BAB 2

Romance Completed 4284

“Merajuk je abah. Geram sebab tadi yang dok mencuba baju pengantin, bukan dia tapi si Aizam, kawan dia tu.”

“Dia ada kerja tu, agaknya.” Encik Hasnan menggosok bahu Airina. Kerjalah sangat. Si Aizam tu, relaks je boleh keluar.

“Tapi abah, ni kan majlis kami berdua. Hari tu, tempah kad pun dengan Aizam. Pilih cincin dengan Aizam. Hantaran pun, semua dengan Aizamlah senang cerita.”

“Apa kata along cakap baik-baik dengan Haziq? Haziq tu kan workaholic sikit.” Encik Hasnan menepuk bahu Airina.

“Abah nak tidur ni. Esok abah kerja. Anak abah ni jangan tidur lambat pulak, esok kerja kan?”

“Kerjalah abah.” Airina tersenyum memandang abahnya.

“Good night abah.”

Airina mengeluh saat bayang Encik Hasnan hilang dari pandangan matanya.

“Haziq...”

“Morning, Nina.” Izzah dah menjenguk ke bilik Airina.

“Assalamualaikum, Izzah.” Airina tersenyum menyindir.

“Waalaikumsalam.” Izzah buat muka.

“Kau suka kenakan aku.”

“Eh, aku bagi salam pun salah?” Airina tersenyum.

“Kau free tak lunch nanti?” Izzah bertanya tiba-tiba.

“Kenapa?” “Nak ajak makan tengahari sama-sama.” Airina tersenyum.

“Sorry, sayang. Haziq dah booked masa aku dulu.” Semalam, beria-ia Haziq memujuknya. Hati wanita sepertinya sudah pasti cair mendengar suara Haziq. Selepas Encik Hasnan keluar dari bilik bacaan semalam, laju dia berlari mengangkat telefon yang sudah 4 kali berbunyi.

“Ala, tak apalah kalau macam tu.” Izzah mengeluh, “Lain kali je.”

“Sorry, Izzah.”

“It’s okay. Enjoy your day with Haziq, okay?”

“Okey, I will.”

“Airina, tunggu siapa ni?” Encik Ikram, ketua Airina menegur tiba-tiba.

“Tunang saya. Cadang nak lunch sekali.”

“Okay, saya nak balik. Lunch dengan wife.” Encik Ikram tersenyum lalu menuju keretanya yang diletakkan elok di tempat parkir depan pejabat.

“Hati-hati Encik Ikram.” Airina tersenyum. Hai, dah nak masuk 50-an pun dok romantik lagi. Tiba-tiba telefon bimbit Airina berbunyi. Terus ditekan butang hijau.

“Assalamualaikum.” Wajah ceria Airina bertukar mendung.

“Jangan cakap saya kena lunch dengan Aizam.” Airina mendengus.

“Saya tau jaga diri saya. Saya makan ke tak makan ke, awak bukan peduli. Sudahlah, assalamualaikum.” Ei, aku campak jugak handphone ni masuk longkang. Senang hidup aku.

Tengahari itu, Airina tidak menjamah apa-apa langsung. Makan hati dengan Haziq.

“Nina.” Izzah datang dengan wajah ceria. Airina cuma tersenyum tawar.

“Kenapa?” Izzah mengerutkan dahinya. Bergaduh dengan Haziq ke?

“How’s your lunch?”Airina angkat muka dari dokumen belanjawan syarikat.

“I had a ‘great’ time.” Nada sarkastik dari mulut Airini buat Izzah mengangguk sendiri. Dia mungkir janji lagi.

“Kau okey?”

“Okey? Heh, okey sangat. Nampak muka aku yang happy gila-gila ni?” Wajah Airina yang manis, sudah hilang kemanisannya. Izzah naik gerun.

“Nina, aku keluar dulu. Kau tenangkan diri, okey?” Izzah dah melangkah untuk meninggalkan Airina.

“Izzah.” Izzah berpaling.

“Sorry. Emosi terganggu.”

“It’s okay. Aku keluar dulu, okey?” Izzah tersenyum lalu meninggalkan Airina

“Haziq, sampai bila kita macam ni?” Natasya memeluk lengan Haziq. Haziq memandang gadis di sebelahnya. “Macam mana apa?”

“Kita nilah. Sampai bila kita nak main sembunyi-sembunyi macam ni?"Haziq mengeluh.

“I pun tak tahu sayang. I sayangkan you tapi mama I suruh I pilih Airina.”

“Habis I?” Natasya mengeluh, “I tak nak bermadu. You kena cakap kat mama you, you dah ada I.”

“It’s not that simple, Tasya.” Haziq merengus. Tinggalkan Airina, dia tak mampu. Airina terlampau baik untuk disiakan macam tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience