BAB 19

Romance Completed 4284

“Apa?” Aizam dah berdiri.

“Along tak pergi jauh, abang long. Dia ada dekat rumah lama kami. Ni alamat dia. Pandai-pandai lah abang long pujuk along.” Izzad menghulurkan sekeping kertas pada Aizam.

“And ini kunci rumah.”

“Abah, jangan marah adik. Ini semua amanat along.” Izzad bersuara apabila abahnya merenung seolah-olah ingin menelannya.

“Eh, mana Aizam?” Opah muncul dari dapur.

“Cari along.” Izzad lepak duduk di sofa sambil menonton Maharaja Lawak.

Aizam melangkah masuk ke dalam rumah dua tingkat itu. Matanya menangkap gambar perkahwinannya dengan Airina ada digantung di dinding rumah itu. Mana Nina?

“Adik, kenapa datang balik? Ada tertinggal apa-apa ke?” Airina keluar dari dapur dan dia terkaku.

“Awak buat apa kat sini?” Kasar suaranya pada si suami. Aizam meraup wajahnya.

“Abang datang nak jemput Nina, balik semula ke rumah kita.”

“Tak nak! Ini rumah saya.”

“Nina, jangan degil please. Ibu sakit.” Airina ketawa sinis.

“Saya degil? Saya ada hak untuk berdegil. Awak datang sini pun sebab bonda, ayahanda, ibu dan abah yang suruh kan? Tak payahlah, Aizam. Awak balik je. Saya mampu hidup sendiri walaupun tanpa awak di sisi.”

Aizam mengeluh. “Abang datang sini untuk Nina. Untuk pujuk Nina, kembali pada abang. I want you back.”

“Untuk apa? Saya ni perosak, Aizam. Perempuan jahat. Tak sesuai dengan lelaki yang baik macam awak.”

Aizam mendekati Airina. Airina capai bingkai gambar di atas meja.

“Jangan dekat! Kalau tak benda ni saya baling dekat awak.”

Aizam sedikit pun tidak takut dengan ugutan Airina. Dia semakin mendekati Airina. Dia tidak gentar. Biarlah beribu bingkai gambar dibaling kepadanya, asalkan Airina sudi memaafkannya.

“I warned you, Tengku Aizam.” Dan bingkai gambar itu dibaling, tepat mengenai dahi Aizam.

“Aduh.” Aizam terduduk. Airina sedikit gelabah melihat darah yang mengalir di dahi Aizam.

“Padanlah muka. Saya dah bagi warning kan? Awak yang degil.” Aizam terdiam.

“Nina, tak boleh ke kalau Nina maafkan abang?”

“Maaf? Not that easy. Hati saya bukan batu, bukan juga kayu. Saya dah cukup terluka.” Airina bangkit. “Jom. Saya hantar awak ke klinik.”

“Abang tak nak pergi mana-mana. Abang nak duduk kat sini sampai Nina maafkan abang.” Airina menjeling.

“Suka hati awaklah. Malas nak layan.” Airina memanjat tangga dan terus masuk ke bilik.

Dan di situ air matanya tumpah. Dia tak sengaja membaling gambar perkahwinan mereka itu. Sangkanya Aizam akan mengelak tapi dia tidak menjangka langsung yang Aizam langsung tidak mengelak. Seolah-olah rela menerima apa sahaja yang dibaling oleh Airina.

Sungguh, dia mahu merawat luka Aizam namun dia tak mampu. Dia terasa sangat berdosa. Dia masih suami kau, Airina. Tergamak kau baling bingkai gambar itu, Airina.

Pintu bilik diketuk dari luar. “Nina, janganlah menangis. Abang tak apa-apa.” Airina mengesat matanya.

“Siapa yang menangis? Tak ada masalah nak menangis untuk awak.” Namun air mata dia mengalir lebih deras dari tadi.

“Ye, memang Nina tak menangis untuk abang. Nina selesema je, kan?” Airina makin kuat tersedu. Entah kenapa suara lembut Aizam meruntun jiwanya. Dia terus menangis dan Aizam cuma diam, membiarkan si isteri menangis.

Airina membuka pintu bilik. Dia terkaku di depan pintu biliknya apabila terlihat Aizam yang sudah tertidur di depan pintu bilik yang bertentangan dengan pintu biliknya. Darah di dahi lelaki itu jelas sudah kering. Airina masuk kembali ke dalam bilik dan keluar semula dengan sebuah peti kecemasan dan sebotol air.

Dia mengambil kapas lalu diletakkan sedikit air di atas kapas tersebut. Airina kemudiannya mula membersihkan luka di dahi Aizam. Perlahan-lahan supaya Aizam tidak terjaga dari tidurnya. Dia kemudiannya lap luka itu sehingga kering. Mesti nanti berparut dahi Aizam.

Ya Allah, jahatnya aku. Air mata tiba-tiba merembes keluar. Mesti sakit kan kena bingkai gambar tu. Airina mengesat matanya lalu dia capai plaster polka dot di dalam peti kecemasan itu dan dengan penuh hati-hati dia melekatkan plaster itu di dahi Aizam.

Seketika, dia merenung wajah lelaki itu. Dulu kacak, sekarang comel dengan plaster dekat dahi tu. Macam budak nakal. Airina kemudiannya mengemaskan peti kecemasan itu dan dia ingin kembali ke bilik. Baru dia nak berdiri, tiba-tiba lengannya dipegang.

“Maafkan abang, Nina.”

“Awak baliklah. Luka awak saya dah bersihkan.” Airina tidak sikit pun memandang Aizam. Aizam berdiri.

“Marah abang lagi?”

Airina menggeleng. “Saya tak marah tapi saya sakit kat sini.” Tangannya dibawa ke dada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience