BAB 10

Romance Completed 4284

Air mata menitis dibiarkan sahaja. Jarinya menarik cincin tunang di jari manisnya.

“Cincin ni, awak sarungkan di jari dia. Saya dah tak layak...eh, saya memang tak pernah layak untuk pakai cincin ni.” Airina tersenyum sinis. Tangan Haziq dicapai lalu cincin yang pernah tersarung dijarinya itu diletakkan di tapak tangan Haziq.

“Awak nikahilah dia seperti apa yang awak suarakan pada mama awak. Mulai hari ni, saya bukan lagi tunang awak. Saya bukan lagi Nina awak. Dan awak bukan lagi Haziq saya. “

Airina membangunkan Chinta yang masih menangis.

“Jagalah Haziq untuk aku. Aku tak mampu untuk terus mencintai dia. Dia ternyata sangat mencintai kau, dia sanggup menikahi kau sedangkan aku, dia sanggup tangguhkan pernikahan kami untuk kau.” Airina terus berpaling untuk melangkah namun matanyamenangkap batang tubuh Puan Yasmin yang menangis kesedihan di bahu suaminya.

“Maafkan Nina, mama. Ini yang mampu Nina lakukan untuk bagi Haziq bahagia. Haziq bukan lagi milik Nina.” Perlahan dia menuturkan dan tanpa pamitan, dia berlalu. Air mata Haziq menitis buat kali pertama. Maafkan Haziq, Nina. Chinta pula terus menangis saat dia tahu dia telah
lukai hati seorang wanita sepertinya.

Kita pernah bahagia. Kita pernah merasakan cinta tetapi kini kau berubah. Aku tidak mengerti apa yang terjadi.

Hati ini sudah tidak mampu menangis, sudah tidak mampu ketawa. Kerana kamu, aku terluka. Kerana kamu, aku biarkan diriku terluka. Kerana kamu, aku biarkan semuanya.

Kau tidak pernah mahu mengerti jiwa yang luka ini. Kau tidak pernah mahu ubati luka yang berdarah ini. Mungkin aku yang bodoh, tidak pernah mahu mengerti apa sebenarnya yang ada dalm hatimu. Saat aku terlihat kau bersamanya, baru aku mengerti... kau bukan milikku lagi...

***

Airina termenung di depan laptop. E-mel dari mak su membuatkannya serba salah. Sudah hampir dua tahun dia di negara orang. Bukan tidak rindu dengan Malaysia namun luka di hati masih tidak sembuh. Cinta untuk Haziq, masih ada sisanya namun untuk kembali kepada Haziq, tidak mungkin. Antara sebab dia tidak mahu pulang kerana dia takut, dia takut cinta pertamanya itu memburunya dan dia takut dia lemah dipujuk rayu.

“Nina, kau buat apa tu?” Julia, teman serumahnya yang paling kecoh menegur. Airina angkat kening pada Julia.

“Tengah check e-mel. Mak su aku nak kahwin bulan enam ni. Dia suruh aku balik.” Julia mengangguk.

“Then, what is the problem. Balik jelah. Senang cerita.” Airina tersenyum. Kau tak tahu cerita Julia.

“Tengoklah kalau rajin.”

“Semester ni dah nak habis. Aku rasa tak salah kalau kau balik. I mean, balik for good lah.” Julia sengih.

“Takkan kau nak kerja kat tempat orang ni.”

“Cadangnya macam tu lah.” Airina menjawab.

“Aku nak kerja kat sini. Cari pengalaman.”

“Mak su kau nak kahwin, Nina. Kau sendiri yang cakap kau rapat dengan mak su kau sebab umur korang tak jauh beza. Mesti mak su kau nak kau ada masa hari bahagia dia.” Airina mengeluh.

“Nantilah aku fikirkan.”

Sudah dua bulan berlalu dan kini dia dah sampai di bumi Malaysia.

Tiba-tiba rasa berdebar. Tak tahu nak buat reaksi macam mana bila tengok ibu, abah, mak su, opah, dan ahli keluarga yang lain. Dia keluar dari Balai Ketibaan, tiba-tiba terdengar ada yang memanggil
namanya.

“Along! Along Nina!”

Dada terasa sebak saat terlihat adik lelakinya, Izzad berlari mendekatinya. Dulu dia tinggalkan Malaysia tanpa sempat berjumpa dengan adik lelakinya yang ketika itu berada di asrama. Baru dia teringat dah dua tahun dia tak jumpa dengan Izzad, dah dua tahun dia buat macam keluarganya tak wujud. Ya Allah, berdosanya aku.

“Along.” Airina terasa badannya ditarik ke pelukan Izzad.

“Adik rindu along. Jangan pergi lagi tau, adik tak tahu nak sembang dengan siapa bila adik balik rumah.”

Airina rasa tebing matanya dah berair. “Along minta maaf adik. Tak, along tak pergi mana-mana dah. Along stay sini je.”

Airina kemudiannya mendekati ibu dan abahnya yang jelas menahan sebak. Terus dipeluk kedua ibu bapanya.

“Maafkan along ibu, abah.”

“Tak apa, along. Along tak ada apa-apa salah pun dengan ibu. Yang penting along dah balik.” Puan Aisya memeluk erat anak perempuannya itu.

“Lega opah tengok kamu, Nina.”

“Awat opah?” Airina angkat kening pada opah.

“Nampak makin sihat, makin comel. Nampak lagi kuat dari dulu.” Airina tersenyum sahaja.

“Maksud opah tu, along dah makin gemuk!” Izzad yang entah dari mana muncul, mengusik Airina.

“Adik!” Bergegar satu rumah itu dengan jeritan dari Izzad apabila dikejar Airina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience