BAB 13

Romance Completed 4284

“Abang.” Tangannya memegang bahu Haziq.

“Kenapa ni?” Haziq bersuara, datar.

“Abang marah Chinta ke?”

“Tak.” Haziq bangun selepas menjawab.

“Habis kenapa abang buat tak kisah je dengan Chinta. Apa salah Chinta?” Haziq merengus.

“Malas nak cakaplah dengan awak. Rimas, tau tak? RIMAS!” Pintu dihempas. Bahu Chinta terhincut sikit, tanda terkejut. Serentak, air matanya mengalir. Haziq yang baru keluar dari bilik kerjanya tiba-tiba ditimpa kesal.

Chinta tengah mengandung, kenapa aku buat dia macam tu? Kemudian dia teringat semula pertemuannya dengan Airina di Giant. Wanita itu Nampak lebih matang dan lebih berani melontarkan suara. Dia rindu Airina.

Memang dia bahagia bila berkahwin dengan Chinta tetapi dia tidak dapat menipu dirinya yang dia masih mencintai Airina. Haziq menapak masuk ke bilik tidurnya dan dia terus berbaring. Dalam fikirannya cuma ada Airina. Perasaan sesal kerana memarahi Chinta hilang begitu saja. Dan tanpa sedar, dia terlena.

Pagi itu, Chinta menyediakan sarapan seperti biasa. Hari ini, sudah tiga kali solat subuhnya tidak berimam. Haziq lebih selesa solat dalam bilik tetamu. Chinta sedar saja dari tidurnya, Haziq dah tiada. Betapa tak sudinya dia nak berjemaah dengan aku. Chinta mengeluh namun tangannya masih lincah menyediakan sarapan.

“Chinta Nur Natasya!”

Terlepas sudu di tangan Chinta dek terkejut dengan jeritan Haziq. “Ye.”

“Ni apa yang kau dah buat, hah? Siapa suruh kau kemas bilik kerja aku ni?”Chinta terkedu dengan bahasa Haziq. Aku dan kau?

“Semalam, Chinta tengok bersepah sangat. Chinta kemaslah sikit.” Takut-takut dia menjawab.

“Suka sangat menyusahkan orang kan? Dari dulu sampai sekarang! Kalau aku kahwin dengan Nina, mesti tak macam ni!” Haziq mencapai beg kerjanya.

“Tepilah sikit!” Ditolak badan Chinta yang terkaku dengan kata-kata Haziq. Aku menyusahkan dia? Dari dulu sampai sekarang? Kenapa lepas dua tahun baru nak cakap macam tu? Airina? Airina ke punca abang jadi macam ni?

Airina meraup wajahnya. Rambutnya yang tidak diikat itu dibiarkan lepas. Dia tertekan. Panggilan telefon dari Chinta membuatkannya serabut.

“Assalamualaikum. Nina, boleh kita jumpa? I Chinta.” Sungguh, permintaan dari Chinta itu membuatkan dia rasa nak balik Australia tiba-tiba.
“Ibu.” Airina bangun dari duduknya lalu dia segera ke dapur.

“Ibu kamu ada kat luar. Awat ni?” Opah yang tengah menggoreng ikan ,bertanya.

“Nak minta izin ibu sekejap. Nina nak keluar.”

“Nak ke mana?” Puan Aisya masuk dengan pisau di tangan kanan dan serai di tangan kiri. Nak ke mana? Nak jumpa dengan orang yang pernah buat hidup along menderita.

“Jumpa kawan kejap. Boleh, ibu?”

Puan Aisya tersenyum. “Pergilah tapi jangan balik lewat sangat.”

“Okey, ibu.” Airina tersenyum lega. “Jangan bagi tahu adik tau. Kejap lagi merengek nak ikut.”

“Ye. Pergi cepat sementara dia tak ada kat rumah ni.”

Airina menganggukkan kepalanya dan segera berlalu ke tingkat atas.

Chinta dan Airina saling membisu. Chinta tak tahu macam mana nak mula. Airina tak tahu nak kata apa.

“Er... you nak order apa-apa?” Chinta mula berbicara.

“Tak kot. Ada apa you nak jumpa I ni?” Airina malas nak menunggu lama. Chinta mengeluh.

“I nak tanya. You dengan Haziq still contact ke?”

“No!” Laju Airina menggeleng.

“Then why he’d changed? Bukan sebab you ke, Nina?”

“Eh, apasal sebab I pulak? Dia suami you. You lah patut tahu.” Airina tiba-tiba rasa nak mengamuk. Ni apahal main tuduh-tuduh aku ni? Chinta mengeluh lagi.

“Sorry kalau I buat you marah tapi dia ada sebut nama you. I ingatkan dia ada hubungan dengan you lagi.”

“Ya ALLAH! I bukan bodoh Chinta untuk terus bersama dengan lelaki yang tak pernah menghargai cinta I. I admit, memang I ada terjumpa dia dekat Giant beberapa hari lepas. Dia ada cuba bercakap dengan I tapi I ugut nak baling botol kicap dekat dia.” Laju Airina membela diri.

“Apa yang dia cakap dengan you pasal I?”

“Dia cakap I menyusahkan dia. Dia kata kalau dia kahwin dengan you, mesti you tak akan menyusahkan dia.” Chinta mula menangis.

“Dan punca dia kata I menyusahkan dia tu hanya sebab I kemaskan bilik kerja dia. Salah I ke Nina?”

“Hei, jangan menangis macam ni.”

“Mungkin ni balasan untuk I sebab buat you dan Aizam terluka tapi I...” Chinta tersedu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience