BAB 2

Romance Completed 6504

Sebaik sahaja aku despatch Nurin ke rumahnya, terus aku balik ke rumah. Wah sesedap rasa seindah bahasa pujangga aku men’dispatch’ kan Nurin macam Nurin itu surat. Eh suka hati aku la.

Naik ke tingkat atas, buka pintu bilik, kemudian terus baring atas katil. Penat badan tak hilang lagi. Mata terpejam, tangan menggagau Oppo dari laci kecil sebelah katil. Mana ini? Jumpa pun. Unlock, kemudian, wah banyaknya missed call. Ada message dari mama.

Izara! Mana kamu ini? Lama mama tunggu kamu di Mall ini! Tahu tak, dah berejam mama tunggu?! Haish, budak ini!

Oh mama! Aku lupa! Haiyya… Laju aku bangun dari katil, capai tuala, masuk bilik air, bersiram sekoboi mungkin, keluar dari bilik air, bersiap-siap, dab-dab bedak sedikit, capai instant shawl kemudian sarung. Tak ada masa aku nak make up. Terus kaki laju melangkah keluar dari bilik. Eh eh… Bau ketiak dulu.

Better aku sembur perfume, aku dah la baru habis joging, kang aku sampai tepi mama, mama cakap aku mandi air asam, mama suka ejek aku! Aku berpatah balik masuk bilik, ambil perfume kemudian sembur. Ambik kau! Sebanyak mungkin aku sembur, biar mama cakap aku mandi guna perfume. Gitu pula…

Terserempak dengan papa, “Papa, mama keluar pukul berapa tadi?” Kalut aku bertanya.

“Pagi lagi, kawan dia datang pick up. Lama dah… Kenapa?”

“Nothing! Papa, Zara pergi dulu eh? Assalamualaikum, bye.” Aku salam papa.

Start enjin peugeot, terus menderum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience