BAB 20

Romance Completed 6504

Dua hari berturut-turut aku terperap dalam bilik. Aku sakit hati. Sedih… Sedih melayan perasaan. Kenapa aku boleh terjebak lagi dalam cinta?! Pertunangan lepas dengan seorang lelaki yang bernama Farhan membuatkan aku serik untuk melangkah ke alam perkahwinan. Putus kerana aku lebih pentingkan kerja berbanding dia, tidak sehaluan. Putus pertunangan.

Oppo berdering. Imran. Aku buat tidak hirau. Sudah lama Oppo berdering minta di sahut sehingga bateri habis.

Apa yang perlu aku buat? Aku buntu… Tuhan, tolong aku.

Malam menjelma sekali lagi, pintu diketuk bertalu-talu, aku beranikan diri untuk membukanya. Terus Imran memeluk aku. Aku menolaknya kemudian terus menuju ke katil.

“Sayang…”

“Stop calling me sayang! Awak dah tak sayang lagi.”

“Who says so?”

“Me! Kalau awak masih sayangkan saya, kenapa tak bela saya hari itu?!” Aku menolaknya kasar.

“Answer me!” Aku tersenyum sinis,”Jelas, memang awak tak sayangkan saya.” Aku menyeka air mata.

“I’m so sorry.”

“There’s no sorry! Sorry awak tak guna!”

“Sayang, listen to me! Let me explain.”

Aku cuba melepaskan rangkulannya, dia memegang erat.

“You know what, the day I received the video, I was like, how dare you? No wonder sayang beria nak keluar rupanya nak pergi jumpa lelaki lain. Abang cuba tenangkan diri, mindset that you won’t do that, it’s not you but when your mom, your dad, abang long, abang ngah and abang chik semua dah bising-bising dengan video itu, I bet that’s you. Tapi, abang berlawan dengan perasaan sendiri, takkan seorang Izara Ariana lakukan benda terkutuk ini.”

Aku tak buat la!

“Sebelum kami semua terima video itu dari whatsapp, puas abang tunggu sayang kat rumah, you promissed me nak balik awal, and then I decided went to your boutique, I ask your staff, they said that you’re not in good health. I went into your room and saw you’re sleeping. I woke you up but you’re not answering me. Jadi, abang bawa balik sayang.”

Imran menarik nafas dalam-dalam kemudian menyambungnya.

“Semasa perjalanan balik kerumah itu la abang terima video itu, abang kenal Baihaki. Ingat tak hari sayang sepak dia masa joging dulu? So, I call Nurin, tanya alamat rumah Baihaki.”

“Setiap kali abang kejut sayang bangun, sayang sedar tapi sekejap aje, lepas itu tidur balik. Abang dah mula rasa resah, risau. Fikiran abang bercelaru. Antara nak percayakan benda ini atau tidak. When I told myself that you did it, abang dapat rasa bahawa memang rupanya abang tak ada langsung dalam hati sayang. But when I told myself that you’re not doing it, how can it be? Abang tersepit.”

“The night you woke up, bila abang tengok muka sayang, abang rasa macam nak marah, rasa benci, rasa sayang, cinta, rindu, rindu untuk usik sayang, fikiran yang semakin bercelaru. Untuk mengelakkan abang memarahi sayang atau melakukan perkara yang sayang tak suka, so abang keluar dari bilik tersebut, abang tidur dalam bilik bawah. Melayan perasaan yang bercelaru.”

“Bangun pagi abang terus cari Baihaki and got back to home. Till then, you’re listening my explanation.”

“Tapi abang rasa macam orang bodoh, kenapa tak call Nurin dan tanya semua pasal Baihaki and get to know all about Baihaki’s friend, I knew it’s his plane.”

“Jadi, kenapa tak bela saya hari itu?! Sengaja nak tengok saya macam orang gila meroyan?! Awak tahu tak, seumur hidup saya, itu adalah pertama kali tamparan hinggap di pipi saya! Sakit yang tak akan pernah saya lupa! Kenapa tak ceraikan saya aje?!”

“Semua nak kena saya aje yang jaga perasaan orang lain, habis, perasaan saya, siapa nak jaga?! Our marriage did happenned because of you! Saya nak jaga perasaan mama, sebab saya tahu sekalipun saya cakap tak nak, mama tetap nak! My siblings wanna see me happy, mereka nak tengok kita kahwin, so I kahwin sebab I nak jaga perasaan mereka! I pun nak tengok mereka happy, I ingat bila kita kahwin kita happy tetapi tidak! Benda ini yang jadi!”

“Awak faham tak yang selama ini perasaan saya tersiksa! I bertunang dengan Farhan tetapi putus! Siapa Farhan? Anak kawan mama, mereka bersetuju nak kahwinkaan saya dengan Farhan tetapi saya lebih suka kejar perkara yang tidak melibatkan cinta, I lupakan sedikit sahaja tentang persiapan perkahwinan sebab I busy. So, Farhan cakap sebab dia tak sehaluan dengan saya, and then putus!”

“Masa dia putuskan pertunangan itu, masa itu saya dah mula cinta kepada dia, tetapi benda ini yang jadi! Siapa yang suka?! Answer me, Imran! Answer!”

“And now, the same thing just happenned! Bila saya mula sayangkan you, you left me, awak buat saya macam tunggul kayu dan kemudian awak nak minta maaf. Ya, saya maafkan tetapi untuk melupakan tidak mudah! Lepas ini, siapa lagi yang nak sakiti saya? Kenapa tak bunuh aje saya?! Nak biarkan saya hidup tersiksa macam ini?! Mendapat tuduhan sebegini bukan mudah untuk saya hidup!” Aku menggila. Aku capai semua barang yang ada, aku baling. Air mata lebat keluar, aku dah tak dapat nak menahan perasaan yang selama ini aku tahan.

“Be patient, Izara, bawa mengucap!” Aku menolak kasar tubuh Imran.

Setiap pukulan aku dia terima, sesekali aku hamir terjatuh, dia menahan. Aku tak puas hati lagi, lagi kuat aku pukul dia, lagi lebat air mata aku mengalir.

“Awak memang dah tak sayangkan saya! Awak benci saya!”

Aku ambil sphera kaca dari almari makeup kemudian baling. Pecah berderai. Imran menolak aku jatuh atas katil bagi mengelakkan aku dari terkena serpihan kaca. Aku tetap melawan, Imran hanya menerima. Semakin lama, semakin lemah badan aku. Hanya terdengar rintihan kecil daripada aku.

Imran memeluk erat aku, mengusap lembut kepala aku. Aku penat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience