BAB 11

Romance Completed 6504

Sehari suntuk aku berada di butik, memantau staf-staf IzAr Couture, design kain. Setiap kali tengahari, Imran pasti akan menjemput aku untuk pergi lunch, aku ikut sebab aku lapar.

“Sayang. Malam ini balik pukul berapa?”

“Tengok la dulu, kerja siap awal, balik awal, kalau siap lambat, balik lambat.”

“Balik awal eh? Risau la abang, sayang balik lewat malam. Kalau apa-apa terjadi, macam mana?”

“Macam itu la.”

“Haish. Abang jemput sayang ya?”

“No need.”

Aku melihat jam di pergelangan tangan, “Hantar saya ke butik. Kerja banyak lagi tak siap.”

Sebelum masuk ke dalam butik, Imran cium dahi aku. Kaku.

“Take care yourself.”

Aku melangkah masuk ke dalam butik, buat tak hirau dengan usikan staf IzAr. Aku hanya mampu tersenyum.

Pagi aku keluar awal dari rumah mama. Aku dah beritahu Imran bahawa aku tak nak pindah rumah, aku nak stay along with my family dan Imran hanya setuju. Tengahari, Imran akan menjemput aku untuk dinner. Tak penat pula dia ulang alik dari tempat kerja dia semata-mata nak jemput aku dinner dan masa yang aku dapat peruntukkan untuk lunch bukannya sekejap kerana pelanggan menunggu untuk mengukur badan. Malam, pukul 12 malam baru aku dapat balik sebab nak siapkan tempahan yang melampau.

Badan rasa tak sihat. Bangun daripada tidur, tengok jam pukul 7 pagi. Rupanya aku tidur di butik. Ambil oppo, berderet missed call. Ada message dari Imran, mama dan papa.

Semua message berbaur kerisauan. Aku yang rasa nak pening baca message mereka. Barang-barang aku kemas, pergi ketoilet basuh muka. Kemudian drive pulang ke rumah. Melangkah aje ke dalam rumah.

“Izara pergi mana semalam? Kamu tak jumpa Imran ke kat butik? Baru aje Imran bertolak. Zara demam ke? Pucat muka.” Mama menyentuh dahi aku.

“Panasya! Ya Allah, pergi klinik ya? Mama hantar.”

“Mama, tak payah la, sikit aje ini. Izara masuk bilik dulu ya, mengantuk.”

Aku melangkah lemah menuju ke bilik, masuk aje bilik terus hempaskan badan keatas katil. Penat, pening.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience