Airina tersenyum. Tak baik buruk sangka, Nina.
“Thank you, Chinta.”
“Jaga dia baik-baik, tau. Jangan lukakan hati dia macam I pernah buat dekat dia dulu.” Airina cuma mengangguk. Aku cuba Chinta. Aku cuba.
“Penatnya!” Airina dah baring atas katil. Dia berdebar-debar. Buat-buat tidur, Nina. Seketika kemudian terdengar pintu bilik pengantin itu dibuka dan ditutup kembali.
“Nina, tak payah nak selimut sangat. Bukan sejuk sangat pun bilik ni.” Suara Aizam kedengaran seperti mahu mengusik. Jangan jawab Nina. Buat-buat lena. Matanya dipejam seolah-olah dia tak mahu membuka matanya sampai bila-bila. Tiba-tiba terasa macam ada yang menyelak selimut yang menutup seluruh wajahnya.
“Tidur pun dahi nak berkerut seribu ke?”
“Eh, biarlah kat Nina.” Airina dah bangun. Kacaulah dia ni. Sejujurnya, Airina malu. Mereka tak pernah rapat. Mereka cuma rapat bila terjumpa di RnR Simpang Pulai sahaja.
“Yelah. Saya biarlah ni. Saya nak mandi dulu.” Aizam mencapai tuala dan terus berlalu ke bilik air. Airina pula terus bangkit dari baringnya. Dicapai beg Aizam yang tersadai di depan almari. Dikeluarkan sehelai t-shirt dan sehelai seluar track dan terus diletakkan di atas katil.
Kemudian dihamparkan sejadah untuk Aizam bersolat selepas selesai mandi. Dia kemudiannya terus duduk di sofa dan terus dia mengambil sebuah novel. Pintu bilik air terdengar seperti dibuka dan ditutup.
“Ni baju saya, eh?”
Saya? Kenapa bukan abang?
“Ye.” Airina mengangguk.
Usai berpakaian, Aizam terus menunaikan solat fardhu Isya’. Airina Cuma mengerling Aizam dari jauh. Kenapa dia guna saya? Kenapa bukan abang? Airina segera mengembalikan pandangannya pada buku novel di tangannya saat Aizam selesai bersolat.
“Nina, saya nak tidur dulu.” Aizam segera baring di atas katil.
“Good night. Assalamualaikum.” Airina pula terus terkaku di atas sofa. Dia tidur macam tu je? Hatinya diserang tanda tanya.
Airina membetulkan baju kurungnya. Sengaja dia memakai baju berwarna biru kerana semalam dia sudah menyeterika baju kemeja Aizam yang juga berwarna biru. Biar sedondon. Hari ni merupakan hari pertama dia bekerja setelah berkahwin.
Airina segera turun ke bawah, menyediakan sarapan pagi untuk Aizam. Ketika Airina sedang menuangkan air teh ke dalam cawan, Aizam turun dari tingkat atas.
“Abang, minum dulu.” Aizam mengerling sekilas.
“Sorry. Saya dah lambat.” Aizam terus berlalu dan seperti biasa, Airina mengeluh. Tak nak minum. Dan Airina sedar, kemeja yang tersarung di tubuh Aizam bukan kemeja yang sama dia pilih. Bukan kemeja biru tetapi kemeja coklat. Tak sedondon langsung.
Sudah tiga bulan mereka berkahwin, sudah tiga bulan juga dia tidak pernah mengecapi bahagia alam perkahwinan. Sejak berpindah rumah ke Damansara, mereka tidak lagi tidur sebilik.
Mula-mula sampai di rumah itu, dia ikut Aizam yang dah meluru masuk ke dalam rumah. Dahlah beg baju, semua dia angkat sendiri. Dia tidak pasti kenapa Aizam terlalu dingin dengannya. Bila Airina letak saja beg bajunya di atas lantai bilik utama, Aizam segera mengambil beg bajunya dan dia terus masuk ke dalam bilik tetamu.
Dan Airina cuma berfikiran positif, Aizam masih belum bisa menyesuaikan diri bersamanya. Tapi kalau tak boleh sesuaikan diri, kenapa ajak aku kahwin? Pernah dia tanya pada Aizam namun Aizam cuma membisu. Aku ada buat salah ke?
Malam itu, Airina bertungkus lumus memasak untuk Aizam. Ibu kata kalau nak pikat suami kena dari air tangan sendiri. Kedengaran enjin kereta di garaj. Airina segera membuka apron yang tersarung dan dia terus menyambut Aizam dengan senyuman tapi seperti biasa, Aizam cuma membalas ala kadar sahaja.
“Abang nak makan? Nina dah masak makanan kegemaran abang.” Tadi Airina menelefon bonda untuk belajar memasak makanan kegemaran Aizam.
“Saya dah makan kat luar.” Aizam mahu segera berlalu. Tak betah terus duduk di depan Airina namun langkahnya terhenti saat Airina memegang lengannya.
“Kenapa abang langsung tak sudi makan masakan Nina? Tak sedap sangat ke masakan Nina?” Aizam mengeluh.
“Saya dah makan tadi. Tolonglah faham.” Direntap lengannya dari pegangan Airina. Briefcase di tangan Airina dicapai.
“Tak payah susah-susah buat semua ni untuk saya.” Dan dia terus berlari menuju ke biliknya. Air mata itu gugur sekali lagi. Setelah dua tahun ia tidak jatuh, Akhirnya ia jatuh kembali. Kali ini bukan kerana tunang tetapi kerana suami!
Airina mengacau kopi di dalam cawan. Panggilan dari Chinta membawanya ke cafe ini. Penantiannya berakhir apabila Haziq muncul.
“Nina.” Wajah itu tersenyum.
“Saya datang sini bukan nak bermesra dengan awak. Saya nak cakap something.”
Mati terus senyuman di wajah lelaki itu. “Apa yang Nina nak cakap?”
“Saya nak tahu, kenapa awak layan Chinta macam sampah? Awak sedar tak yang dia tu isteri awak? Bukannya perempuan yang awak kutip tepi jalan.
Share this novel