BAB 6

Romance Completed 4284

“Dengan siapa?” Airina mengerutkan dahi. Aizam buat muka pelik.

“Dengan awaklah. Dia cakap dia BBM dengan awak.” Airina menghela nafas.

“Saya tak ada Blackberry, Aizam.”

“Kalau bukan awak, siapa?” Aizam terkejut.

“Entahlah. Saya pun tak tahu.” Airina tersenyum hambar.

“Awak mesti tahu kan dia minta tangguhkan perkahwinan kami.”

“Tahu. Dia cakap tadi.” Aizam menganggukkan kepalanya.

“Saya rasa...”

“Rasa apa?” Aizam angkat kening.

“Saya rasa cinta dia bukan milik saya lagi.” Airina tersenyum tawar.Mata dah kabur. Airmata terasa nak mengalir.

Aizam mengeluh. “Cinta itu ada Airina, mungkin sudah sedikit pudar tapi saya tahu, awak mampu terangkan cinta awak tu balik.”

“Thank you, Aizam.”

“Welcome. Eh, awak nak gerak ke Lenggong bilanya? Asyik bersembang kat sini, lambat sampai pulak.” Airina melihat jam di tangan kanannya.

“Saya kena pergi dah ni. Saya pun tak sedar kita dah bersembang lama.”

“Kita konvoi? Kita gerak sama-sama sampai tol Kuala Kangsar.”

“Boleh jugak.” Airina tersenyum.

Airina memberhentikan keretanya di halaman rumah opahnya di Kampung Teluk Batu. Seketika dia teringat pada Aizam yang menemaninya memandu sampai ke pekan Lenggong. Ketika di tol Kuala Kangsar, Aizam tiba-tiba memberhentikan keretanya. Sangkanya kereta Aizam rosak, lalu dia juga memberhentikan keretanya.

“Kereta rosak ke?” Airina bertanya pada Aizam yang berdiri di tingkap keretanya. Aizam menggeleng.

“Saya risaulah nak bagi awak drive sorang-sorang sampai ke Lenggong. Saya ikut awak. Sampai kat pekan Lenggong, saya patah balik. Okey?”

Airina terpana dengan kata-kata Aizam. “Saya okey je drive. Jangan risau. Lagipun saya tak nak susahkan awak.”

“Tak susah pun. Awak perempuan, Nina. Macam-macam boleh jadi dekat jalan tu. Lagipun, awakkan tunang kawan baik saya. Jadinya, awak kawan baik saya juga.”
Airina sedikit terharu dengan Aizam. Dia angkat bahu. “Okeylah. Ikut awak je.”

Tiba-tiba, tingkap kereta diketuk. Berkecai semua ingatan tadi. Wajah Aizam turut lenyap, yang ada cuma opah. Airina segera keluar dari kereta. Dicium tangan yang penuh dengan kedutan itu.

“Opah, ni terkejut orang.”

“Dah tu, kamu termenung. Opah ketuk pi lah tingkap kereta tu.” Opah senyum pada cucunya yang satu itu.

Airina tarik muncung seketika dan dia terus mengukir senyum. “Opah sihat?”

“Sihat macam ni ja. Kaki dah tak kuat macam dulu. Pinggang dok sakit selalu. Satgi malam, picit pinggang opah, noh.” “Yalah, opahku sayang.”

Airina menganggukkan kepalanya. “Mak su mana, opah?”

“Ada ja dalam rumah tu. Dok right paper murid dia.” Opah dah berjalan menuju ke rumah.

“Kamu dok tunggu apa lagi tang situ? Marilah masuk.”

“Ye... orang nak ambik beg sat.”

Haziq mencapai Blackberry yang ada di atas meja. Meskipun telefon pintar itu tidak berbunyi, dia tetap ingin memeriksa sekiranya Airina ada membalas mesej-mesejnya. Dia mengeluh, hampa. Kata-kata Aizam sebentar tadi masih bermain di mindanya.

Tiba-tiba terasa rindu pada Airina yang setia dengannya. Rindu pada Airina yang suka tersenyum. Selalunya Airina selalu menghantar mesej, selalu menelefonnya dan bila itu berlaku, dia
naik rimas tetapi sekarang, dia yang menanggung rindu yang tiba-tiba menerpa. Tiba-tiba telefon berbunyi namun apabila terlihat nama yang ada di skrin, dia mengeluh.

“Hello.” Haziq menjawab akhirnya.

“I nak rehat malam ni, Tasya. Sorry. Bye.” Natasya merajuk namun Haziq tak rasa nak pujuk. Kenapa bila dia tak ada baru aku nak mencari? Haziq bangun dari kerusi. Dia nekad. Dia nak pergi ke rumah Airina!

Chinta mengeluh. Dia mencampakkan Blackberry di tangannya ke atas sofa. Serabutnya!! Dia kemudiannya mencapai kembali telefon pintar itu. Didail nombor Aizam.

“Hello, sayang.” Chinta tersenyum mendengar suara Aizam.

“Zam, jom keluar dinner malam ni. Chinta nak tebus balik masa dinner kita semalam.” Senyumannya pudar tiba-tiba.

“Zam tak bagi tahu Chinta pun yang Zam nak balik kampung. Sampai hati, Zam.” Suaranya disedihkan, konon merajuk. Namun, lain yang jadi Aizam tak melayan rajuknya sebaliknya Aizam meminta dia menelefon kembali nanti kerana dia sedang memandu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience