“Aizam, Chinta kena balik. Lisa call tadi, dia kata dia ada masalah.” Aizam terkejut namun tidak terkata apa-apa apabila Chinta dah meluru keluar. Dia terus ke kaunter bayaran, untuk membatalkan pesanan. Usai membatalkan pesanan, Aizam terus bergerak ke tempat letak kereta namun bayang Chinta sudah tiada. Telefonnya berbunyi tanda ada pesanan masuk.
‘Sorry, Zam. Chinta betul nak cepat. Chinta balik dulu, you take care dear.’ Pesanan itu dibaca berulang kali. Aizam mengeluh. Batal lagi rancangan nak melamar Chinta.
“Nina minta maaf, mama.” Airina mengeluh di talian.
“Ye, mama. Nina yang minta tangguh. Nina tak bersedia lagi.” Airina bersuara, sebak. Sampai hati Haziq buat macam ni kat Nina.
“Haziq tak pernah minta tangguh, mama. Ni cadangan Nina.”
“Assalamualaikum, mama.” Airmata menitik turun saat panggilan dimatikan. Izhar Haziq, kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kau cakap aku yang minta tangguhkan majlis?
Pintu diketuk berulang kali. “Along...” Puan Aisya tergamam saat Airina berlari memeluk ibunya.
“Kenapa along menangis ni?” Puan Aisya membelai rambut Airina.
“Gaduh dengan Haziq?”
“Ibu, kalau kita tangguhkan perkahwinan Haziq dengan along, boleh?”
“Along cakap apa ni, sayang?” Puan Aisya terkejut.
“Abah! Abah!” Laju dia memanggil suaminya manakala Airina terus-terusan menangis.
“Kenapa ni?” Encik Hasnan dah berkerut dahi.
“Along kenapa?” Airina membuka cerita dari awal sampai akhir. Dari Haziq suruh tangguhkan perkahwinan sampailah kena menipu Puan Yasmin kerana Haziq. Encik Hasnan mengeluh.
“Along nak buat apa sekarang ni?”
“Along tak tahu, abah. Along serabut sangat.”
“Tak apalah, Along. Ikut je kehendak si Haziq tu.” Encik Hasnan menepuk bahu Airina yang masih menangis.
“Along nak minta cuti esok. Along nak tenangkan fikiran. Boleh abah?”
“Along dah bagi tahu Izzah?”
“Belum, abah. Sekejap lagi kot.” Airina mengesat mata yang masih berair.
“Sekarang, along pergi ambil wuduk. Along mengaji, tenangkan hati along tu.” Airina mengangguk dengan arahan ibunya.
“Baik, ibu.” Dipeluk ibunya sekali lagi.
Di sebuah apartment di tengah-tengah bandaraya.
“Baby, you okey tak ni?” Natasya memegang tangan Haziq yang nampak serabut.
“I okey. You pergi mana tadi?” Haziq mengelus wajah Natasya. Gadis cantik, seksi dan manja. Andai Airina seperti Natasya, pasti aku takkan buat Airina macam tu.
“I pergi makan tapi lepas dapat call you, I terus tak jadi makan. I lapar.” Natasya mencebirkan bibirnya.
“Okey, sayang. Jom pergi makan.” Haziq merangkul pinggang Natasya lalu mereka keluar dari apartment tersebut.
Sementara itu, Aizam yang baru sampai di rumahnya terus duduk di atas sofa. Samsung Galaxy S II dikeluarkan dari poket seluar. Jari-jemarinya laju menaip di atas skrin telefon pintar itu. Mesej ditaip, dihantar pada Chinta. Sambil menunggu balasan mesej tersebut, dia ke atas untuk menukar baju dan solat. Telefon bimbitnya dibiarkan di atas meja.
Sepuluh minit kemudian, Aizam turun. Dia ke dapur sebelum duduk di sofa. Samsung dicapai namun hatinya hampa, tiada satu balasan pun diterima. Aizam tidak menunggu lama, dia terus mendail nombor telefon milik Chinta.
“Sorry, please try later.” Hanya itu yang didengar di hujung talian. Aizam mengeluh. Kali pertama berjumpa Chinta ketika dia sedang mencari kain pasang untuk dihadiahkan pada bonda. Dia tidak sengaja terlanggar Chinta yang juga sedang mencari kain untuk dibuat baju kurung.
“Sorry, saya tak sengaja.”
“Salah saya jugak.” Gadis itu pada mulanya nampak macam nak marah tapi dia akhirnya tersenyum. “Saya Chinta.”
Aizam menarik nafas lega. “Aizam.”
Dan dari situ, kisah mereka bermula namun Aizam dapat merasakan yang Chinta semakin jauh daripadanya.
“Ah, sesaknya jiwa bila bercinta sorang-sorang macam ni.” Aizam mengeluh.
Airina membuat keputusan untuk pergi ke rumah opahnya di Lenggong, Perak. Mungkin di sana, dia mendapat ketenangan jiwa.
“Ibu, along nak pergi dah ni.” Airina dah turun dengan beg di tangan.
“Amboi, besarnya beg. Nak pindah sana terus ke?” Airina menggeleng.
“Tak besar mana pun, ibu.”
“Along boleh ke balik sorang-sorang ni?”
Share this novel