BAB 17

Romance Completed 4284

Kenapa awak salahkan dia bila dia kena tangkap basah dengan awak? Awak ni manusia ke apa, hah?” Airina mengawal suaranya.

“Haziq...”

“Dulu, sebab dia awak tangguhkan perkahwinan kita. Sebab dia, awak sanggup lukakan hati saya. Kenapa sekarang awak tergamak buat dia macam tu? Dia ikhlas mencintai awak, menyayangi awak. Tolonglah jaga hati dia, jangan sakitkan hati dia seperti mana awak pernah sakitkan hati saya. Tambah-tambah awak akan dapat anak tak lama lagi. Fikirkanlah, Haziq.” Airina bangun.

“Nina, awak cintakan Aizam?”

“Cinta untuk dia sudah ada sejak dia melafazkan akad ke atas saya.” Usai Airina berkata-kata, telefon Haziq berbunyi.

“What? Chinta jatuh tangga?” Telefon terjatuh dan dia terjelepuk, di atas lantai.

Di hospital, Airina dan Haziq bergegas ke wad kecemasan dan di situ, Airina terkaku. Aizam sudah sedia di situ, di sisi ibu bapa Chinta.

“Daddy, where’s my wife?”

“Kau!” Aizam mengenggam penumbuk, ingin segera dilepaskan di wajah Haziq.

“Abang!” Airina menahan.

“Wah, nak tahan pulak? Aku ingat kau baik, Airina. Rupanya kau pun lebih kurang dengan Haziq. Perosak! Kau saja pura-pura nak tolong Chinta kan? Padahal kau nak rampas dia dari Haziq! Kau nak tau tak? Aku kahwin dengan kau sebab aku ingatkan kau ikhlas nak tolong Chinta. Aku tak sangka langsung kau macam ni!” Aizam menjerit pada Airina.Airina terkaku.

“Maksud abang? Selama ni abang kahwin dengan saya hanya sebab Chinta?”

“Yes! Aku kahwin dengan kau memang sebab Chinta! Aku kesiankan Chinta sebab berkahwin dengan lelaki yang tak guna macam ni. Dan kau nak tau tak, aku tak pernah mencintai kau! Sikit pun tak ada dalam hati aku!”

Pang!

Aizam terasa perit di pipinya. Dia terkaku melihat air mata yang tumpah di pipi Airina.

“You such a jerk! No wonder Chinta don’t love you! Memang! Memang Nina yang jahat. Memang Nina yang salah! Semua yang berlaku memang sebab Nina. Ninalah perampas. Semuanya Nina, kan? Nina ingat abang ikhlas kahwin dengan Nina, tapi sebenarnya abang tu lagi jahat dari Nina! Kahwin dengan Nina sebab tak nak Chinta terseksa but don’t you know, Nina lebih terseksa dari Chinta? Ada suami tapi macam tak ada.” Air mata dikesat kasar.

“Abang pernah tanya pada Nina, salahkan kita mencuba. Nina cuba abang, Nina cuba jaga kebajikan abang, Nina cuba jadi isteri terbaik untuk abang. Semuanya Nina dah cuba. Nina dah cuba untuk miliki cinta abang tapi abang tetap kaku. Abang layan Nina macam sampah. Abang dengan Haziq sama je. Dah ada isteri tapi gilakan orang lain!” Airina menarik nafas yang sesak.

“Salahkan kita mencuba, huh? Ya. Kita tidak patut cuba untuk bersama dari mula lagi! Perkahwinan bukan percubaan. Terima kasih Tengku Aizam. You’ve made me realize who I am to you.” Airina berlalu meninggalkan Aizam yang terkaku.

“Pesakit dah sedar.” Suara doktor membuatkan Aizam ingin segera melawat Chinta namun lengannya dipegang Haziq.

“Wife aku yang ada kat situ, bukan wife kau.” Aizam cuma diam membisu.

“Nina tak salah, Zam. Dia yang sedarkan aku dengan tanggungjawab aku sebagai seorang suami. Nina tak pernah berjumpa dengan aku.” Haziq berlalu meninggalkan Aizam.

“Abang mana?” Hanya Haziq yang dicari semasa dia membuka mata.

“Sayang.” Haziq muncul di sebalik orang lain.

“Maafkan abang. Abang banyak berdosa pada Chinta. Maafkan abang, sayang.”

“Abang tak salah.” Air mata Chinta bergenang. Wajah Haziq diusap.

“Abang, Chinta minta maaf sebab Chinta bukan isteri abang yang terbaik.”

“Sayang, Chinta isteri abang yang terbaik. Takkan ada sesiapa yang mampu menggantikan Chinta. Not even Airina.”

“Where’s Nina? I want to thank her for giving my husband back.”

“What do you mean she give your husband back?” Aizam muncul dengan pertanyaan.

“I yang suruh dia jumpa Haziq. I yang minta dia sedarkan Haziq. She’s really a good friend, listener and I bet, she is a very good wife.”

Chinta menggenggam erat tangan Haziq. “Nina sangat sayangkan you, Aizam. Dia cakap kat I, cinta dia pada you ada sejak you lafazkan akad ke atas dia.”

Aizam terkejut. Nina cintakan aku? Ya ALLAH, aku tuduh dia macam-macam.Berdosanya aku. Aizam segera lari meninggalkan wad kecemasan itu.

Airina mengesat air matanya. Patutlah selama ni dia dingin. Patutlah selama ni dia tak pernah hiraukan aku. Kenapalah aku boleh jatuh saying dekat dia? Bodohnya kau Nina. Airina mengemas semua bajunya.

Dari dulu, kau tak patut jatuh sayang dengan dia Nina. Patutnya kau sedar kenapa dia nak sangat kahwin dengan kau. Air matanya kian laju saat terlihat gambar penikahannya di dalam almari. Ni semua palsu. Senyuman ini palsu, wajah ini palsu. Segalanya palsu.

Tapi kenapa aku buta, tidak Nampak langsung kepalsuan Aizam. Ya ALLAH, bila aku mampu kecapi kebahagiaan aku? Airina meletak kembali gambar itu. Dicapai sehelai kertas dan terus dicoret luahan hatinya di dalam kertas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience