BAB 5

Romance Completed 4284

“Boleh, ibu. Janganlah risau. Along dah 26 tahun.” Airina tersenyum.

“Abah mana, ibu?”

“Abah dah keluar. Katanya nak pergi rumah tunang kamu tu.” Puan Aisya mengusap pipi anaknya itu.

“Mungkin ada hikmahnya kamu berdua tangguhkan perkahwinan ni. Nasib baik kad kahwin tu boleh dicetak balik.”

“Along tak tahu apa yang jadi dengan Haziq, ibu.” Airina sebak tiba-tiba.

“Dia dah jadi macam orang lain.”

“Along, tabahkan hati. Bagi dia masa, mungkin dia sayang nak lepaskan title bujang tu.” Airina mengangguk.

“Along pergi dulu. Nanti mak su dengan opah ternanti-nanti pulak.” Disalami tangan ibunya lalu dia terus menapak keluar dari rumah.

“Aizam, kenapa tiba-tiba kau nak bercuti ni?” Haziq pelik dengan Aizam yang baru sudah menghantar borang permohonan cuti kepada Encik Aizat, ketuanya.

“Saja. Nak tenangkan minda.” Aizam tersengih pada Haziq.

“Chinta tolak lamaran kau ke?” Aizam mengeluh.

“Tak adalah. Aku tak sempat nak lamar dia pun.”

Haziq mengerutkan dahi. “Kenapa?”

“Dia ada hal. Dahlah, aku malas nak fikir. Aku nak tenangkan fikiran aku.” Haziq mengeluh. Tak dapat lagilah aku nak berjumpa dengan Chinta.

Aizam pernah berkata, dia akan kenalkan Chinta pada Haziq bila Chinta terima lamarannya.

“Aku baru nak borak dengan kau.” Aizam angkat kening.

“Pasal apa?”

“Aku berjaya tangguhkan perkahwinan aku dengan Nina.” Haziq tersenyum, bangga.
Aizam mengukir senyum sinis. Aku yang nak kahwin ni tak dapat kahwin, dia yang dah ada peluang nak kahwin, dilepaskan begitu je.

“Dah tu, bila pulak majlisnya?”

“Entahlah. Malas aku nak fikir.”

Aizam tersenyum lagi. “Kenapa kau memainkan perasaan Nina tu, Haziq? Kalau kau tak nak dah dengan dia, cakap terus. Jangan main tangguh-tangguh macam ni. Nanti dia yang terluka, tahu.”

“Nantilah.”

“Lagi satu, kenapa kau melamar dia dulu kalau kau tak nak kahwin dengan dia?” Aizam menggelengkan kepalanya.

“Kau kejam!” Haziq terdiam dengan persoalan yang diberikan oleh Aizam.

“Kau nak cuti ke mana?” Haziq menjerit pada Aizam yang dah berlalu.Aizam berpaling.

“Perak!”

Airina duduk di pondok yang tersedia di RnR Simpang Pulai. Terasa sengal satu badan. Dia jarang memandu kalau balik ke kampung. Selalu abah je yang memandu. Sandwich yang dibeli, dibuka balutannya lalu disuapkan ke mulut selepas membaca doa makan. Mesej yang diterima dari Haziq tadi terus dipadam tanpa dia baca.

“Nina?” Airina berpaling pada si tuan punya suara.

“Aizam? Awak buat apa kat Perak ni?”

“Saya nak balik kampung.” Aizam dah duduk sebelah Airina. Kecilnya bumi Malaysia ni.

“Awak buat apa kat RnR ni, sorang-sorang pulak tu.”

“Saya pun nak balik kampung, Rehat kejap kat sini.”

“Samalah kita. Kampung awak dekat mana?” Aizam tersenyum. Kebetulan yang tak dijangka.

“Lenggong. Awak?” Airina bertanya.

“Kuala Kangsar. Dah dekat sangat kita ni.” Airina tersenyum.

“Awak nak sandwich?” Airina menghulurkan sandwich di tangan.

“Tak apa. Saya baru sudah makan.” Aizam menggeleng.

“Aizam, kalau saya tanya sikit boleh?”

“Tanyalah.”

“Awak ada nampak perubahan dekat Haziq tak sejak akhir-akhir ni?”

“Tak ada apa yang berubah kecuali...”

“Kecuali?”

“Dia tak boleh berenggang dengan Blackberry dia tu.”

“Tak berenggang, maksudnya?”

“Dia asyik berBBM.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience