BAB 16

Romance Completed 6504

Sebelum masuk waktu lunch lagi aku dah berada di restoran. Kali ini, aku rasa lapar dan perut berkeroncong + pening kepala = Tak ada mood nak buat kerja.

“Hai Izara, awalnya keluar lunch, I belanja nak?” Baihaki mengambil tempat yang berhadapan dengan aku. Dia memesan sesuatu daripada waiter.

Sesedap rasa dia duduk sekali dengan aku tanpa diundang. Aku buat tak layan, aku tengah rasa pening sekarang. Makin menjadi-menjadi pening, agaknya sebab cuaca panas.

“Kenapa you ini Zara? Nampak macam tak sihat aje, you sakit ke? Sakit perut? Demam? Pening kepala?”

Aku menopang kepala, rasa macam nak muntah. Aku menahan rasa.

Kebetulan air yang dipesan sampai,”Izara you minum air ini, and then I bawa you pergi klinik.” Baihaki menyuakan straw kepada aku, aku menyedutnya sedikit. Tak sedap tekak. Kenapa aku ini, pagi tadi dah kebah sedikit, keluar sahaja dari rumah terus rasa tidak sihat.

Makanan yang dipesan Baihaki aku tidak sentuh, Baihaki habiskan. Aku tak larat nak makan, hanya memejamkan mata. Aku bangun dari kerusi.

“Aku nak balik ke butik, stop following me.” Aku berjalan seperti tak pijak darat, seperti terapung. Keluar sahaja dari restoran, rasa terhuyung-hayang langkah aku. Baihaki membantu aku berjalan, aku tak ada kudrat nak melawan.

“Don’t touch me!”

Baihaki tetap berkeras, dibawanya aku ke sebuah kereta. Aku dimasukkan ke dalamnya,”I hantar you ke klinik, you tak sihat ini.”

Kereta dipandu, aku hanya memejamkan mata, kepala berpusing-pusing, akhirnya aku tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience