“Susah rasanya saya maafkan awak.”
Aizam terus melutut di depan Airina. “Nina, abang tak tahu apa lagi yang boleh abang buat untuk Nina maafkan abang. Jangan tinggalkan abang lagi. Cukuplah seminggu abang terseksa, Nina. Abang dah tak sanggup. Maafkan abang, Nina.”
Airina terharu apabila Aizam sanggup melutut di depannya tapi dia tidak mampu memaafkan Aizam. Hatinya lebih sakit dari apa yang ditanggung Aizam.
“Seminggu belum cukup untuk menampung penderitaan yang Nina tanggung. Tiga bulan lebih Nina hidup tanpa suami walaupun sudah bergelar isteri kepada Tengku Aizam. Nina cuba abang, kenapa abang tak cuba? Kenapa abang biarkan Nina cuba semuanya sendiri?”
“Abang mengaku. Semua salah abang. Abang ego. Abang tak mengaku yang abang perlukan Nina. Abang takut untuk memberi cinta sekali lagi. Abang takut yang abang akan dikecewakan buat kesekian kali.
Bila abang jatuh cinta pada Nina, abang tak nak mengaku sebab abang fikir yang abang Cuma keliru dengan perasaan sendiri. Bagi abang, abang bukan cintakan Nina, tapi abang kesiankan Nina tapi abang tersilap. Kesian Nina menanggung derita kerana abang.” Aizam mengelus pipi Airina yang sudah basah dengan juraian air mata.
“Memang mulanya abang kahwin dengan Nina dengan niat untuk menolong Chinta tapi abang terjatuh cinta pada Nina dan abang nafikan segalanya. Masa dekat hospital, semua yang abang cakap tidak pernah terniat langsung dari hati abang. Semuanya kerana marah, cemburu sebab abang tengok Nina datang hospital dengan Haziq.” Aizam dah berdiri di depan Airina.
“Maafkan abang, Nina.”
“Tak nak! Abang jahat! Abang jahat.” Airina memukul-mukul dada Aizam dengan tangannya. Mungkin mahu melepaskan geram. Tangan yang masih memukul dadanya di pegang dan digenggam erat.
“Nina benci abang?”
“Nina tak pernah benci abang tapi Nina terkilan dengan abang.” Airina tersedu kembali.
“Hati Nina tersayat bila abang tuduh Nina macam-macam. Hinanya Nina di mata abang dan mulianya Chinta di mata abang. Itu yang Nina rasa. Nina sayang abang tapi abang...” Airina mengesat air matanya yang mengalir.
“Abang pun sayangkan Nina.” Aizam mengesat air mata Airina lalu dia kucup kedua-dua belah kelopak mata Airina. “Nina, boleh tak kita cuba sekali lagi? Just one more time.” Airina membentak.
“Tak nak! Nina tak nak!”
“Kenapa? Salahkah kita mencuba sekali lagi? Tolong Nina, bagi abang peluang untuk tebus kesalahan abang.” Aizam menundukkan wajahnya. Air mata yang ditahan terasa nak keluar. Terimalah abang balik, Nina. Airina tergamam saat melihat bahu Aizam terhincut-hincut menahan tangis.
“Abang menangis?”
“Abang sayang Nina. Abang tak tipu.” Suara itu kedengaran sengau. Airina angkat wajah Aizam yang menunduk lalu dikesat air mata Aizam yang mengalir.
“Jangan menangis. Nina pun sayang abang, sangat.” Dielus pipi suami yang basah. Comelnya dia menangis. Macam baby. Aizam memegang erat tangan Airina yang masih melekat di pipinya.
“Maafkan abang, Nina. Tolong maafkan abang.”
Airina tersenyum lantas dia menganggukkan kepalanya. Kenapa aku perlu berkeras sedangkan dia sudah meminta maaf, melutut dan menangis untuk aku?
“Kita cuba sekali lagi, okey?”
Dan dalam sekelip mata, Aizam menarik Airina ke dalam pelukannya. Bibirnya tidak henti-henti mengucapkan syukur.
“Terima kasih, Nina.”
“Kasihmu ku terima, Tengku Aizam.”
“Nina.”
“Ye.” Sahut Nina yang sudah terbuai dengan pelukan Aizam. Aizam berdehem seketika sebelum bersuara. “
“Lain kali baling benda yang tak keras macam bingkai gambar tu, eh? Sakit sangat kepala abang. Dahlah gambar kahwin kita.”
“Oh, nak kena baling lagi?”
“Tak nak.” Aizam tersengih.
“Tau takut.” Airina tersenyum.
“Sayang, terima kasih sebab terima abang balik.”
“Abang, terima kasih kerana sudi mencuba sekali lagi.”
“I love you, Nurul Airina.” Dahi Airina dikucup, lama.
“I love you more, Tengku Aizam.” Dan Airina terus memeluk suaminya itu. Berakhir sudah episode Komplikated dan maha kompleks, syukur aku tidak terjerumus dan lemas terus dalam belenggu cinta yang tak pasti.
Bersamanya, aku merasa selamat dan dilindungi, tenang dan menyakinkan, sesuatu yang tak pernah ku rasakan sebelum ini. Apa lagi yang aku mahu? Allahuakhbar, Allah adalah sebaik-baik perancang bukan?
Share this novel