BAB 4

Romance Completed 6504

Imran dari tadi tidak berhenti berceloteh, aku layankan saje. Aku masuk kedalam kedai kain. Banyaknya kain. Mana kain yang berkenan di mata, aku mendekat kemudian merasa dengan jari, lembut, tapi warna la pula terang sangat.

Rasa kain itu rasa kain ini, Izham aku suruh Imran dukung, senang kerja aku nak merasa kain, belek-belek kain. Kain warna cantik, lembut, kualiti pun ok, aku pinjam kalkulator dari penjaga kedai kemudian tolak tambah darab bahagi semua, puas hati. Order kain. Cari manik, lace, balik nanti aku boleh design buat jadi collection di butik aku.

Selesai pembayaran, aku beri alamat butik, suruh mereka delivery.

“Kesian awak, meh sini Izham.”

“Eh, tak apa.”

Lantak kau la Imran, nak bodek aku la itu. Teruskan percubaan wahai Iman Zahiran! Sengaja aku ke sana ke sini, beli benda itu beli benda ini, kita tengok sama dia! Sama ada dia penat ke tidak ikut aku, give up tak? Tak give up!

Lupa lagi! Aku masuk ke dalam mart, cari mama.

“Mama saya mana? Mak awak sekali dengan mama saya kan? Tadi mama ada pesan jumpa kat mana-mana tak?”

“Jumpa kat dalam supermart itu la.”

Jenuh mata mencari, jumpa pun. Laju aku melangkah mendekati mama.

“Mama. Hye aunty.” Aku salam tangan Puan Delia.

Jenuh lagi la kaki aku mengekor mama. Aku ikut aje mama nak beli apa, tahu sangat kalau sekalipun aku cakap tak nak pasti akan dibelinya juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience