat saya hah?! Awak nak rogol saya eh?!”

Bulat mata Imran,”Eh tak la, saya baru aje nak angkat awak pergi klinik, dah sedar. Ke nak saya call helicopter, tolong hantar awak?”

Aku masamkan muka,”Boleh tak awak keluar dari bilik saya? Rimas la.”

“Sayang… Sayang demam, abang tuamkan kain basah kat muka sayang kasi sejuk. Baring eh? Mama ada beri ubat, sayang makan roti ini and then makan ubat, ya?”

Imran suapkan roti, aku tak buka mulut, tetap masamkan muka. Malas layan, siapa suruh dia pandai-pandai nak sentuh aku, nak lapkan muka, leher bagai!

Imran tetap nak suapkan aku dan aku tetap tak nak makan! Aku tak suka ubat tapi aku suka makan!

“Awak keluar boleh tak? Selagi awak tak keluar dari bilik saya, I won’t eat! Full stop.”

“Boleh percaya ke?”

“Of course you are! Now, get out of my room. Pintu ada kat depan sana. Ke rabun, tak nampak pintu? Saya ada contact lens, nak saya pinjamkan? Ambil la, ada dalam laci almari make up, ambil sendiri.”

Imran membatu.

“Keluar la… Saya tak suka.”

“As you wish, but promise me that you’ll eat it, okay?”

“Ya, I promisessssssssssss!” Puas hati aku.

Imran bangun berjalan ke pintu kemudian dia keluar.

“Close the door!”

Aku sentuh sedikit sahaja roti kemudian telan ubat. Ikutkan hati memang aku tak nak makan tetapi bila mengenangkan usaha Imran nak juga aku makan, jadi aku makan. Kesian pula aku marah dia. Kan aku dah cakap, aku tak ada sekelumit pun rasa sayang kepada dia. Seperti sia-sia sahaja usaha dia nak aku sayang dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience