BAB 6

Romance Completed 6504

Aku masih boleh buat bodoh. Mama tak habis-habis kenenkan Imran kepada aku.

“Tak rasa bersalah ke? Nasib baik Imran ada time itu. kalau tak memang Zara dah kena langgar. Jasa Imran tahu, Zara selamat ini sebab dia.”

“Mama, yes I admitted dia tolak Zara dari kena langgar and I admitted dia baik hati dia tolong Zara. But, please mama. Izara selamat sebab Allah yang izinkan benda ini. Memang ini takdir muallaq untuk Izara. From the story that he safe me, he injured and then you want me feel sorry for him and you want me to marry him?”

Sengaja la tu, mama nak suruh aku rasa bersalah.

“Alah, abang long pun tahu la Izara sukakan dia juga kan? Zara itu yang ego lebih.”

“Diam la kau abang long! Sibuk aje la dia ini. Mana tahu? Pernah korek ke isi hati Zara? Siapa ego? Abang long tu!”

Tepat jatuh bantal atas kepala aku. Berani abang long! Aku ambil bantal kemudian tekupkan kemuka abang long, sekuat hati aku tekan.

Abang long berjaya lepaskan diri, “Malu la tu! Suka cakap suka! Hahaha!” Aku bangun dari sofa kemudian naik kebilik. Kunci pintu, baring atas katil.

Takkan aku nak terima lagi lelaki masuk ke dalam hidup aku? Peristiwa lepas membuatkan aku lebih berhati-hati. Aku bimbang bila aku terima Imran, aku akan sakitkan hati dia. Mahu juga aku ikut sunnah nabi, mengembang biakkan umat Islam, tapi tak berdosa ke aku melayan suami tanpa hati, rasa sayang, rasa cinta dan rindu?

Imran mahu mengahwini aku. Mama nak, abang long, abang ngah, abang cik semua setuju, mereka semua nak tengok aku bahagia. Tapi bahagia ke aku kahwin tanpa cinta? Serious, aku cakap sekelumit pun tak ada rasa cinta terhadap Imran. Boleh ke dia menerima kenyataan sebegini?

Lantak, dia cakap nak kahwin dengan aku, dan masa aku hantar dia pergi ke klinik tempoh hari selepas dia tergolek atas jalan nak selamatkan aku, dia cakap,

“Insyaallah saya cuba terima awak seadanya.”

Inilah aku yang seadanya. Seadanya tanpa rasa kasih, sayang, cinta dan rindu. Dia nakkan aku, jadi aku terima. Dia harus terima apa sahaja.

Aku cabar diri aku sendiri, Izara Ariana!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience