Why do you have to go and make things so complicated?
I see the way you're acting like you're somebody else
Gets me frustrated
Life's like this
You, you fall and you crawl and you break
And you take what you get and you turn it into honesty
You promised me I'm never gonna find you fake it
No, no, no
You come over unannounced
Dressed up like you're somethin' else
Where you are ain't where it's at
You see you're making me laugh out
When you strike your pose
Take off all your preppy clothes
You know you're not fooling anyone
When you've become...
Somebody else 'round everyone else
You're watchin' your back like you can't relax
You're tryin' to be cool
You look like a fool to me
Tell me
Lagu ‘Complicated’ nyanyian penyanyi Punk Rock kesayangannya, Avril Lavigne ini benar-benar membuatkan dia terkesan dan sentap. Terkenangkan dengan situasi dirnya yang berada dalam satu perhubungan yang agak rumit.
Adakalanya dia hampir berputus asa, seolah-olah dia seorang saja yang ‘terhegeh-hegeh’ menyelamatkan perhubungan ini. Haziq pula seperti bermain tarik tali, sekejap mahu dan sekejap lagi melayannya seperti orang asing.
Airina mengeluh. Sudah lima kali Haziq mungkir janji. Sepatutnya mereka bersama-sama pergi butik pengantin tu. Tapi lain yang ditunggu, lain yang tiba.
“Nina, nak saya hantar ke rumah ke?” Aizam menegur.
“Eh, tak apa. Saya balik sendiri.” Airina tersenyum. Kenapa bukan tunang aku yang datang tengok baju pengantin dengan aku?
“Haziq ada mesyuarat tadi. Kelam-kabut dia.” Aizam tiba-tiba bersuara seolah-olah tahu apa yang ada dalam hati Airina. Airina tersenyum tawar. Setiap kali Aizam datang, setiap kali itu jugalah Aizam bagi alasan yang sama.
“Aizam, Haziq tu nak ke tak kahwin dengan saya sebenarnya?” Aizam tergamam.
“Kenapa cakap macam tu? Haziq tu sayang awak. Mestilah dia nak kahwin dengan awak. Dia cuma busy, ada client dari Jepun datang.”
“Okeylah awak. Saya nak balik.” Airina bangun dan terus berlalu tanpa pamitan.
“Haziq, kau tak boleh macam ni dengan Nina. Kau tak kesian ke dekat dia?” Aizam merenung Haziq yang asyik dengan Blackberry. Haziq cuma angkat bahu.
“Entahlah, kesian memang kesian tapi aku bosan dengan dia. Aku nak pegang tangan dia tak boleh, nak peluk pinggang dia pun tak boleh. Aku rasa macam aku bertunang dengan ustazah, kau tau?”Aizam mengeluh.
“Itu namanya dia menjaga diri, Haziq. Jumpa tak nak, BBM rajin pulak.”
“Dah tu, kenapa kau stay jugak dengan dia? Kenapa kau tak putuskan je hubungan korang?”
“I wish I could tapi mama dah terlalu sayangkan si Nina tu. Aku pun masih sayangkan dia tapi rasa tu dah semakin berkurang.”
“Tapi kau tak boleh terus seksa dia macam ni dan kau tak boleh selalu hantar aku untuk gantikan kau untuk uruskan majlis walimah kau.” Aizam bersuara.
“Kalau Chinta tahu, mesti dia merajuk.”
“Yelah. Nanti aku fikirkan jalan penyelesaiannya.” Haziq meneguk the tarik di depannya.
Aizam cuma mampu mengangkat bahu dengan jawapan Haziq. Nurul Airina, orangnya lemah lembut, sopan walaupun tak secantik Chinta tapi manisnya ada.
“Along, kenapa tak tidur lagi ni?”
Airina yang bersila dalam bilik bacaan menoleh ke arah Encik Hasnan.
“Tak mengantuk lagi, abah.”
“Tadi telefon bimbit along berbunyi, kenapa tak angkat?”
“Malas nak angkat, abah.” Airina tersenyum.
“Abah, kenapa tak tidur lagi?”
“Along ada masalah?” Encik Hasnan bertanya tanpa menjawab soalan Airina.
“Tak adalah, abah. Along okey je.” Airina menjawab, perlahan.
“Bergaduh dengan Haziq?”
“Abah ni. Mana ada?”
“Dah banyak kali dia call, along buat tak hairan je.”
Share this novel