BAB 12

Romance Completed 4284

“Mak su pi honeymoon, jangan lupa ole-ole kami.” Airina angkat kening. Sememangnya mak su adalah orang yang paling rapat dengannya. Jarak umur yang Cuma berbeza dua tahun itu membuatkan dia rapat dengan mak su..

“Yelah. Nina jaga opah baik-baik. Adik pun. Jangan nak nakal-nakal sangat.” Izzad angkat kening bila namanya disebut mak su.

“Mana ada adik nakal pun. Adik dah besarlah.”

“Setakat baru habis SPM, tak ada maknanya adik tu dah besar. Manja mengalahkan baby jugak.” Izzad merengus. Aku jugak yang kena.

“Sudahlah tu, payah jumpa betul tiga beranak ni. Selalu bergaduh saja. Fitri, kami balik dululah. Karang lewat sampai pulak.” Encik Hasnan bersalam dengan Fitri, pak su Airina.

“Mak su, good bye. I love you!” Izzad menjerit dari dalam kereta Toyota Vios. Airina yang duduk di belakang Izzad, membuka tingkap.

“Dah sampai Cameron, jangan lupa telefon.”

“Yelah. Bisinglah korang!” Mak su mencekak pinggang. Toyota Vios mula bergerak, namun mak su masih setia menanti kereta itu hilang dari pandangan.

“Kecoh betul anak saudara Nida.” Fitri bersuara.

“Walaupun ada dua orang tu je, tapi bising mengalahkan satu kampung.” Nida ketawa.

“Jomlah masuk.”

“Along, nak spaghetti! Adik lapar.”

“Eh, tadikan baru makan.”

“Lapar jugak.”

“Hmm... bersiap cepat. Ikut along pergi Giant.”

“Yeay!” Izzad melompat dari sofa dan terus berlari ke tingkat atas.

“Apa yang seronok sangat tu?” Puan Aisya keluar dari dapur. Airina angkat bahu.

“Entah, adik. Ajak pergi Giant je pun. Ibu, nak pesan apa-apa tak?” Puan Aisya mengangguk.

“Sekejap, ibu pergi buat list.”

“Along, jom!” Izzad dah muncul dengan sebuah baju Adidas, seluar jean Levi’s dan sebuah cap.

“Ni kenapa pakai macam nak pergi dating ni?” Izzad membuka cap.

“Handsome sangat ke, along?”

“Tak pun.” Airina ketawa mengekek.

“Sekejap lagi ambil list barang kat ibu, okey? Along nak pergi siap.”

“Along, tak payah pakai selendang beli-belit tau? Adik rimas tengok.”Izzad cuma sengih bila Airina membaling bantal kepadanya.

“Pergi cari cheese. Along nak cari spaghetti.” Izzad mengangguk.

“Ai ai, captain!” Troli ditolak dari rak ke rak, mencari bahan-bahan untuk spaghetti dan barang-barang lain yang dipesan oleh Puan Aisya.

“Nina.”

Airina berpaling dan terlepas bungkusan spaghetti di tangannya.

“Oh my God! Nina dah balik? I miss you.” Haziq mendekati Airina. Wajah itu tampak berbeza.Airina

“Don’t you dare to come near me!” Airina capai botol kicap dalam troli.

“Berkecai kepala you kalau I baling ni nanti.”

Haziq berhenti dari mendekati Airina. “You look beautiful.”

Tau kau takut aku nak baling dengan botol kicap ni. “Wife you mana?”

Airina masih pegang botol kicap itu. Haziq tersenyum sinis.

“Nina, Haziq tak bahagia dengan Chinta. Haziq rindu Nina.”

“I don’t.” Airina membalas, sinis.

“Along, ni cheese and I want this Peel Fresh.” Izzad muncul tiba-tiba dengan bungkusan cheese dan sebotol jus Peel Fresh, besar.

“Put it in the cart. We’re going home.” Airina bersuara, datar. Izzad angkat kening. Ni marah sapa ni? Dia berpaling ke kiri dan dia mengangguk tanda faham.

“Jomlah. Along jalan depan, adik tolak troli. “ Izzad pegang pemegang troli yang di tangan Airina dan ditolak melepasi Haziq.

“Izzad, ingat abang Haziq lagi tak?”

“Er... sorry bang. Saya tak kenal lah.” Izzad menjawab selamba dan sempat dia menyambung.

“By the way, don’t you ever think to have my sister back with you. Just take care of your wife and your will-be-born baby.”

Chinta mengeluh melihat Haziq yang tekun membuat kerja. Sudah lama mereka tidak bersembang. Bayi dalam kandungannya juga langsung dia buat endah tak endah. Aku ada buat salah ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience