“Argh! Aku boleh hidup walaupun tak ada dia!” Chinta mencapai beg tangannya lalu terus keluar dari pejabatnya. “Jeslyn, please reschedule back all my appointment. I want to go home. Kepala sakit.” Chinta berlalu apabila setiausahanya itu mengangguk.
“Bos kau tu nak ke mana?” Linda datang dekat meja Jeslyn. Nak gosip la tu. Jeslyn angkat bahu. Tanda tidak tahu.
“Assalamualaikum.” Aizam memberi salam. Beg galasnya diletakkan di tepi.
“Eh, Tengku. Bila sampai?” Pak Kassim, pemandu peribadi Tengku Azhar menegur dari belakang. Aizam berpaling lantas dia mengukir senyum.
“Berapa kali saya nak cakap, Pak Kassim? Panggil saya Aizam. Rumah ni banyak Tengku.” Tangan Pak Kassim, disalam.
“Bonda tak ada ke, Pak Kassim?”
“Ada di dalam. Tengku Azhar yang tak ada.”Aizam mengangguk.
“Ayahanda ke Korea lagi ke?”
“Ye. Mari Pak Kassim angkatkan beg.” Tangan penuh kedut cuba mengambil beg yang berada di atas lantai.
“Eh, tak payah. Saya bawa sendiri.” Aizam mengangkat beg galas itu.
Tiba-tiba, pintu rumah itu di buka dari dalam. “Zam, dah sampai?” Puan
Sofiah yang lengkap bertelekung tersenyum.
“Bonda solat ya tadi? Zam bagi salam, tak berjawab.” Puan Sofiah mengangguk.
“Masuklah. Mandi dan solat. Lepas tu, boleh minum petang. Mak Milah buat cekodok petang ni. Pak Kassim pun masuklah.” Aizam tersenyum lalu menyalami bondanya itu.
“Baik, Puan tapi saya masuk ikut belakanglah.” Dengan rendah diri, Pak Kassim tersenyum. Teringat pulak dekat sang isteri yang sedang memasak cekodok untuk minum petang.
“Jom, bonda. Kita masuk.” Ujar Aizam pada bondanya saat Pak Kassim sudah ke belakang.
“Marilah.” Pintu rumah itu ditutup sebaik sahaja anak-beranak itu masuk ke dalam.
“Nina cuba bagitau kat mak su, awat kamu tangguh nikah?” Soalan mak su buat Airina tersedak.
“Nida, tunggulah budak tu habis telan laksa tu dulu.” Opah macam biasa, backing cucu. Airina meneguk sirap limau yang sudah tersedia di atas meja.
“Nina tak ready, mak su.”
“Tak ready pulak dah. Hari tu beria-ia sangat.”
“Adalah hal depa tu. Kita toksah sibuk. Hang tu bila nak menikah?”
Tudia, kena direct kat batang hidung. Airina angkat ibu jari tanda mengejek mak sunya.
“Ada jodoh, adalah mak.” Perlahan saja mak su menjawab.
“Dah, mak nak pi mandi.” Opah dah bangun dari meja makan itu.
“Sat lagi jangan lupa kemas.”
“Nina, I want you to tell me everything in detail what really happened between you and Haziq.” Mak su dah keluar bahasa pertuturannya. Cikgu Bahasa Inggeris la katakan.
“Nina pun tak tahu mak su. Haziq dah lain sejak kami bertunang.” Mak su tersenyum.
“Maksud Nina.”
“Kawan Haziq cakap kat Nina, Haziq tak berenggang dengan Blackberry dia. Asyik berBBM. Haziq cakap dia asyik berBBM dengan Nina tapi Nina kan tak ada Blackberry, nak BBM pakai macam mana.”
Mak su mengeluh. Parah dah ni, Nina. “Aizam tu nama kawan Haziq?”
“Yup.” Aizam. Terbayang wajah Aizam yang sentiasa tersenyum.
“Nina, ni telefon dok berbunyi ni. Opah tak reti nak angkat.” Terdengar opah melaung dari bilik.
“Sat!” Airina bangun meninggalkan mak su. Tak sampai lima minit, Airina dah keluar dari bilik. Kalau tadi Airina bermuka mendung, sekarang wajahnya tampak ceria.
“Ni awat sengih melampau ni?”
“Aizam baru call. Cakap dah sampai rumah.” Mak su angkat kening.
“Sampai tersengih macam ni? By the way, why did he inform you?”
“Tadi terjumpa dia kat RnR Simpang Pulai, sembang sekejap. Lepas tu dapat tahu, kampung dia dekat Kuala Kangsar.” Airina sengih lagi.
“Kami konvoi sekali.”
“Ooo...” Mak su mengangguk.
“Bukan dia patut sampai dulu ke? Kenapa lambat sangat dia sampai?”
“Adalah kot dia singgah mana-mana sebelum sampai rumah tadi.” Takkan nak cakap dia hantar aku sampai pekan Lenggong baru patah balik. Mati kena gelak.
‘Hmm, yelah.” Mak su dah terasa lain. Siapa Aizam ni?
“Haziq, turun makan.” Haziq termenung. Pergi rumah Nina, dia balik kampung. Alone. Aku call tak angkat, aku mesej tak berbalas. Gambar graduasi mereka berdua yang sedang elok di atas meja, dicapai dan direnung. Airina yang setia dengannya. Walaupun dia sentiasa memberi alasan, Airina terima segalanya.
Share this novel